Followers

Aquaria KLCC: Menerokai hidupan laut bersama bloggers sempena Bloggers Jaw-Some Day

10:51:00 AM

Hari tu kak fink berpeluang ke Aquaria KLCC bersama dengan rakan rakan blogger yang lain..Ni pengalaman pertama jejakkan kaki ke Aquaria KLCC..Sebelum ni, tengok dekat internet jer orang review..Kali ni meh kak fink sendiri yang kongsikan pengalaman masa berada di sana..Kak fink join morning session di sana..Kalau pagi tak de lah ramai macam tengah hari..Lega lega je kiteorang explore dalam tu..


Masa sampai tu kami tuju ke bahagian Brownbanded Bamboo Shark ni..Boleh pegang ya korang..Tapi aku dah cuba banyak kali nak celup tangan untuk pegang, tak jadi juga akhirnya..Sebab asal nama shark jer rasa takut nak pegang..Terus rasa was was hhahahaha...Kalau malam hari, tempat ni di tutup dengan jaring supaya shark ni tak melompat ke luar..Sebab ikan ikan dia aktif pada waktu malam..


Piranha ni nampak macam scary kan hahahaha.. Banyak sangat Piranha dalam tank ni..Gigi piranha sangat tajam yer korang..Berat pirahna yang ada di sini dianggarkan dalam lingkungan 3.5 kilogram..Piranha yang ada di Aquaria KLCC ni adalah daripada Red Bellied Piranha yang berukuran 28 - 33 sentimeter..Kalau korang nak tengok piranha ni secara dekat, tuju ke bahagian Evolution Zone


Selain daripada ikan, ada juga hidupan lain seperti ular ni..Di sini adalah di bahagian Riverbank Jungle..Ular ni statik jer duduk depan cermin masa kiteorang nak ambil gambar hahahaha..Ohh ya dalam ni korang boleh ambil gambar tapi dengan syarat jangan buka flash tu ya..


Teringin nak tengok ikan ikan cantik dari laut yang tak kesampaian nak tengok masa snorkeling..Haa tak payah susah susah nak cari pantai..Pergi je Aquaria KLCC tu dan tuju ke bahagian Tales of the Ocean..Cantik sangat..Masa ni kak fink diberitahu air yang mereka gunakan untuk ikan ikan cantik ni adalah air yang bersuhu sejuk..Dan bila kak fink rasa dinding kaca tu memang sejuk..


Yang ni di tingkat 2..Dari atas tangga tu korang boleh tengok ikan ikan ni berenang berenang..Hati hati untuk yang bawa anak tu..Takut teruja sampai terjengket jengket nak tengok ikan pula nanti kan sebab kawasan ni memang tak bertutup atasnya..Bahagian ni diberi nama Floaded Forest..Dekat sini korang boleh tengok secara dekat ikan ikan seperti Alligator Garfish, Black Pacu, Silver Arowana, Arapaima dan Redtail Catfish..


Di satu sudut korang akan belajar segalanya tentang spesis ikan yu..Berdepan jer dengan kawasan Floaded Forest ni..Senang nak faham sebab info yang diletakkan dalam bentuk point..Anak anak aku suka tengok rancangan Discovery Chanel tu, kalau bawa dekat tempat tempat macam ni memang lah suka sangat..Nanti mama bawa yer nak..Bagi mama explore dulu huhuhu..


Dapat tengok sotong ni berenang depan depan mata memang puassss..Besarrrrrnyer dia..Dah la merangkak rangkak ke sana sini dengan aktifnya..Tak mudah nak ambil gambar dia tapi dapat juga sekeping yang okay hahahaha..Aktif sangat..Kak fink rasa kalau bawa anak anak ni memang dah banyak pertanyaan yang diaorang nak tanya..


Di bahagian terowong yang paling kak fink suka sebab dekat sini korang tak perlu jalan..Boleh just berdiri dan nanti korang akan bergerak dengan sendirinya..Kira macam korang duduk atas escalator macam tu lah..Tapi version lurus jer..Eh tak tahu nama benda tu apa hahahahaha..Sempat lah capture gambar ikan yu campuran pari ni..Serious aku terkagum jap..Nasib dia duduk diam je dekat atas tu..


Dekat sini best sebab korang akan nampak ikan yu..penyu..ikan pari berenang renang jer atas kepala korang tu..Rasa macam luas dapat tengok semua ikan secara dekat camni..Paling suka penyu tu..Manjaaaaaaaaaaa sangat..Haa nak tahu kenapa kak fink cakap dia manja..Korang kena play video di bawah ni..


Seronok sangat sebab kak fink juga berkesempatan tengok diver bagi makan ikan ikan dan penyu penyu di Aquatheatre..Kalau korang nak tengok, dalam pukul 11.30 pagi kalau boleh dah boleh duduk depan Aquatheatre ni sebab diver akan bagi makan ikan ikan dan penyu penyu ni dalam pukul 12 tengah hari..Bukan setiap hari ada tau..Tapi hari yang kak fink pergi ni hari sabtu ada..Dapatlah tengok penyu tu manja manja makan bersuap hahahaha..Comel sangat..



Selain tu kami juga di bawa ke Jellyfish dan Seahorse Lab..Di sini juga mereka membiakkan obor obor dan kuda laut yang ada..Memang boleh tengok size obor obor dan kuda laut dari saiz kecil hingga lah yang bersaiz besar..Dan paling bertuah dapat tengok kuda laut yang tengah bunting..Whoaaa teruja sekejap..Rupanya kuda laut jantan yang akan melahirkan anak..Cuba korang tengok gambar di bawah ni, memang nampak perut kuda laut tu buncit buncit kan..So cute hahahaha...



