Followers

Owlery Cafe: Cafe di Ampang yang cantik dengan dekorasinya dan Menu sedap yang mampu repeat banyak kali!

8:46:00 PM

Korang pernah tak pergi makan or lepak dekat Owlery Cafe? Cafe ni dekat Dagang Avenue Ampang jer tau..Baru je dibuka..Alah cantik sangat cafe..Comel sangat sebab konsep cafe ni Owl..Yang lagi best harga dan menu yang ditawarkan sangat berbaloi...Kiranya memang tak teragak nak repeat lagi..Selama ni, aku tengok jer orang review..Tapi hari tu bila aku sendiri cuba..Perghhh memang sedap!



Kalau korang ni kaki instagram yang suka ambil ambil gambar atau pun rasa nak cari cafe yang best untuk buat party ke, belanja keluarga makan makan ke ataupun nak lepak malam malam minggu, inilah cafenya..Ada macam macam menu dari breakfast sampailah dinner korang boleh makan di sini..Masa kak fink pergi ni untuk berbuka puasa..So kalau korang rasa nak gantung kuali dekat rumah tu, meh terjah Owlery Cafe..


Tempat yang paling kak fink rasa lega masa masuk Owlery Cafe ni bila ada Kids Zone..Yayyyy! Korang mampu makan dengan aman sambil anak korang main main dekat area sini..Mesra budak budak lah kiranya kan..Paham paham jer la kalau bawa anak ni, diamnyer tu kejap jer..Pastu mula lah nak main..



Kami mulakan hidangan kami hari tu dengan Soup of The Day..Setiap hari soup tu tak sama..Masa kiteorang datang hari tu Pumpkin Soup..Perghhh sedapppp..Kembar suka betul..Sebab tak rasa pumpkin tau..Ingatkan mula mula macam mushroom soup..Sedapppp sangat..Pekat kaw..Satu sudu boleh jadi bersudu sudu lah..


Pasta yang ada di Owlery Cafe ni banyak pilihan tau..Antaranya Spicy Seafood Pescatora, Mushroom Madley Alfredo, Asian Lamb Panne, King Prawn Pesto, dan Grilled Chicken Aglio Oglio..Dalam banyak banyak tu, yang Asian Lamb Panne tu pertama kali cuba..Tak pernah lagi cuba pasta dengan kambing kan..Korang kena rasa tau..Untuk peminat kambing tu, menu ni antara menu yang kena masuk wishlist..


Ni juga antara menu pasta yang ada di Owlery..Terpaling favouriteeeeeeeeee kak finkkkk ni..Alah lemak berkeju sangat ni..Saper yang peminat cheese tu, memang kena cubaaaa menu Macaroni and Cheese ni..Puas hati lah cheese dia tu..Yang penting tak muak ok walaupun banyak cheese..Harga? Hanya RM15.00 sahajaaaa...Makanlah korang sampai kenyang..


Bread Butter Ice Cream in the house yawww! Aku memang peminat makanan manis manis macam ni..Vanilla Ice Cream yang diletakkan di atas tu yang buat sedap tu..Sejuk manis manis jer masuk dekat mulut kan..RM10.00 je korang..Sila cuba ya..Sedap yang amat..Boleh makan kongsi kongsi lepas makan menu utama yang korang dah order tu nanti..


Yang ni set Egg Florentine..Haaa siap ada 2 telur tu haaaa..Ya Allah aku tengok telur tu bila dipecahkan memang terliurrr oiii..Sedap sangat bila korang gaulkan dan makan sekali..Eh tu cara kak fink makan lah..Tak tau lah cara korang makan macam mana nanti hahahaha..Ikutlah nak makan macam mana tapi kalau korang peminat telur, boleh order yang ni ya..


Nama menu ni comel..Owl Pillow hikhik..Ala ala omelette tu la set ni..Untuk breakfast memang sesuai untuk korang order Owl Pillow ni..Kadang kadang ada yang tak suka breakfast berat berat kan..Haa order je set ni ok..


