Followers

Mamee Jonker House: Raikan Hari Ibu di Melaka bersama Mommy Bloggers dan Anak anak Tersayang!

12:22:00 AM

Sempena hari ibu hari tu, kak fink rasa berbesar hati dapat turut serta bersama sama dengan mommy bloggers yang lain untuk meraikannya bersama anak anak tersayang di Mamee Jongker House..Sampai melaka raikan hari ibu tahun ni hihihi..Thanks Mamee jemput kak fink dan anak anak untuk memeriahkan trip kali ni ke melaka..


Dalam bas patutnya ada karaoke tapi disebabkan bawa anak anak, driver tu buka cerita Upin Ipin hahahaha..Daripada yang menangis, terus senyap dapat tengok Upin Ipin dalam bas..Tak terasa perjalanan kami ke Melaka..Sesampai je di sana, maskot Mamee Monster dan Mister Potato dah sedia menanti kehadiran kami di depan pintu masuk..


Ini kali kedua kak fink pergi ke Mamee Jonker House tapi perasaan excited tu masih sama macam kali pertama ya..Ini kerana layanan daripada staff Mamee Jonker House serta staff Mamee yang turun dari Subang, buat kak fink setuju nak pergi lagi untuk kali kedua..Tambahan ni untuk Hari Ibu kan..Mestilah ada sesuatu yang lebih istimewa daripada trip yang sebelum ni..


Masa sampai tu kami diminta naik ke tingkat 1 dan masuk ke Monster Kitchen..Kali ni anak anak diberi peluang untuk buat sendiri snek Mamee yang kita biasa makan tu..Dulu kak fink pergi, kiteorang tengok jer tapi tak diberi peluang untuk buat dari mula sampai akhir..Tapi untuk Hari Ibu ni special sikit..Anak anak boleh buat dan ibu boleh tolong dari tepi..


Mula mula nak bagi abg ngah jer cuba buat snek Mamee tapi bila staff Mamee Jonker House cakap, bagi kembar pun cuba..Aku macam eh boleh ke..Tak kecik sangat ke hahahaha..Diaorang cakap boleh..Diaorang pun nak kembar turut serta..Ala mama lagi lah excited kan bila dapat tengok budak kecik dua orang tu dapat pakai apron dan sarung kepala tu..


Anak anak diminta untuk pakai apron dan sarung kepala sebelum mula membuat snek Mamee..Atototo comelnyer semuaaaaa...Korang tengok kembar tu hahahahaha..Eii apersal comel sangat ni nak..Geramnyer mama tengok..Suka korang kan..Dekat rumah mama tak bagi main main dekat dapur..Dekat sini semua boleh..Ada yang sampai tak nampak mata hahahahaha..Adoi sakit perut tengok keletah sorang sorang..


Kembar habis 2 tangan dia gaul tepung tu hahahahaha..Haih tak tahu la nak marah ke, nak gelak masa ni...Nasib baik ada staff Mamee rela hati nak tolong kembar hari tu..Thanks Ayen..Akak appreciate sangat..Boleh jadi suami dan ayah yang baik Ayen ni hahahahaha..Ingat senang ke nak handle budak kecik oii..Kena banyak sabar ok..Tapi Ayen steady jer..



Abg ngah aku tak perlu risau sangat sebab dia dah besar..Dah pandai bawa diri..Sesekali je tengok dia buat apa..So far dia boleh catch up apa yang orang cakap..Kembar je la aku nak kena risau sikit..Sebab main tepung tu memang kesukaan diaorang hahahaha..Bersyukur juga masa pergi ni, kembar well behave masa di Monster Kitchen ni..


Ni lah hasil tepung yang dah diuli dan dimasukkan dalam mesin tu..Kena nipiskan dan kemudian akan dimasukkan dalam tu untuk dinipiskan lagi..Dua kali juga kena nipiskan supaya tepung tu betul betul nipis..Kali ketiga tu barulah dimasukkan dan dipusingkan dengan mesin yang sama untuk jadikan tepung tadi pada bentuk halus halus panjang camtu.. 


