Followers

Love Food Hate Waste: Cara untuk kita kurangkan pembaziran dalam makanan dan KL Blogger Hunt bersama Alam Flora Sdn Bhd

11:51:00 AM

Kak fink merupakan seorang pencinta makanan..Tak boleh kata TAK pada makanan hahahaha..Kalau ikut kan nafsu makan, semua benda kita nak beli tapi tak boleh la kan..Kena lah bijak berbelanja supaya tak berlakunya pembaziran..Sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak, segala perbelanjaan dalam rumah memang kak fink yang kawal..


Penting ok senarai barang barang yang perlu kita beli..Kalau tak de senarai ni, korang boleh terlebih belanja..Haih aku paham sangat naluri seorang perempuan kalau boleh membeli belah ni..Bagi RM150 pun boleh habis dalam sekelip mata..Kadang tu plan nak beli susu jer, lepas tu mesti akan termerepek beli snek, ice cream, kek, roti, biskut..

Bukan nak beli sangat tau sebenarnya tapi kengkonon rasa macam nak makan pastu terbeli..Pastu tak makan pun..Pastu membazir campak ke dalam tong..Boleh nampak tak kesan pembaziran tu? Bukan je pembaziran dari segi duit tapi juga pembaziran dari segi makanan yang korang belum pun makan lagi..Rugi kan..

So now kita mulakan dengan menyenaraikan barang barang yang perlu dibeli..Macam kak fink, waktu aku beli groceries adalah seminggu sekali..Anak 4 memang tak dapat la nak beli sebulan sekali dik hahahaha..Stok cepat habis..Tapi macam kak fink cakap diatas, belanja perlu ikut keperluan dan bajet yang ada..Ambil pen dan kertas! Lepas tu senaraikan barang barang yang perlu dibeli..


Dah siap senarai yang patut dibeli..Kita dah boleh terus ke pasaraya atau kedai kedai yang korang suka..Tips kak fink yang membeli seminggu sekali ni..Jangan bawa troli..Bawa bakul! Dulu aku bawa troli lepas tu aku stress sebab selalu terover beli..So korang sila bawa bakul..Sebab bakul tu kecik kan..Memang cukup cukup barang untuk seminggu jer..Lagi satu sebab bila korang bawa bakul, tangan korang akan terasa beratnya bakul ni hahahaha..Mesti tak kan over budget..Trust me, tips ni sangat berkesan..


Korang pun akan beli barang mengikut senarai yang diperlukan..Tak kan ada rasa nak beli itu ini dan akhirnya korang tak guna pun barang tu..Macam aku dulu, bila beli roti selalu tak sempat habis makan tapi roti tu dah expired..Bila nak makan jer, tengok roti pun dah berkulat..Sakit nyer hati kita wak..Makanan yang kita beli tapi tak dapat makan..Membazir camtu jer..Tips lagi satu, nak beli sila tengok dulu Expired Date dan Best Before Date..


Ok apa beza antara Expired Date dan Best Before Date ni kan..Expired Date ni makanan yang memang dah tak sesuai untuk dimakan..Tapi kalau Best Before Date pula, makanan yang masih boleh dimakan tapi kualitinya dah berkurang..Sebab tu pentingnya masa beli barang tengok tarikh  dulu..Jangan beli secara pukal, sebab ini akan meningkatkan peluang makanan tadi rosak sebelum digunakan..

Untuk memudahkan kerja di rumah, semua barang barang yang kak fink beli tu kak fink akan simpan dalam bekas yang mudah di lihat macam ni..Dan di depan bekas tu, kak fink labelkan dengan expired date rempah atau makanan tu tadi..Dengan cara macam ni, lebih mudah untuk kita tahu tarikh tu akan tamat bila..Biasanya memang kak fink tak beli banyak..Beli sikit sikit jer supaya tak membazir..Lebih sistematik kan..Sedap mata memandang..


Begitu juga dengan rempah rempah yang kak fink beli..Kak fink akan labelkan di bekas bekas tu bila expired date nya..So kita tahu, ok rempah sup ni dah nak sampai tarikh luput..Boleh gunakan awal..Gituuu...Macam tempat bawang juga pun sama..Jangan korang letakkan kentang dan bawang dalam satu tempat yang sama..Nanti rosak kentang tu..Kena asing..


Dan untuk pastikan barang yang dibeli tu tahan lama kena susun dengan bijak..Contohnya makanan yang perlu diletakkan dalam peti ais, kena diasingkan dan susun elok elok dalam peti ais mengikut ruang yang betul..Bukan main susun jer tau..Sayur yang korang beli terutamanya tu kalau boleh keluarkan dari plastik dan perlu disimpan di bahagian bawah peti ais ..Kalau tak, sayur tadi akan cepat rosak dan berlendir..Tak ke membazir? Belum guna dah kena buang..

video credit to www.lovefoodhatewaste.com

Lagi satu kak fink nak pesan ni, kalau korang nak beli makanan di luar, elak menggunakan Styrofoam ataupun Polystrene..Kajian membuktikan bahawa bahan yang terkandung di dalamnya mampu menyebabkan kanser dan mengambil masa 500 tahun untuk reput yang mampu bertukar menjadi toksik..Bekas ni akan membebaskan Styrene bila di isi dengan makanan panas ataupun berminyak..


