Followers

Dutch Lady: Mak Kata, Saya Anak Yang Bijak

2:29:00 AM

Dibesarkan dari kecil hinggalah dewasa pastinya banyak pesanan pesanan daripada mak kita untuk kita bawa dan guna sepanjang hidup ni kan..Kadang kadang kita tak nampak kenapalah mak selalu pesan benda yang sama dari kecil lagi..Sampai lah besar baru kita faham kenapa mak sering memesan benda yang sama berulang ulang kali untuk kita..Yer bukan sekali, tapi banyak kali..Itulah mak..

Sama juga macam kak fink, mak kak fink tak pernah kurang dari segi pesanannya..Memang banyak betul pesanan yang nak dipesan sejak dari kami adik beradik kecil hinggalah sampai kami dah bergelar mak juga..Tapi bila dah jadi mak jer, baru kak fink faham..Oohh patutlah dulu mak selalu pesan benda ni..Perjalanan menjadi seorang ibu sebenarnya menjadikan kita seorang yang lebih belajar dari dulu..


Mak kak fink dulu selalu sangat pesan, setiap kali waktu tidur atau pergi ke sekolah perlu salam tangan mak dan ayah..Dulu masa zaman kanak kanak, kak fink tak faham..Kenapa kena salam? Penting ke? Tapi bila dah makin dewasa, baru kak fink faham sebab tu kenapa..Bila kita salam tangan ibu kita, umpama kita mohon restu dari mereka..Dan restu seorang ibu kepada anak memang sangat penting..

Dan sekarang ni kak fink amalkan pada anak anak kak fink pula..Setiap kali sebelum tidur, semua kena salam tangan mama dan papa..Adik adik kena salam tangan abang abang..Seronok bila anak anak mula jadikannya sebagai amalan setiap malam sebelum mereka tidur..Bukan hanya salam, kak fink juga selalu berikan satu pelukan sebelum tidur sambil cakap pada anak anak:

"Mama sayang anak mama, jadi anak yang baik..Dengar cakap mama selalu"


Dan masa ni lah juga masa untuk minta maaf antara satu sama lain..Bukan hari raya je tau hahaha..Memaafkan apa jer yang dah berlaku dalam masa satu hari tu..Kak fink nak anak anak tidur dalam keadaan tenang dan bangun dengan rasa yang segar..Dalam masa satu hari tu, memang akan ada salah faham dan pergaduhan antara mereka..

Abang long dan abang ngah mesti nak bergaduh dan berebut nak tengok cerita kesukaan di televisyen..Kembar pula suka bergaduh dan berebut pasal mainan..Dan malam malam macam ni lah waktu untuk mereka lupakan apa yang dah berlaku sepanjang hari..Yer la nama pun adik beradik kan..Air yang dicincang tak kan putus..Selisih pendapat tu mesti ada..Tapi sayang tetap kena sayang..


Yang pastinya susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan yang kaya dengan 5X DHA adalah keperluan untuk anak anak kak fink yang perlu diberi pada anak anak kak fink setiap pagi dan malam..Memang dari abang long sampai lah ke abang ngah dan hinggalah ke kembar, keempat empat anak anak kak fink memang minum susu Dutch Lady..Scha Al Yahya juga tidak ketinggalan dalam memberikan susu Dutch Lady kepada Lara Alana untuk membantu setiap perkembangan Lara..


Dengan susu Dutch Lady, walaupun seaktif mana pun anak anak kak fink di luar, kak fink dah tak perlu risau lagi kerana kak fink tahu setiap kali mereka minum susu Dutch Lady, nutrisi yang diperlukan dalam badan mereka dah mencukupi..Kak fink hanyak perlu fokus untuk membimbing  dan membantu mereka dalam perjalanan kehidupan mereka dari kecil hinggalah besar nanti..

Untuk pengetahuan korang, susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan yang kaya dengan 5X DHA terbahagi kepada 4 tahap tahap kebijaksanaan anak iaitu:

1-2 tahun: Curious
Pada peringkat umur ini, anak anak mempunyai satu sifat ingin tahu yang tinggi..Mereka akan mula memerhati, menggenggam, bermain dan menuding jari..Anak anak juga memerlukan penglihatan yang baik untuk melakukan aktiviti aktiviti ini..Pada fasa ini juga, perkembangan otak mereka sangat penting kerana pada tahap ini, mereka mula untuk belajar dan mengingati segala yang dilihat pada sekelilingnya..

2 - 4 tahun: Explore
Pada tahap umur ini, anak anak mula menjadi lebih aktif dan mula meneroka persekitarannya..Mereka mula merasa, menyentuh dan memahami apa sahaja yang ada disekelilingnya..Secara tak langsung, mereka sedang menguji tahap ketahanan badan..Perkembangan otak juga penting pada fasa ini kerana anak anak mula mengaplikasikan setiap pembelajaran mereka..

4 - 6 tahun: Create
Pada peringkat ini anak anak menjadi lebih kreatif dan suka untuk berimaginasi..Mereka akan menggunakan kreativiti yang ada untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada..Pada tahap ini juga, anak anak mula belajar, menghafal dan berinteraksi..

6 + :  Learn
Pada usia 6 tahun dan ke atas ini lah anak anak mempelajari kemahiran bersosial dan bertutur..Fokus dan memori yang baik adalah penting untuk proses pembelajaran mereka..


Untuk semua pembaca pembaca blog kak fink, terutama yang memang bagi anak minum susu Dutch Lady tu, cepat cepat grab peluang ni masuk pertandingan "Mak Kata, Saya Anak Yang Bijak" sekarang ni sebab hadiah yang ditawarkan best tau korang..Akan ada 9 pemenang bertuah setiap minggu yang berpeluang untuk ke jamuan teh bersama hot mommy, Scha dan anaknya Lara beserta dengan Instant Camera..Woowww bestnyaaa dapat jumpa Schaaaaa!

Cara penyertaan:

Tempoh: 1 Ogos - 30 September 2016
250 penyertaan pertama setiap minggu akan dapat RM50 baucer tunai

tunggu apa lagi korang..cepat join ok.
pasti banyak pesanan mak yang masih kita ingat kan..jom kongsikan!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!