Irma Hasmie dan Yuyu Zulaikha pun ada tau masa ni..Rajin betul Irma tu melayan budak budak ni..Lembut je dia..Untunglah kembar ada orang nak layan..Mama senang boleh amik gambar korang jer hahahahaha..Masa ni proses nak siapkan snek Mamee tu dah hampir siap! Lepas kali ketiga dimasukkan dalam mesin tu, hasilnya akan jadi halus halus panjang macam gambar di bawah ni..



Ni kembar punya..Kak fink risau sangat masa ni kembar buat perangai tapi Alhamdulillah diaorang bagi kerjasama teragung masa dalam dapur ni hihi..Orang suruh gaul, diaorang gaul..Walaupun cara dia gaul tu bersungguh sangat sampai guna 2 tangan hahahaha..Tak pelah..Janji dia tak menjerit nangis nangis kan..Akhirnya jadi juga snek Mamee nya..


Bila dah terhasil bentuk halus halus panjang ni, barulah di gaulkan dengan perasa dan dah boleh untuk digoreng..Gaul hingga sekata gitu..Bila dah siap tu barulah boleh bawa ke bahagian belakang untuk digoreng..disejukkan dan dimasukkan dalam pembungkusannya..Suka budak budak ni dapat tengok depan mata proses nak hasilkan snek Mamee kesukaan selama ni macam mana..


Masa ni staff Mamee Jonker House dah bersiap sedia nak masukkan dalam minyak..kena masukkan dalam bekas 4 segi macam gambar di bawah ni..Goreng tu tak lama..Dalam 1 minit macam tu jer..Siap jer digoreng snek tadi akan ditoskan dulu dan akan dimasukkan bawah kipas untuk proses penyejukan..


Masa ni snek tadi akan masuk ke bahagian penyejukan..Ada kipas dekat atas tu..Tujuan nak sejukkan sebab nanti nak masukkan snek ni tadi dalam plastik pembungkusan kan..So tak nak lah panas panas tu terus masuk..Sebab plastik kan tak elok untuk benda benda yang panas macam tu..So sebelum dibungkus kena sejukkan dulu..


Dah sejuk tu, barulah boleh dibungkus..Siapppp dah snek Mamee yang biasa korang makan tu..Yang ni mereka tunjukkan secara manual la sebab di Mamee Jonker House kan..Tapi kalau di kilang semua nya mesin..Kalau nak buat secara manual satu satu..Lambat dan ambil masa pula nanti..Teringin pula nak pergi ke Kilang Mamee dan tengok proses penyediaan snek dengan menggunakan mesin..


Pembungkusan snek Mamee tu tadi juga boleh direka sendiri oleh anak anak bloggers yang datang hari tu..Kemain semua tunjuk skill mewarna dan mencantikan lagi plastik tu..Orang paling suka haruslah abg ngah kan hahahaha..Dia kan tak boleh tengok warna warna tu semua..Kembar tu muka confident jer..Padahal tengah conteng hahahahahah..Sekali lagi Abg Ayen jadi penyelamat keadaan..


Ni lah hasil pembungkusan abg ngah..Kalau ikutkan banyak lagi dia nak lukis dekat situ hahahaha..Nasib baik aku tegur, dah lah ngah..Dah cantik dah tu..Baru dia nak stop..Bagi 10 jam pun belum tentu dia bosan untuk mewarna ya..Suka sangat mewarna..Dari kecik memang suka mewarna ngah ni..


Dari Monster Kitchen, kami di bawa ke Noodle Doodle..Kalau tadi buat Snek Mamee kan..Tapi kali ni buat Mamee Cup..Boleh pilih bahan bahan apa yang korang nak letakkan dalam cup tu..Dan sama juga cup tu juga anak anak boleh corakkan mengikut citarasa sendiri..Budak budak memang suka lah bila bagi mewarna kan..



See? Kak fink dah cakap dah betapa abg ngah tak heran pun mama dia dekat mana hahaha..Dia lagi fokus dengan cup yang dia dapat..Kalau dapat warna bukan boleh kejap kejap..Teliti sampai ambil masa yang sama..Macam biasa lah, tugas aku untuk cepatkan abg ngah mewarna hahahaha..Cepat ngah orang nak turun dah ni..