Set ni diberi nama Prime Starter..Kalau rasa nak makan english style breakfast boleh order yang ni..Ada banyak juga yang ada dalam starter set ni..Yang penting semua berkhasiat untuk korang makan..Haaa tak de lah lemak sangat kan..Sesuai lah untuk mulakan hari dengan set ni..


Nak lagi eat clean..Haaaa boleh cuba Owl Garden Salad..Sebab tu aku suka cafe ni..Semua jenis hidangan ada..Daripadaa hidangan melayu, western, eat clean dan untuk kids semua ada..Semua citarasa satu keluarga boleh korang order di sini..Tak perlu dah pening kepala nak makan mana kan..


English Pancake uolssss..Alah sedapnya..Siap ada ice cream dan strawberry tu haaaa..Kenyang yer  walaupun korang hanya makan pancake jer..Kalau korang teringin, terus order set ni bila datang Owlery nanti ya..Tengok gambar pun dah terliur ni camner hukhuk..


Ini yang memang tak boleh tidur malam niiiii...Set ni..Set niiiii yang paling aku sukaaaaaaaa...Siap rasa nak tapaw hari tu oiii..Siapa yang pergi hari tu, tahu lah aku suka sangat makan Cheezy Crispy Nachos ni..Bukan mak jer suka..Tapi anak pun suka kalau tak berkeju macam ni hahahaha..Silap besar kalau korang rasa makan nachos ni tak kenyang..Banyak okkkk! Tak boleh share sebab sedap sangat hahahaha..Jujur!


Suka salmon? Nahhh Caesar Salad Smoke Salmon..Aku bukan peminat caesar salad tau..Apatah lagi salmon tu..Tapi bila cuba hari tu, salmonnnn tu memang mampu menarik hati korang tau..Biasanya aku makan salmon yang dah dipanggang tapi kali ni salmon tu makan fresh fresh gitu..Sedappppp!


Yang tak suka salmon..Boleh cuba Caesar Salad Grill Chicken..Tapi chicken macam dah biasa kan..Korang cubalah salmon tadi..Eh nampak tak tersuka salmon pula sekarang hahahahaha..Telur tu pun buat caesar salad korang sedap..Yang rasa nak eat clean tu jangan lupa order ya..


Yang ni namanya Bread Bruchetta..Nak cicah dengan soup of the day tadi pun boleh atau nak makan macam ni jer pun dah sedap dah..Kadang kadang anak anak anak yang suka makan roti roti jer kan..Haaa apa kata korang order kan set ni untuk anak anak..Mesti diaorang suka!


Chicken Buritos ni pun sedap juga..Sos dia yang buat sedap..Siap dengan nachos haaa set ni..Kalau peminat nachos macam aku ni, memang aku akan order set ni untuk makan tengah hari ataupun malam..Sesekali ubah selera kan..


Set ni namanya Asian Smoked Chicken with Manggo..Gaul semua tu baru korang boleh rasa manis manis masam sikit..Aku bukan peminat sayur sangat tapi bila dah gaul semua bahan bahan tu, aku boleh habiskan set ni..Giler sedap mangga dengan ayam tu..Fuh mencabar betul buat entry ni hahahaha..


Dah cuba Olwery Fish and Chip? Haaa datang sini dan cuba ok..Kemain besar set fish and chip ni haaa..Cukup sifat..Rangup..Kalau rasa loya, perahkan jer lemon tu dan dip dengan sos tu ok..Antara set yang anak anak kak fink suka..


Korang kenaaaaa cuba yang ni..Bentuk macam popiah kan..Tapi rasa tak macam popiah pun..Sedapppp lagi daripada popiah..Dalam tu ada cheese..Cheese dia padatttttttt..Nak makan macam tu jer pun boleh..Tapi kalau nak lagi sedap, sila cicah dengan sos dia tu..Rasa macam ice cream pun ada..Yang penting gabungan cheese tadi dengan sos tu memang ngammm..Nama menu ni Owl & Roll..Nak repeat yang niiiiiiii please!


