Followers

KFC Ole Ole Fans Party: Memperkenalkan Ole Ole Rice Wrap yang sedap dan mengenyangkan

8:15:00 AM

Minggu lepas kak fink dijemput ke KFC Ole Ole Fan Party yang diadakan di KFC The Curve..Haruslah pergi sebab dekat jer dengan rumah kak fink hikhik..Kali ni kami diperkenalkan dengan citarasa fiesta yang baru iaitu Ole Ole Rice Wrap..Party kali ni berkonsepkan outdoor..Tak seperti party party sebelum ni..


Hidangan Ole Ole Rice Wrap ni menawarkan gabungan rasa unik nasi mexico bersama sos salsa dengan kepingan kepingan zinger yang rangup..Selain tu, bahan bahan seperti tomato, timun dan bawang yang segar dipotong dadu dan disempurnakan dengan mayonis serta sos salsa mexico padat dalam satu gulungan roti tortila..


Korang boleh dapatkan Ole Ole Riec Wrap dengan hanya RM5.90 ataupun dengan hidangan Kombo yang berharga RM8.90 ataupun Box Meal yang berharga RM12.90..Kalau korang nak jimat, cuba lah set Kombo ataupun Box Meal tu sebab ada macam macam dalam 1 set..Pastinya lebih mengenyangkan..Arghh nak makan lah minggu ni..

Set Kombo: 
Ole Ole Rice Wrap + Golden Potato Bites + Mountain Dew bersaiz biasa
Box Meal:  
Ole Ole Rice Wrap + Golden Potato Bites + 1 ketul Ayam Goreng Spicy / Original + Mountain Dew bersaiz biasa..


Ni lah pengacara yang mengacarakan KFC Ole Ole Fan Party hari tu..Abang Sam dari kumpulan Innuendo dulu..Abang sam ni macam macam jenis suara dia boleh buat..Memang berbakat betul..Ingat kan pandai nyanyi jer hikhik..Korang boleh tengok betapa meriahnya dekorasi party hari tu..Siap ada photobooth tau..


Setiap tetamu yang dijemput diberikan dua trumpet dan dua rattle..Eh betul ke nama dia hahahaha..Baru lah party kan bila ada bunyi bunyi bising ni..Budak budak ni memang suka lah bila dapat main alat muzik tu..Balik rumah dia sambung lagi tiup..Alamakkkkk rumah tak de party dah  nak..Dah kenapa korang teruja sangat ni hukhuk..Kapas mana kapassss..


And yeahhhhh Alif Satar in the house yawwww! Abang long dengan Abang ngah tu memang minat sangat dengan Alif sebab karektor Alif dalam drama yang macam sweet sweet tu kan..Lepas tu lagu lagu dia pun jenis yang happy happy dan seronok untuk dinyanyikan..Masa ni dia lalu belakang meja kiteorang jer..Terus lah kak fink cakap, Alif can we take photos..Tak sangka dia sejenis yang humble and kelakar hahahaha..Thanks Alif for your time..


Malam tu juga Alif ada menyumbangkan satu lagu selain daripada dia join main games dengan kami..Bukan Alif jer ada tapi Kaka Azraf pun ada juga..Dua artis malam tu yang dijemput..Kaka jenis yang macam manja manja sikit..Alif ni jenis yang suka menyakat..Suka mengusik..So memang best lah gabungan diaorang ni..


Lepas jer satu games, kiteorang disajikan dengan makan malam..Haruslahhhh ada Ole Ole Rice Wrap tu kan..Ayam goreng dan cheesy wedges pun ada uols..Sebab tu kak fink tak pernah lepaskan peluang sama sama memeriah party daripada KFC ni sebab ianya akan meriah dengan pelbagai jenis games dan makanan..Adoi lapar pula tengok makanan ni..



Games ni paling mencabar rasanya sebab kena buka plastik gula gula menggunakan glove tu..Tak mudah ya korang..Dah la plastik gula gula tu kecik nau..Glove kemain besar haaa..Tapi terror lah team lelaki..Which is team Alif yang menang untuk games ni..Mahaaa jom tengok wayang sama hahahaha..Kemain dia suka dapat voucher tengok movie hari tu..


Ni antara games yang terakhir masa party tu..Team kaka akan berlawan dengan team Alif..Eh comel pula diaorang kena pakai penutup mata tu hahaha..Game ni diaorang kena pecahkan Pinata tu..Team kaka pilih penukul plastik tu sebagai senjata diaorang..Comel nyer la weapon tu pun hahahaha..Tapi game ni paling kecoh..Korang boleh tengok dekat facebook KFC..Kelakar betul..Eh tapi team kaka menang ok..Girl Power gitoohh hahahahaha..


Seperti biasa lah kalau tak meriah dengan vouchers bukanlah party dari KFC nama nya..Aku join game yang pertama sebelum dinner and Alhamdulillah team kak fink menang!!! Yayyy! Bila menang, haruslah hadiah nya lebih dari team satu lagi..Setiap sorang daripada team kami dapat 5 free entrace tickets ke Jumpstreet hihihi..Tak sabar nak bawa hulubalang melompat dekat sana nanti..


Ni area photobooth hari tu, See! Meriahkan dengan props..Yang penting topi tu kena ada barulah berkonsepkan Mexico hahahaha..Oleeeeee! Aku dengan anak beranak pun jadi depan camera tu..Tak mungkin lah sekali jer amik gambar kan..Kalau ada photobooth haruslah banyak kali..Tu belum lagi nak adjust anak anak suruh posing..Ya Allah, terpekik pekik mak pun..

Lagi aku tak paham kenapa abang ngah perlu nak pegang burung pink tu..Apa relatednya dengan Mexico ni ngah hahahahaha..Suka nau lain dari  yang lain..Suruh pegang props lain tak nak ok..Nak juga burung pink tu..Ke dia dah terbiasa dengan warna pink sebab mak nyer obses pink HAHAHAHAHAHA..Eh mak ke yang bersalah ni? Hadoilah anak..


Ole Ole Rice Wrap: RM5.90
Kombo Ole Ole Rice Wrap: RM8.90
Box Meal Ole Ole Rice Wrap: RM12.90

Instagram: @kfcmalaysia

go and grab your Ole Ole Rice Wrap nowww..bukan selalu ada tau..
thanks PR..thanks KFC for having us..really had so much funnn!




You Might Also Like

10 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sronok dpt jemputan ke ole ole2 kfc ni...

    ReplyDelete
  2. sedap kak jue dah rasa.. nak abiskan wrap tu fuhh kenyang!!!.. kira harga rm12.90 sekali wrap + seketul ayam + kentang bulat2 + air memang terbaik lah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan jue..akk nnt nak repeat lagi..ayam dia banyak hihi

      Delete
  3. wahhhh ni event paling heaven kot! hahahaha..bestn yer la haiiii! nampak sangat semua orang happy ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahahaha alhamdulillah..seronok kak wa smua dpt makan makan..main main hari tu ;)

      Delete
  4. Terus lapar KFC.. nak cuba wrap baru tu, nampak sedappp jeeee.. Ketagih KFC ena ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahaha ena mkn byk pun tak besar2 jg akk tengok..tunglerr

      Delete
  5. Suka tengok gambar abang long ngan abang ngah ngan Aliff tu..ceria je..print besar Diya...frame kan..santekkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..saya pun suka gambar tu..ok kak nnt sy frame kan hihi

      Delete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!