Dah siap warna warna tu, kita boleh bagi cup tadi kepada staff yang ada untuk masukkan instant noodle dan boleh pilih bahan bahan yang akan dimasukkan dalam cup tersebut..Macam gambar bawah ni, staff dia akan ambil cup tadi dan letak di mesin ni untuk proses memasukkan instant noodle..


Kami diberikan pilih 4 bahan yang boleh dipilih untuk dimasukkan dalam cup tadi..Kak fink pilih corn + serbuk cili + daun bawang dan juga carrot..Terpulang korang nak letak apa pun bahannya asalkan pilih 4 jer ok..Lebih lebih tak dibenarkan ya hahahaha..So pilih la apa yang korang paling suka untuk dimasukkan dalam cup tadi tu..


Dah siap masukkan bahan bahan tadi, cup tu akan ditutup..Kita di luar cermin yang kena tekan butang hijau tu bila dah dapat arahan dari orang dalam..Hanya perlu tekan jer butang hijau tu..Korang nampak tak di cermin tu ada butang yang berwarna hijau tu..Butang tu la..Make sure tunggu arahan dari orang dalam dulu ya..


Siap ditutupkan barulah cup tadi dimasukkan plastik dan dimasukkan dalam terowong panas ni..Tujuannya untuk merapatkan plastik tadi dengan cup tu..Barulah tak tercabut tutup tu nanti..Abg ngah orang paling teruja dapat tengok proses ni satu per satu depan mata..Baru dia nampak secara jelas proses nak hasilkan sesuatu produk tu..


Hasilnya macam kembar pegang tu hahahahaha..Kemain nak pegang je cup dia..Mama nak simpankan pun tak nak..Adoii anak aku ciwi sangat dengan cup hasil contengan dia tu..Sabar je la tau..Agaknya bangga kot dapat pegang hasil dari diri sendiri kan..Walaupun sekadar conteng jer hahahaha..


Selesai di tingkat satu..Kami turun ke tingkat bawah..Kalau korang datang Mamee Jonker House ni, boleh lah korang tengok di bahagian ni..Nak tuju mana satu dulu..Kalau rasa nak join masak dan doodle dulu, terus naik tingkat 1 ya..Ada 3 sesi untuk korang join iaitu pada pukul 11 pagi, 1.30 petang dan 3.00 petang..1 pax akan dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 sahaja..


Kami terus masuk ke Galeri Mamee ataupun lebih dikenali sebagai Muzium Mamee..Kak fink suka masukkk siniiii sebab terlampau comel dalam ni..Dan di sini lah kita dapat tahu macam mana sejarah Mamee yang pada mula nya bukan diberikan nama Mamee tapi Lucky..Di sini juga lah korang dapat tengok segalaaaaa produk keluaran Mamee dari dulu hingga sekarang!


Tengok muka budak budak ni pun dah tahu betapa diaorang suka kan..Korang bawa la anak masuk dalam ni..Memang akan teruja dengan setiap dekorasi setiap ruang yang ada di Galeri Mamee ni..Bermula dari zaman Mamee dahulu kala sampai lah sehingga zaman sekarang..Semuanya ceria ceria jer sebab warna yang digunakan tu memang penuh warna warni..


Kak fink suka bahagian ni..Rupanya banyak produk Mamee ni..Biasa nampak di kedai tapi tak sangka tu keluaran Mamee..Tapi serius tak percaya macam mana dari satu produk iaitu snek, sekarang ni dah bermacam macam produk keluaran Mamee antaranya Instant Noodle, Popcorn, Air Herba dan pelbagai jenis snek lagi yang korang boleh dapatkan di pasaran..


Kalau korang nak tahu, killer product daripada Mamee adalah Mister Potato..Kak fink ingatkan snek Mamee tu tapi rupanya bukan..Mister Potato lagi power oiii hahahaha..Tapi Mister Potato tu memang sedap pun kan..Kak fink suka sebab tak masin..Sesetengah snek yang kita makan, rasa masin kan..Tapi Mister Potato tak masin..



