Followers

Uniqlo Kids Lego UT: Shopping Koleksi Baju LEGO dan bermain LEGO di Uniqlo

10:00:00 AM


Hari tu kan kak fink berpeluang bersama sama dengan ibu yang lain di Uniqlo One Utama untuk bermain Lego dan Shopping di Uniqlo..Dengar jer shopping semua excited kan..Tambah lagi untuk peminat peminat Lego tu..Nahhh kak fink kongsikan antara salah satu tempat shopping yang best iaitu di Uniqlo..


Hanya perlu beli baju Uniqlo Kids Lego UT sebanyak 2 helai dan hari tu, secara automatiknya anak anak dapat bermain Lego secara percuma di depan kedai Uniqlo..Menarik kan..Mesti anak anak korang suka..T-shirt Uniqlo Kids Lego UT ni tak mahal tau korang..Sehelai hanya RM39.90 sahaja..Stylish dan fabriknya meresap peluh..Sesuai sangat untuk anak anak kak fink yang aktif dan kesemuanya lelaki tu..


Tengok abang long dan abang ngah dah tak sabar nak pasang Lego yang diberikan..Anak anak kak fink memang suka dengan Lego..Kak fink pun sokong diaorang main Lego sebab dengan Lego ni mereka dapat berfikir cara untuk menyelesaikan sesuatu tu dengan sabar dan tenang..Set yang abang long dapat dan abang ngah dapat tak sama..Tapi kedua duanya berjaya menghasilkan Lego tersebut..Fokus betul masa pasang Lego tu..Syabas anak anak mama..



Ni lah hasilnya...Yang abang long punya boleh masukkan kertas dan tukar kertas tadi dalam bentuk bersegi segi dan bercorak..Yang abang ngah punya boleh jadi kincir angin untuk pusing pusing..Leka sangat sampai tak kisah mama ada ke tak masa tu hahahaha..Seronok kak fink dapat tengok anak ada aktivti yang membina di musim cuti sekolah kali ni..



Selesai jer anak anak siapkan Lego tadi, kami terus ke dalam Uniqlo berbekalkan vouchers yang diberi..Yayyyy shopping time! Thanks Uniqlo..Macam kak fink cakap, disebabkan anak anak suka Ninjago..Maka, marilah kita pilih di bahagian Lego sahaja..Ni kak fink kongsikan sebahagian corak yang ada untuk anak anak lelaki..


Percayalah kak fink sampai tak tahu nak pilih yang mana satu hari tu..Banyak pula pilihan yang kacak kacak yang Uniqlo sediakan..Yang bestnya sebab semua dalam satu kedai..T-shirts, seluar pendek, seluar panjang, kemeja dan jaket di dalam satu bahagian yang sama..Untuk mak anak 4 macam kak fink ni, memang memudahkan sangat kalau nak cari baju kan..


Dan yang bestnya hari tu, sekiranya korang upload apps Uniqlo MY di telefon bimbit korang, korang akan dapat beli seluar anak anak lelaki pada harga RM19.90 sahajaaaa...Harga asal RM39.90 ok..Jimatttnyer...Korang cepat download Apps Uniqlo ok..Boleh tengok promosi di ruangan Mobile Apps tu..Serius berbaloi! Promosi tu berbeza beza tau. Korang kena tengok selalu apps dia..



Semua corak samaaaa untuk anak anak..Daripada saiz baby dan saiz yang besar, semua ada di sini.. Senangkan..Untuk yang suka pakai kan baju anak matchy matchy ataupun sama sama, pergi je cari dekat Uniqlo ok..Apa yang kak fink boleh kongsikan tentang Uniqlo ni, baju dan seluarnya selesa, stylish, berkualiti dan harga sangat mampu milik..


Budak budak zaman sekarang dah pandai nak pilih baju sendiri..Yang mama pilih tak nak ok..1 bakul tu untuk 4 heroes kak fink..Yayyy habis semua vouchers yang Uniqlo bagi..Thanks Uniqlo for having us..Kalau korang peminat dan pengumpul Lego, grab baju baju Lego UT di Uniqlo sekarang..Boleh pakai masa raya atau aktiviti luar yang menuntut anak untuk bergerak aktif tapi masih memberi keselesaan pada mereka..RM39.90 jer korang..



Instagram: @uniqlomy
Mobile Apps: Uniqlo MY
happy shopping mommies..cepat cepat grab promosi yang ditawarkan..
jangan lupa download apps Uniqlo untuk dapatkan harga promosi tu ya



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sronok shopping guna voucher...suka la hero2 diya dpt bj lego

    ReplyDelete
  2. wahh best nyerrr shopping free..kita pun nak..ehh? kekekeke..alhamdulillah rezeki anak-anak kan ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~ wehh! smart gila kak dia punya design, nasib la xde saiz..!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!