Peminat steak ada tak dekat sini? Nahhhh Aussie Rib Eye Steak..Steak dekat sini tak mahal sangat..Lembutnya ya Allah...Ni set favourite husband kak fink..Dapat makan steak, tak pandang dah set nasi ke, burger ke..Steak ni dia aim dulu..Apa yang kak fink boleh kongsikan, set steak yang ada di Owlery memang setaraf dengan restoran steak yang terkenal..Jangan pandang rendah dekat steak Owlery tau..


Berebut rebut kiteorang nak makan set salmon ni hahahahahaha..Terutama Ida Baharum tu..Dia memang giler salmon..So bila dapat set Pan Crispy Norwegion Salmon ni memang tak toleh kiri kanan dah..Kulit dia pun sedap hahahaha..Rangup sangat..Sila cuba tau..Tak kan menyesal! Kalau dah kiteorang pun berebut memang sedap lah tu..


Yang tak suka daging, boleh cuba set Cheezy Spring Chicken..Banyak tak? Kemain panjang haaa pinggan tu..Giler tak banyak kalau dah macam ni punya presentation..Make sure perut korang betul betul lapar kalau nak makan dekat sini hahahaha..Sos dia sedap..Apa lagi korang nak..Dah lah mengenyangkan..


Peminat peminat nasi..Ni set yang korang boleh cuba ya..Yang ni, Owlery Sambal Fried Rice..Sedap dan banyakkkkk..Semput mak nak habiskan..Last last tapaw jer la hahahahaha..Kena kongsi lah kalau makan lagi sekali..Ada ayam, telur, keropok dan siap dengan sambal lagi..Tak ke penuh perut nak makan semua..Melainkan kalau korang betul betul lapar..


Set nasi lagi satu yang kak fink cuba hari tu, Steam Mackarel Fried Rice..Yang ni tak pedas sangat..Siapa yang tak suka ayam, nak makan ikan boleh pilih set ni ya..Banyak juga hahahaha..Puas hati lah makan dekat Owlery Cafe ni..Berbaloi dengan harganya..


Peminat Chicken Wings? Nahhh korang boleh cuba Spicy Chicken Wings ni..Tengok berkilat tu pun tahu sedap oii..Tak pedas sangat..Sedang elok jer..Anak anak aku boleh makan..Salad tu sedap sebab dia ada tabur cheese powder kalau tak silap..


Amacam cheese dia? Tak nampak daging tu oii hahahaha..Melampau cheese nya pun..Sesuai dengan nama set Beefy Madness Burger..Sebab tu kak fink cakap, dekat sini semua ada..Yang tak nak makan nasi ke..goreng goreng ke..Korang boleh cuba set burger yang ada di sini..Banyak pilihan sangat dekat sini..Semua jenis hidangan ada..


Kalau tadi daging kan..Ni haaa kak fink share dengan korang burger ketam..Rare ke idok? Rare sangat kan hahahahaha..Nama menu ni Crispy Crab Burger..Tak pasti tempat lain ada ke tak..Tapi kak fink first time cuba burger ketamm...Rasa? Sedappppppp!!! Korang kena cuba..Rangup sangat ketam tu..


Set Tuna Classic Cold Sandwich..Siap ada chips untuk korang makan sekali..Salad seharusnya ada lah kalau set sandwich ni kan..Roti dia rangup jer..Yang suka ringan ringan jer, boleh cuba pilihan set sandwiches yang ada di sini ya..


Nama menu ni, Grilled Beef Steak Sandwich..Siapa kata makan sandwich tak kenyang? Kenyangggggg..Tak percaya cer korang cuba habiskan satu set ni..Untuk yang tak nak makan berat tapi still mampu untuk mengenyangkan perut, boleh jer pilih set ni ok..


Nampak macam biasa..Tapi rasa dia memang luar biasa..Kak fink tak tipu..Mee goreng mamak pun kalah oii..Dah lah banyak..Aku suggestkan korang kongsi bila nak makan mee goreng ni hahahaha..Nama menu ni Tiger Prawn Fried Noodle..Antara menu yang korang kena order!


Crispy Crab Egg Noodle yawww..Aku kena repeat yang ni..Kenaaaaaaaa...Hari tu tak dapat makan puas puas yang ni sebab dah terkenyang sangat..Dapat rasa sikit sikit gitu jer..So nanti kalau datang Owlery Cafe, kak fink nak order yang ni..Bosan kan makan nasi..Kita order lah noodle ni jer..Plus yang ni banyak juga oiii hidangan dia..