Selesai je kami di bahagian Galeri Mamee..Kami di bawa ke satu sidang media bersama dengan eksekutif eksekutif Mamee yang ada pada hari tersebut..Kak fink tak sabar nak join untuk event event Mamee lepas ni..Sebab diaorang ni aktif sangat tau..Kalau ada nanti kak fink kongsikan lagi di blog ya..Mana tahu korang pula boleh join lepas ni kan..



Dan aktiviti terakhir pada hari tu adalah makannnnnnnnnn..Kak fink dah tak sabar nak makan dekat cafe Mamee Jonker House sebab makanan dia memang sedap sedap..Terutama sambal ikan bilis! Adoi boleh mengidam tau sambal ikan bilis dia..Dah lah jauh nak makan kena pergi Melaka hukhuk..Tolonglah buat satu cafe dekat KL boleh tak?


Pilihan kak fink Nasi Goreng Kampung..Siap ada satey..Sedappppppp..Ikan bilis memang banyak ok..Baru betul Nasi Goreng Kampung kan..Adoi tengah taip ni pun teringat ingat lagi rasa dia..Haihh..Senang kan, kalau datang sini tak payah pergi luar untuk makan..Makan je dekat sini terus..Semua ada dekat sini dalam satu bangunan..


Abg ngah makan Hainan Chicken Rice Ball..Dia memang suka nasi ayam ni..Dulu pun dia makan menu ni juga hahahaha..Kak fink paling suka sos nasi ayam tu..Abg ngah ni memang jenis susah makan nasi tau tapi kalau dia suka tu, dia akan repeat dan repeat lagi menu yang sama..Hainan Chicken Rice Ball ni antara menu yang korang kena cuba juga!


Air kak fink pilih Ice Lemon Tea dan Green Tea..Barulah hilang dahaga katanya..Ingat di hati nak pilih air yang ada ice cream di atas tu tapi takut tak hilang haus hahahaha..Order air ni legaaa rasa tekak..Sempat juga rasa Air Batu Campur dari Mamee Jonker House ni..Cendol pun ada kalau korang nak makan..


Kalau datang sini, boleh lah dapatkan barangan Mamee atau produk keluaran Mamee sebagai cenderahati waktu pulang tu..Harga tak de lah mahal mana pun..Mampu poket orang cakap..Yang bestnya, kalau korang nak beli produk Mamee, diaorang dah siapkan pakej..1 bag tu RM12.00 sahaja..Setiap pakej tu diletakkan 2 - 3 jenis produk campur campur..So korang boleh rasa semua..


Thanks untuk semuaaaaaaaaaaa staff Mamee yang terlibat pada event Hari Ibu di Mamee Jonker House hari tu..Sama ada staff dari subang dan juga melaka semuanya menyenangkan hati..Senang berurusan dengan diaorang ni sebab semua sopan sopan jer hahahaha..Thanks Haziq, Ayen, Nadia dan juga boss mereka Zany..Thanks sangat jemput kak fink untuk kedua kalinya ke Melaka..


Instagram: @mameejonkerhouse
Alamat: No 46 & 48, Jalan Hang Jebat [Jonker Street], 75200 Melaka

Waktu Urusniaga:
Isnin - Khamis [10.00 pagi - 5.00 petang] 
Jumaat, Sabtu & Ahad [10.00 pagi - 7.00 malam]

Hubungi: 
Henry - 012-618 0778
Yap - 06-2867666 / 012-676 8770


amboii banyak stokkkk bawa balik hahahaha..
abg long sabar yer nak..nanti mama bawa pergi Mamee Jonker House ok



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wahhhh seronoknya tengok aktiviti.... :)

    ReplyDelete
  2. tudia aih best gilaaa. Kalau ada nanti nak join lah kak. Adr apon beso skit dah time tu. Masa akak iklan tu rasa nak pegi gak tp Isnin, alamakkkkk.

    Memang syiok. Kita pon teruja. Fans mister potato perisa chili hahaha sedapppppppppppppp

    ReplyDelete
  3. Laaa. Rupanya akak yang selama ni saya followww 😍😍😍

    ReplyDelete
  4. Sayang nya x dapat join..kalau tak sure meriah Kat sini kan..tahniah kembar dpt buat yg terbaik...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!