Hari tu kak fink berkesempatan ke BBQ Buffet Dinner yang diadakan di Grand Bluewave Shah Alam sekarang ni. Korang boleh ke Restoran Royale Songket yang terletak di Ground Floor untuk merasainya juga. Apa yang kak fink boleh cakap banyakkkknyer seafood dia wak. Kita dah lah memang seafood tu. Puas hati lah makan..
Bukan hanya seafood seperti ketam, udang, oyster, kupang dan salmon tapi juga ada disediakan juga daging kambing, daging lembu dan juga ayam sebagai pilihan untuk korang enjoy BBQ Buffet di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni..Semuanya segar segar dan gemuk gemuk seafood dia haaa..Aku nampak seafood memang ambil seafood dulu lah hahahaha..
Korang hanya perlu pilih nak makan yang mana dan nanti minta staff dia bakar kan ya..Ada juga yang dah siap bakar. Kalau kata BBQ, mesti lah ada sos sebagai pelengkap rasa kan.. Haa dekat sini 5 sos yang disediakan untuk korang makan sekali. Kak fink paling suka sos ladahitam yang disediakan di sini sebab tekak melayu kan, kena lah pedas pedas sikit..Yang tak pedas pun ada..Pilih jer..
Untuk pengetahuan korang, ada dua seksyen tau untuk seafood ni. Ada yang sudah diperap dan ada yang masih segar di letakkan di atas ais. Korang boleh pilih nak yang mana satu. Nak yang dah diperap atau pun nak yang masih belum diperap lagi..Antara pilihan yang ada untuk yang belum perap dan diletakkan di ais tu adalah seperti NZ Green Mussels, Ketam, Oysters, Udang dan juga Black Mussels.
Yang untuk perapan pula, pihak Hotel Grand Bluwave telah menyediakan Sate Ayam dan Daging, Chicken Yakitori Skewer, Sirloin Steak, Jumbo Chicken Sausage, Grilled Seasonal Squid, Ayam dan juga Ikan..My favourite semestinya Green and Black Mussels. Enjoy betul dapat makan kupang yang besar besar tu..Tengah taip entry ni pun rasa macam terliur dah..Haihh dugaan betul kan bila tengok gambar..
Haaa tengok tu. Ni baru 1st round untuk BBQ Buffet Dinner tau. Ada banyak round lagi kalau nak makan ahahahaha. Maklum bukan hanya yang bakar bakar jer korang boleh makan di BBQ Buffet, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni tapi ada juga pizza, kuew teow goreng, spaghetti, nasi dan lauk pauk lain untuk dicuba..
Sate pun kita cuba ok. Adoi tak kuat lah tengok kuah kacang tu. Kena juga ambil 5 batang sate untuk dimakan dengan kuah kacang hahahahaha. Kalau buffet ni, aku jarang ambil nasi sebab takut kenyang awal sangat. Rugi lah kalau dah kenyang kan ahahaha..Nanti teringat ingat pula bila balik rumah..Kuah kacang dia terbaik beb..Paduu..
Budak kecik ni kalau ada spagetti, dia akan makan spagetti dulu. Pizza dia tu korang kena cuba juga sebab lembut je roti dia..Aku dua kali lah juga repeat pizza tu. Lepas ni nak pergi lagi lah BBQ Buffet Dinner dekat Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni. Nak bagi anak anak yang lain juga rasa kesedapannya. Hari tu aku pergi dengan abang chik jer..
Kak fink kongsikan di bawah ni antara favourite kak fink masa makan di BBQ Buffet Dinner di Hotel Grand BlueWave ni. Mana lah tahu korang memang dah lama tercari cari dan mengidam nak makan seafood BBQ kan? Haaa pergi je lah Hotel Grand BlueWave Shah Alam tu. Makan dengan family ramai ramai syokkk ooo..
Bahagian pemanis mulut ni lah yang paling mencuri tumpuan kak fink dan anak masa tu. Aku memang dessert lover. Antara yang disediakan di sini adalah Puding Kelapa, Chocolate Panna Cotta, Tart Nenas dan Karamel dan banyak lagiiii. Tapi paling best semestinya aiskrimmmmmm dia. Ada aiskrim durian masa kak fink makan hari tu. Allahuuu sedapnya wak. Aiskrim potong pun ada tau..
Ada orang tengah seronok nak makan aiskrim durian dan keladi hikhik..
Pop corn pun ada juga untuk anak anak. Mesti diaorang suka!
Aiskrim potong yang dah lama tak makan. Sedapppp sangat. Dua dua aku rasa hahahaha
Pada siapa yang tertanya tanya berapa harga BBQ Buffer Dinner di Hotel Grand BlueWave ni, haaaa harga sangatlah berpatutan dengan pilihan makanan yang disajikan. Ooo ya, sebelum aku terlupa, BBQ Buffet Dinner di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja ya.. Bermula pada jam 6.30 petang sehinggalah 10.30 malam untuk korang makan. Harga pula seperti di bawah ni:
Dewasa: RM78.00+
Warga Emas: RM55.00+
Kanak Kanak: RM39.00+
Alamat:
Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor
Facebook: Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Website: www.bluewavehotels.com
hahahahahahaha..