Followers

Dutch Lady: Mak Kata, Saya Anak Bijak

9:21:00 AM

Dulu masa zaman kanak kanak kak fink, setiap kali pergi ke pasaraya untuk teman mak beli barang barang dapur, mak kak fink selalu pesan "Mak ada duit banyak ni jer, jangan minta yang bukan bukan. Dekat sana nanti, buat perangai elok elok" ..Faham faham jer lah zaman kanak kanak, bila dapat peluang untuk berjalan di pasaraya, pastinya banyak benda yang menarik hati kita kan..Lepas tu mesti merengek rengek nak kan benda tu..

Sampailah kak fink dapat adik, baru kak fink faham kenapa mak selalu pesan macam tu..Sebab masa tu kak fink dah besar, dah jadi kakak..Dah faham apa yang mak pesan..Sebenarnya bukan mak kita kedekut tak nak beli barang untuk kita..Tapi sebenarnya mak hanya akan beli barang keperluan jer..Selalunya yang kita minta mesti barang barang kehendak dan tak berapa penting kan..

Yer lah, dengan gaji mak yang tak berapa nak besar, mak kak fink memang dah didik kami adik beradik supaya memahami keadaannya supaya berjimat cermat, sentiasa menjaga tingkah laku di mana pun kita berada dan tidak memberontak bila sesuatu yang dihajati tidak dipenuhi..Bila waktu gaji, baru mak beli kan apa yang hajati tu tadi..Dari pesanan mak tu lah kak fink terapkan pula pada anak anak kak fink..


Setiap kali bawa anak anak ke pasaraya untuk membeli keperluan dapur, dari rumah lagi kak fink dah pesan pada keempat empat anak lelaki kak fink..Selalunya untuk abang long dan abang ngah, mereka dah faham apa yang kak fink cuba sampaikan..Adik adik kembar  masih kecil lagi dan ada masanya mereka lupa dengan apa yang dipesan hahaha..Nama pun budak budak kan..Kadang kadang tu, tak boleh nak jangka perangai anak anak di tempat awam macam ni..


Tapi kak fink lega bila setiap kali adik adik kembar mereka buat perangai, abang long dan abang ngah pandai macam mana nak tackle adik adik supaya tak menangis dan tak buat perangai dalam tempoh masa yang lama..Pandai betul dia pujuk adik supaya tak menangis..Terima kasih sayang selalu tolong mama..Sebenarnya kak fink bersyukur, walaupun dalam keadaan seorang diri untuk jaga anak anak, kak fink tak rasa tu satu kesusahan ataupun beban malah kak fink rasa sebenarnya mereka lah bodyguard kak fink bila di luar..

Ada juga orang yang cakap, bila ada anak lelaki ni selalunya memeningkan..Nak nak bila seorang diri keluar tanpa papa mereka..Tapi sebenarnya tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan, kita kena selalu pesan pada mereka supaya mereka faham keadaan kita bila seorang diri di luar bila papa terpaksa bekerja..Bila ada sesuatu barang yang mereka hajati tak dapat kak fink nak penuhi, mereka tak kan buat perangai..Setiap yang tak boleh mesti kak fink berikan sebab yang mampu buat mereka  faham..Seperti yang mak kak fink selalu pesan dulu, kak fink akan pesan pada anak anak:

"Mama seorang jer sekarang ni, semua kena buat perangai elok elok..Papa belum gaji lagi..Kita beli yang perlu dulu"


Dan kak fink bersyukur anak anak faham dengan keadaan kak fink..Bila balik jer dari beli barang keperluan dapur, kak fink tak perlu nak berpenat lelah seorang diri..Mereka sendiri tahu dan faham tugas masing masing untuk tolong mama..Dulu mak selalu pesan, senang sama sama, susah pun perlu sama sama..Bila sesuatu kerja dibuat dengan kerjasama..Yang berat pasti rasa ringan..Yang susah pasti rasa senang..