Ianya mampu mendatangkan kesan buruk yang mampu mengganggu masalah kesihatan seperti kesan kepada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak..Bukan hanya pada manusia tapi juga pada alam sekitar, Styrofoam ni dapat  menipiskan lapisan ozon dan ianya tidak boleh dikitar semula..Pendek kata memang bahaya..Lepas ni kalau korang teringin nak beli apa apa dari kedai, bawa siap siap bekas dari rumah..

Tak pe lah penat sikit kena basuh balik bekas tu pun..Daripada korang dapat kesan yang buruk dari Styrofoam ataupun Polystrene tu sendiri..Sebagai ibu mesti korang nak berikan yang terbaik untuk anak anak dan elakkan benda yang merbahaya masuk ke dalam pemakanan mereka kan..Kalau kata pergi picnic lepas ni pun mohon jangan guna cawan cawan yang diperbuat daripada polystrene tu, bawa bekas makanan, pinggan dan cawan dari rumah ok..Jangan malas yer mak!


Selain tu kak fink juga dah terapkan dalam rumah ni, tak kan ada pembaziran dari segi nasi atau lauk yang dimasak..Kalau kata hari tu anak anak malas nak makan, aku akan pastikan lebihan nasi tu di simpan dalam peti ais dan esoknya dijadikan nasi goreng untuk sarapan..Simpan elok elok dalam bekas tau..Kalau korang simpan di luar, nanti nasi tu berlendir dan basi..Dah membazir lagi..

Sebelum Makan

Selepas Makan (Licinnnn..Bagus tak membazir!)

Mengikut statistik yang dibuat, sebanyak 900 tan sehari kita telah membuang makanan yang langsung tidak diusik..Banyakkkknyer kan..Sebab tu kak fink cakap elakkan beli atau ambil makanan secara pukal..Beli sikit sikit tak per, asalkan tak membazir..Ni nak bulan puasa ni, mohon jangan teringin macam macam yer korang..Beli makanan yang betul betul rasa boleh makan jer..Jangan beli makanan untuk dibuang ke tong sampah..


Selain tu kita boleh amalkan 3R dalam kehidupan seharian kita..Reduce + Reuse + Recycle..Ingat semuanya perlu dididik daripada rumah..Sekiranya sampah tidak diasing dengan betul, tak semuanya dapat kita gunakan untuk kitar semula..So korang kena asingkan siap siap barang yang nak korang kitar semula macam botol, kotak, tin, kaca dan kertas..Jangan campurkan semua dengan sisa basah ya


Untuk pengetahuan korang, kak fink rasa berbesar hati sebab seramai 16 orang bloggers termasuk kak fink sendiri akan turut serta dalam KL Blogger Hunt untuk kempen Love Food Hate Waste pada hari rabu ni! Tak sabar nak kongsikan dengan korang aktiviti yang akan kami lakukan dari pagi hingga petang bersama sama dengan Alam Flora Sdn Bhd..


So siapa yang nak tengok aktiviti kak fink hari tu, meh lah intai intai kita dekat Instagram: @diya.nadia..Mana tahu bila korang tengok gambar gambar tu nanti boleh memberikan perkongsian yang mampu mengubah cara hidup korang lepas ni ke arah yang lebih sihat dan teratur kan..Yang pastinya ini adalah satu event yang meriah dengan input yang memberi manfaat dalam kehidupan  seharian kita..Tengok tau Instagram kak fink rabu ni! Blog readers please stay tune sebab korang berpeluang untuk menang hadiahhhhh juga tau..

Love Food Hate Waste
Instagram: @alamflorasdnbhd

lepas ni kena habiskan makanan ok..elakkan pembaziran..
semuanya harus bermula dari rumah..jom sokong Love Food Hate Waste!



You Might Also Like

14 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Great blog post on awareness of loving food & reducing waste. Nice pics of your kids too, supporting mummy's campaign!

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing...♥
    follow blog nie hari nie :)

    ReplyDelete
  3. tips yg sgt berguna kak fink. sy suka yg label2 pada bekas tu hihi

    jemput baca
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/05/guru-pembina-negara-bangsa.html

    ReplyDelete
  4. Alololo comel betul abg long ekekeke

    ReplyDelete
  5. Wahhhh...nice entry la..thanks for sharing dear..good job abg long...

    ReplyDelete
  6. Kc pun sokong! #lovefoodhatewaste

    ReplyDelete
  7. Ena kalau tak habis makan, mesti bagi kat kawan. Tak suka membazir makanan dan sangat tak suka kalau tengok org sukaaa sangat bazir makanan.

    ReplyDelete
  8. usaha yang sangat bagus dr Alam Flora. Marilah sama2 kita MENYERU ya. hahaha

    ReplyDelete
  9. wahhh..suka tgk abglong..mmg supportive anak2..

    ReplyDelete
  10. nak follow boleh
    Smile to Love Food
    Kill to Hate Waste

    ReplyDelete
  11. alam flora membuat kempen sangat bagus untuk alam sekitar. keep it up

    ReplyDelete
  12. yup nad pun buat macam akk buat..tengok tarikh..tak beli banyak2..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!