Followers

Buffet Durian dan Cendol Durian the best in town hanya di Durian King TTDI Damansara

4:57:00 PM

Hari tu kan, kiteorang beramai ramai pi makan durian dekat Durian King TTDI..Kak fink first time sampai sini..Kalau korang nak tahu, kawasan ni dekat Pasar Besar TTDI tuuu..Ingatkan malam tak ramai orang tapi silappp..Meriah sangat kawasan ni malam malam..Kalau korang nak datang makan durian dekat sini, waze je Durian King TTDI..Terus boleh jumpa..Memang bersebelah jer dengan pasar tu..


Kami makan durian paling Top 1 uolssss...Tak pernah lagi seumur hidup kak fink rasa durian duri hitam ni..Hari tu dapat rasa..Oh maiii sedapppppppppppp melampauuu..Cuba tengok isi dia gebuuuu tu..Warna dia macam orange orange sikit..Isi dia padat..Lemak..Manissss..Sedap dari Musang King hukhuk..Tak boleh move on betul dengan durian ni..


Musang king korang mesti dah biasa makan juga kan..Beza warna musang king dengan duri hitam tadi, yang ni warna kekuningan sikit..Tapi kalau nak ikut gebuuuu, kak fink vote durian duri hitam..Tapi musang king punya rasa pun tak boleh lawan la kan..Isi banyak, biji kecik jer..Adoii terliur pula membayangkan hari tu..


Yang ketiga kak fink cuba hari tu, durian XO..Sedap dan manis juga tapi kalau kata nak betul betul sedap mengikut carta tekak aku haruslah pertama durian duri hitam..Kedua durian musang king dan ketiga jatuh  kepada durian XO ni..Aku makan sampai berpeluh peluh hari tu hahahahaha..Banyak sangat makan kekdahnya..


Mula mula siap pakai glove hahahaha..Chaitt poyo sangat makan durian sampai nak bersarung tangan kan..Kengkonon tak tahan nanti tangan bau durian esoknya..Takut pergi dan termakan lagi..Sebab tu yang pakai glove tu..Ni mula mula jer..Tapi dah akhir akhir tu, pakai tangan je..Tak feel pula makan durian dengan sarung tangan kan..


Hahahahahahahaha mari menjerit kegembiraan..Ya ampunnn aper ke sedapppnyaaa durian niiiii..Tak cukup 1..Makan lagi dan lagi hari tu..Dah lah isi tu lembik berkedut kedut kan..Tu yang buat lagi tak tahan tu hahahaha..Serious tak boleh cover dah muka aku nak feel makan durian hari tu..Lupakan nak control control ayu tu..Makan jer!


Tak cukup dengan durian, akak order cendol durian dik..Ko mampu tolak cendol durian ni..Memang tak mampu..Tak kuat ok..Cendol durian paling sedap pernah aku rasa..Dah lah penuh dengan isi..Kena makan 2 orang sebab aku sendiri tak mampu nak habiskan cendol durian tu sorang sorang..Makan durian pun dah kenyang..So sila kosongkan perut korang sebelum nak makan dekat sini ya..


Awak kuat tak lepas tengok gambar ni? Adoi cari gaduh betul la gambar ni..Ko tengok isi durian tu bertenggek dekat atas tu pun dah buat korang hilang arah hahahahaha..Sedappppnya! Ni memang kak fink cadang kan sangat sangat cendol durian dia tau..Terlalu sedap..The best in town! Kena masuk list jalan jalan cari makan korang tau..



Ada berita gembira juga kak fink nak kongsi dengan korang ni..14 Ogos 2016 ni bersamaan dengan hari ahad ni, korang boleh terjah Durian King TTDI untuk makan Buffet Durian Musang King D13, D101, XO, D24, Udang Merah, Pahang Emas, Hor Lor dan juga durian kampung hanya pada harga RM50 satu kepala..Mana nak dapat harga murah macam ni kan..Musang king tu..Makan lah banyak mana pun korang rasa nak makan..Tapi masa yang diberi hanya 1 jam sahaja..


Korang boleh pilih waktu yang korang nak pergi sama ada pada:
Sesi Pertama: 3.00 - 4.00 petang
Sesi Kedua: 4.30 - 5.30 petang
Sesi Ketiga: 6.00 - 7.00 petang

Segala duit yang korang bayar untuk makan durian tadi akan disalurkan kepada Shepherd's Centre Foundation, the Shepherd dan juga Pusat Jagaan Kanak Kanak Down Syndrome dan Hyper Active Bandar Bukit Tinggi 2 Klang..Sambil kita makan, sambil kita sama sama menolong mereka yang tidak berupayaan ni kan..So tunggu apa lagi, grab peluang ni dan ajak family untuk makan durian sebanyak mungkin pada harga RM50 per pax jer ok..Jangan lupa beli tiket secara online dulu tau..Details seperti di bawah:

Online Ticket: www.vip.my
For Bulk Ticket Purchase: su.aishah@eriktalent.com

Instagram: @duriankingttdi 
Waze: duriankingttdi (Bersebelahan Pasar Besar TTDI, Damansara)

thanks kak neen yang gorjes tu sudi ajak kita yang comot ni makan durian..
balik rumah dengan senang hati hari tu..sedapppnya oiii!




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!