Syukur, walaupun mereka lelaki..Tugas mengangkat segala bag bag keperluan barang dapur, diuruskan oleh anak anak..Mereka memang dah terbiasa bila balik jer, terus ambil bag dan bawa masuk dalam rumah..Kadang kadang macam tak percaya, walaupun mereka masih kecil lagi tapi semangat nak bantu mama tu tinggi..Moga terus berpanjangan sikap ini hinggalah mereka besar nanti..Kak fink ada sediakan video untuk melihat gambaran yang lebih jelas di bawah ni ya..Klik Play and happy watching guys..


Yang pastinya susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan yang kaya dengan 5X DHA adalah keperluan untuk anak anak kak fink yang mesti dibeli setiap kali keluar berbelanja..Memang dari abang long sampai lah ke abang ngah dan hinggalah ke kembar..Keempat empat anak anak kak fink memang minum susu Dutch Lady..Scha Al Yahya juga tidak ketinggalan dalam memberikan susu Dutch Lady kepada Lara Alana untuk membantu setiap perkembangan Lara..

Dengan susu Dutch Lady, walaupun seaktif mana pun anak anak kak fink di luar, kak fink dah tak perlu risau lagi kerana kak fink tahu setiap kali mereka minum susu Dutch Lady, nutrisi yang diperlukan dalam badan mereka dah mencukupi..Kak fink hanyak perlu fokus untuk membimbing  dan membantu mereka dalam perjalanan kehidupan mereka dari kecil hinggalah besar nanti..

Untuk pengetahuan korang, susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan yang kaya dengan 5X DHA terbahagi kepada 4 tahap tahap kebijaksanaan anak iaitu:

1-2 tahun: Curious
Pada peringkat umur ini, anak anak mempunyai satu sifat ingin tahu yang tinggi..Mereka akan mula memerhati, menggenggam, bermain dan menuding jari..Anak anak juga memerlukan penglihatan yang baik untuk melakukan aktiviti aktiviti ini..Pada fasa ini juga, perkembangan otak mereka sangat penting kerana pada tahap ini, mereka mula untuk belajar dan mengingati segala yang dilihat pada sekelilingnya..

2 - 4 tahun: Explore
Pada tahap umur ini, anak anak mula menjadi lebih aktif dan mula meneroka persekitarannya..Mereka mula merasa, menyentuh dan memahami apa sahaja yang ada disekelilingnya..Secara tak langsung, mereka sedang menguji tahap ketahanan badan..Perkembangan otak juga penting pada fasa ini kerana anak anak mula mengaplikasikan setiap pembelajaran mereka..

4 - 6 tahun: Create
Pada peringkat ini anak anak menjadi lebih kreatif dan suka untuk berimaginasi..Mereka akan menggunakan kreativiti yang ada untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada..Pada tahap ini juga, anak anak mula belajar, menghafal dan berinteraksi..

6 + :  Learn
Pada usia 6 tahun dan ke atas ini lah anak anak mempelajari kemahiran bersosial dan bertutur..Fokus dan memori yang baik adalah penting untuk proses pembelajaran mereka..


Untuk semua pembaca pembaca blog kak fink, terutama yang memang bagi anak minum susu Dutch Lady tu, cepat cepat grab peluang ni masuk pertandingan "Mak Kata, Saya Anak Yang Bijak" sekarang ni sebab hadiah yang ditawarkan best tau korang..Akan ada 9 pemenang bertuah setiap minggu yang berpeluang untuk ke jamuan teh bersama hot mommy, Scha dan anaknya Lara beserta dengan Instant Camera..Woowww bestnyaaa dapat jumpa Schaaaaa!


Cara penyertaan:

Tempoh: 1 Ogos - 30 September 2016
250 penyertaan pertama setiap minggu akan dapat RM50 baucer tunai

tunggu apa lagi korang..cepat join ok.
pasti banyak pesanan mak yang masih kita ingat kan..jom kongsikan!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!