Yang ni set Crunchy Seafood..Sedap memang ranguppp..Kalau rasa loya nak makan goreng goreng macam tu jer, korang boleh terus dip dengan sos tu..Confirm tak loya tau..Anak anak aku suka yang ni..Kadang kadang tak rasa nak makan berat berat kan..Order jer yang ni..


Haa ni lagi satu set yang comel untuk dicuba..Pernah dengar kuih yang doraemon suka tu? Yang ni namanya Owlayaki with Red Bean..Siap makan dengan ice cream lagi..Ala ala dorayaki tu..Sedap juga..Stress tau mak menaip sambil terbayang rasa setiap menu tu..


Brownies with ice cream dia terbaikkkkk...Saper saper yang nak celebrate birthday ke..Anniversary ke ataupun hari hari istimewa..Korang tak perlu pening kepala nak beli cake dekat mana..Di owlery cafe semua ada..Salah satunya brownies with ice cream ni..Ada juga pavlova dan kek lain di sediakan untuk korang pilih ya..


Pelbagai pilihan air panas yang sedap dan comel comel untuk korang cuba..Ok kita mulakan dari bahagian atas sebelah kiri dulu ya..Yang ada gambar logo owlery tu, Cappuchino..Tengah tengah tu Peanut Chocolate dan yang pink tu semestinya favourite kak fink, Strawberry Chocolate huhuhu..Dan yang besar bawah tu, Caramel Machiato..


Selain tu ada juga air air seperti Very Berries, Apple Mojito, Apple Lemongrass, Strawberry Apple,Passion Honey Peach dan banyak lagi pilihan untuk korang pilih..Kalau rasa tak tahu nak order yang mana, tanya je dekat waiter or waitress dekat situ mana yang sedap..Kalau korang tanya kak fink, kak fink suka Very Berries tu..


Pelbagai pilihan milk shake yang mampu menarik hati korang untuk cuba..Antaranya yang kak fink suka, Choco Banana Milk Shake, Cotton Candy dan Strawberry Smoothies...Semua tu sedap untuk tekak kak fink..Tapi anak anak aku suka Snickers Milkshake..Yang atas sekali dari kiri tu gambar dia..Haaa sebab apa? Sebab boleh makan coklat sekali hahahaha..Sebab tu diaorang suka sangat!


Susah tau nak pergi cafe yang semua menu dia sedap dan kena dengan tekak..Plus untuk mak anak empat macam kak fink ni, kemudahan yang disediakan oleh pihak Owlery Cafe seperti Kids Play Area tu sangatlah menenangkan mak nak makan..Biasa lah budak budak kan cepat bosan..Lepas makan bila dapat main terus senyappp..Baru mak boleh makan dengan aman sweet sweet dengan apak kan kofkofkof..


Alamat:  
No. G-6 Jalan Dagang Avenue Ampang 
 (Sebelah Kedai Baju BMO, 7E)

Telefon: 03-4287 9639

Instagram: @owlerycafe

selamat mencuba tau korang..serius kena cuba tau!
memang berbaloi harga dan menu yang diberi..sedapppnyerr..



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. amboi meriah menu...sedap2 belaka nmpknye..cafe pn menarik decoration siap ada tmpt utk kids main2 tu

    ReplyDelete
  2. Bestnya da kidz zone... Dah bape kali tangguh nak kesini..huhhh.. Hujung minggu ni plan nak singgah.. Doakan plan dkna berjaya hahaha

    ReplyDelete
  3. sedappnyaaaaaa!!OMG!! saya yang baca ni pun dok telan air liur..glup! hehe
    (first time comment :D )

    ReplyDelete
  4. ya rabbanaaaa...meleleh air liur haku kakkk!!
    semuanya menggiurkan! hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Macam2 menu lg ada rupanya...wajib repet lg nie

    ReplyDelete
  6. sesak napas baca! ahahahaha TQ kak!

    ReplyDelete
  7. err kurang sikit makananan macam ni

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!