Followers

Sekat website LUCAH atau iklan MEREPEK ketika anak anak melayari internet dengan Salam Browser!

11:22:00 AM

Siapa sini ada masalah risau bila anak anak buka laptop nak tengok internet? Mana lah tak risau kan, takut jer diaorang terklik yang bukan bukan..Zaman sekarang ni nak larang pun tak boleh..Sebab memang zaman teknologi..Tapi yang menyakitkan hati bila ada iklan iklan yang tak sepatutnya untuk anak anak bawah umur tengok..


Macam rumah ni, memang diaorang akan buka internet untuk tengok movie atau cerita cerita kartun yang diaorang suka..Kadang kadang bukan aku yang buka kan..Diaorang sendiri pandai nak cari dan view dekat mana..Haihh..So far masih dalam pemantauan aku sebagai ibu..Cuma risau juga, tengah tengah diaorang tengok kartun tu boleh terklik website lucah...Haih seramnya!


Bila ada kawan kawan yang berkongsi tips..Kak fink rasa lega diperkenalkan dengan Salam Browser..Mesti korang pun tertanya tanya apa tu Salam Browser kan..Salam browser ni merupakan satu pelayaran internet yang berunsurkan Islamik..Ianya mampu mengawal dan menyekat iklan iklan yang tak sepatutnya di tonton oleh anak anak..Bukan setakat iklan tapi website porno dan lucah juga akan disekat serta merta..

Senang cakap ianya patuh syariah..Aku dengar Islamik tu dah cukup lega dan yakin untuk nak muat turun Salam Browser di laptop sekarang juga..Lagi pun tak de faedah kalau korang termasuk website website yang berunsurkan lucah ni sebab kadang kadang tu virus..Ada 2 bahasa yang korang boleh pilih untuk Salam Browser ni..Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..Mudah jer nak download tu..


Bila korang dah download Salam Browser ni, korang boleh lah cuba search website Porno untuk test betul ke tak boleh masuk..Bukan tengok tau hahahaha..Amboi sangat kalau nak tengok tu..InsyaAllah korang memang tak dapat nak masuk..Inappropriate content terus haaaaa! Block! Lega tak mak mak semua? Haruslah lega..Zaman sekarang ni semua benda kita risaukan..

Walaupun Salam Browser masih diperingkat Beta..Tapi korang tak perlu risau dah sebab so far memang website website lucah dan iklan iklan merepek tu tak keluar di laptop kak fink ni..Untuk pengetahuan semua, Salam Browser ni memang web browser yang dibina khas untuk Muslim..Itu yang penting kan..Ciri Islamik yang ada pada browser ni sangat menarik minat kak fink..

Browser ni dibina menggunakan enjin Chromium yang merupakan enjin yang sama digunakan untuk Google Chrome..Tapi ianya telah diubah suai selari mengikut Etika, Privasi dan Keperluan Sekuriti..Semestinya Salam Browser membantu ibu ibu yang risau bila anak tengah melayari internet kan..
Tapi ada setengah anti virus yang akan detect app ni sebagai Trojan..Kak fink pun susah nak explain camner..Tapi so far ok jer..Tengok antivirus korang..Semoga korang dah lega dan ada inisiatif untuk kita pantau anak kita daripada tertengok dan terklik website website ataupun iklan iklan yang tak sepatutnya..Kalau korang ada masalah anak anak suka melayari internet, cepat cepat download Salam Browser ya..Lepas ni anak anak boleh tengok movie kesukaan mereka dengan selamat..


semoga bermanfaat kepada semua entry ni..selamat memuat naik mommies




You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Dah baper kali try, x berjaya nk download salam browser ni..x kisah la kat pc atau hp/tab..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!