Followers

Finding Dory Sunway Putra Mall: Dapatkan 3 cop dan menang hadiah dengan aktiviti yang mudah dan menyeronokkan di sana!

11:36:00 AM

Siapa sini dah tak sabar nak tengok cerita Finding Dory? Anak kak fink dah berzikir tepi telinga nak tengok cerita tu..Sebelum nak tengok cerita Finding Dory yang bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi tu, korang boleh lah bawa anak anak ke Sunway Putra Mall sehingga 12 Jun 2016..Ada beberapa aktiviti yang dapat anak anak korang join di sana..


Macam anak kak fink minggu lepas, seronok betul diaorang dapat main main dekat situ..Mula mula korang perlu ke kaunter pendaftaran dan daftar nama anak untuk dapatkan kad..Anak anak perlu lengkapkan 3 aktiviti di sana dan dapatkan cop di setiap stop untuk melayakkan mereka mendapat hadiah istimewa daripada Dory..


Macam di first stop ni diberi nama Help Dory Get Home..Anak anak perlu mencari Dory di dalam maze tersebut..Masa ni, abg long masuk dengan kembar..So maknanya kena cari 3 ekor gambar Dory dan berikan Dory tadi kepada staff yang bertugas di situ..Kira macam cari benda tersembunyi la tapi suasana tu nampak comel sebab props yang digunakan seperti berada di dasar laut..


Selesai stop yang pertama, korang boleh bawa anak anak cuba di second stop iaitu Clean Up The Ocean..Di sini anak anak akan diberi peluang untuk memancing barang barang yang selalu di buang di dalam laut seperti botol, tin, bekas makanan, plastik dan pelbagai lagi bahan buangan yang sering mencemarkan kebersihan laut..



Ni kak fink kongsikan video di bawah bila abg long dan kembar teruja nak mancing botol botol kosong tu tadi..Korang bawa la anak anak ke sini..Sampai 12 jun 2016 ni jer tau..Memang seronok..Selesai jer memancing, mereka akan diberikan cop dan dah boleh proceed ke bahagian yang terakhir iaitu di bahagian Artopus Station..



Di sini mereka boleh mewarna karektor karektor yang ada..Serious nya anak anak mama mewarna hahahaha..Kembar tu warna ke tu? Ke conteng jer hukhuk..Tak pe lah janji korang enjoy cuti sekolah ni boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktivti yang ada kan..Siap jer mewarna, korang akan dapat cop yang terakhir dan dah boleh redeem Dory gift di redemption counter..



Tak susah pun kan? Anak korang akan dapat stickers book daripada Dory..Yayyy...Dapat sorang satu..So tak bergaduh kan..Diaorang happy, mak semestinya lebih happy kan..So mommies tunggu apa lagi..Bawa anak anak ke Ground Floor Sunway Putra Mall untuk anak anak join dan berseronok di sana..



Di sini juga ada dijual barangan daripada cerita Finding Dory yang comel comel sebagai buah tangan atau koleksi korang di rumah..Ada soft toys, alat tulis dan pelbagai lagi barangan dairpada cerita Finding Dory tadi..Masuk percuma jer..Tak perlu bayar pun..Nak join semua aktiviti tadi pun percuma jer korang..


Instagram: @sunway_putramall
Lokasi: Ground Floor, Concourse
Tarikh: 27 Mei - 12 Jun 2016

ada masa lagi ni..jom bawa anak anak happy kan diri di Finding Dory
tak sabar nak tengok movie Finding Dory 16 jun ni..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. comelnyaa dory tu. suka lah kids ada banyak aktiviti cuti sekolah ye

    ReplyDelete
  2. bestnyee!
    excited muka si kembar dpt pancing botol..hihi

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!