Aktiviti kemuncak hari tu bila kami dapat mencuba salah satu tarikan terbaru yang ada di dalam Aquaria KLCC ialah korang dapat join untuk gelak gelak dalam Station Aquarius..Mesti korang nak tahu apa yang ada dalam ni kan..Dalam ni korang akan merasai sendiri pengalaman di Moonlab's Holodeck..Untuk korang join aktiviti yang ada di Station Aquarius ni, ada bayaran akan dikenakan ya..


Untuk dewasa adalah sebanyak RM20.00 dan kanak kanak sebanyak RM10.00..Infant tak de bayaran, percuma! Kalau rasa nak gambar dan video korang terjerit jerit dalam tu pun boleh hahhahaha..Eh menjerit ke..Iyer menjerit dan bising dalam tu nanti hahahahaha..Kena cuba..Kalau nak gambar dan video tu bayarannya adalah RM40.00..Mana tahu nak buat kenang kenangan kan..


Ni kak fink kongsikan apa yang ada dalam Moonlab's Holodeck tu..Korang hanya perlu berdiri dekat tengah tengah tu dan tunggu tetamu tetamu yang akan masuk nanti..Tetamu bukan kecik kecik tapi besar besar semuanya..Ok ni antara tetamu yang korang boleh play around dan pegang pegang..Kena pandai berlakon sikit ya hahahahaha..Baru nampak reallll sikit..


Kemain masing masin dapat pegang dinasour hahahaha..Yang belah sana tu kenapa? Takut ke? Adoi sumpah bising kiteorang dalam ni hahahaha..Menjerit lah..Ketawa lah..Sebab tak jangka yang akan keluar tu apa..Macam ni first time ko nampak dinasour tak kan nak gelak kan..Harus lah menjerit tapi kakak ajet ajet berani pegang ok..Mampu? hhahhahahahaha..


Dan badak pun keluar hahahahaha..Dah macam kucing korang buat badak tu..Kalau badak real,mungkin tak seberani itu kofkofkof..Ko tengok kak fink boleh pegang kulit badak..Hebat sangat rasa hahahahahaha..Bawa la anak anak korang masuk dalam ni, memang best! Nak nak time binatang binatang tu masuk..


Hujannnnnnnnnnnnn! Hahahahahaha poyo sangat siap duduk kan korang hahahahahahaha..Bila dah lama sikit baru pandai nak berlakon masing masing..Tak dapat nak upload video masa dalam ni..File video tu besar sangat hukhuk..Kalau korang tengok video kiteorang masa dalam ni memang boleh tergelak..Huru hara betul masing masing..


Ewahhh..angkasawan pula mendarat..Kemain kak fink nak ikut pi mana tu..Ada macam macam tau, antaranya harimau, dolphin, dinaosour yang besar besar tu dan banyak lagi..Tengah korang pegang pegang yang ni..Tetiba yang lain pula masuk nanti..Tu yang buat kelakar sebab masing masing terhuru hara sekejap..

Kami juga dikongsikan tentang betapa terancamnya hidupan laut seperti ikan yu yang semakin ramai orang ingin makan Shark Fin Soup..Sedih sangat masa tengok video tu..Bila diaorang dah tangkap ikan yu tu, mereka cuma ambil siripnya dan kemudian buang balik ikan yu tu ke dalam laut..Dalam keadaan berdarah darah dan campak terus macam tu..Haih mestilah mati kan..Semata mata nak dapatkan sirip nyer jer..So korang tolong berhenti makan sirip ikan yu..Bila tiada permintaan baru tiada kekejaman..


Akhir sekali kami dihadiahkan dengan hadiah istimewa daripada pihak Aquaria KLCC..Yayyy dapat belaan baru..Marimooooo! Lepas ni kena jaga Marimo ni elok elok..Kena selalu tukar air sebab Marimo ni didatangkan jauh dari Jepun..Boleh je nak beli dekat Malaysia ni tapi yang ni dari tasik yang di Jepun..Tak sabar nak tunggu Marimo kiteorang besar..


Kalau korang nak pergi ke Aquaria KLCC, segala maklumat kak fink sediakan di bawah ni ya..Cuti sekolah tak lama jer lagi kan..Boleh bawa anak untuk masuk dalam Moonlab's Holodeck tu..
Dewasa (MyKad) : RM46.00
Kanak Kanak 3 - 12 Tahun (MyKad): RM35.00
Bawah 3 tahun: Percuma
Warga Emas (MyKad): RM35.00 


Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre Complex, KLCC
Telefon: 03-2333 1888 
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi - 8.00 malam
Last Admission: 7.00 malam

Instagram: @aquariaklcc

lepas ni boleh bawa anak anak kak fink pula explore dalam Aquaria KLCC
ni baru sebahagian jer kak fink kongsikan sebenarnya banyak lagi..jemput pergi ya



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. pernah bawak bebudak ni kak.. Allah berlari2 depa dlm ni.. sampai tak jumpa.. aduyaii 1 jam jer duduk dlm tu lepas tu cabut keluar..

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaaaaaa pinks..
    Mak budak pun teruja sama kan..
    Tapi akak takut tengok ulorrrrr tu @__@

    ReplyDelete
  3. wah .... menariknya.. marimooo tu apa? huhuhu...

    ReplyDelete
  4. wah menarik la holodeck tu, kalau bawak si kembar 3 ni mesti kecoh!

    ReplyDelete
  5. tringin nak bawa adra pg aquria hehehe. mesti suka dia ni.

    Nape yg dinosor kluar tu cam best jeeee hehehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!