Followers

Fish & Co Birthday Party: Sambutan hari jadi bertemakan Nautika penuh dengan permainan untuk kanak kanak!

9:00:00 AM

Biasanya sambutan hari jadi yang biasa kita nampak, permainan yang diadakan untuk menghiburkan golongan kanak kanak ni adalah seperti musical chair, kotak beracun dan beberapa lagi permainan yang klise dan biasa dimain oleh mereka kan? Tapi kan hari tu kak fink sempat lah bawa anak anak untuk menghadiri sambutan hari jadi yang diadakan di Fish & Co Pavillion..Lain dari yang lain tau..


Sambutan hari jadi yang diadakan di Fish & Co. adalah bertemakan Nautika..Maklum lah kalau siapa yang pernah  makan di Fish & Co. ni, menu  yang disajikan semestinya dalam kategori seafood.. Maka nya hari jadi yang bertemakan laut sangat sesuai diadakan di sini kan..Suka lah hulubalang kak fink tu haaa dapat jadi kapten!

Makanan yang disajikan adalah dalam bentuk buffet..Senang untuk para tetamu untuk memilih menu apa yang menjadi pilihan mereka kan..Menu seperti nasi, pizza dan ayam juga ada disediakan selain daripada seafood..Sememangnya menu ringkas dan mengenyangkan seperti ini mampu menarik minat anak anak..


Selesai jer makan makan, mereka dikumpulkan oleh Kapten untuk meneruskan misi mencari harta karun! Haaa ni yang menariknya ni..Mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk melaksankan misi ini..Mesti korang nak tengok macam mana permainan ni kan..Ok kejap lagi kak fink kongsikan di bawah ni ya..


Kumpulan pertama akan menjaga setiap meja yang disediakan dengan permainan yang berbeza beza..Manakala kumpulan yang kedua akan bermainan dan menyelesaikan setiap task yang diberi di setiap meja tersebut..Selesai jer task yang diberi, mereka akan diberikan coklat..Menarikkan? Memang fun lah untuk anak anak bermain sambil menyelesaikan misi seperti ni..


Abang long memasukkan ikan ikan ke dalam mulut shark..Senang jer permainan yang disediakan..Macam korang pergi main dekat funfair tu kan..Haa lebih kurang macam tu lah jenis permainanannya..Selesai jer, ahli dari kumpulan satu yang menjaga meja tersebut akan memberikan coklat untuk mereka yang selesai bermain..



Kawasan ni yang paling budak budak suka nak main ni..Sebab ada air hahahahaha..Risau jer aku tengok budak kembar ni..Takut mula mula jer mainnyer...Tetiba nanti berenang jer dalam kolam tu hahahaha..Di kolam ni pun sama juga, siapa yang selesai memancing ikan, akan diberikan coklat..Memang fun lah untuk anak anak..




Meja ni menarik sebab siapa yang selesai mengisi pop corn ke dalam plastik, diaorang akan dapat terus pop corn tu..Coklat pun dapat juga..Makna nya di sini, anak anak akan dapat 2 makanan yang mereka suka di sini..Kemain abang ngah tu, suka lah dapat makan pop corn sekali..Ada juga ice cream, cotton candy dan mashmallow untuk anak anak kumpulkan..


Di meja ni, anak anak korang boleh pilih stickers tattoo untuk dilekatkan di muka ataupun tangan..Yang buat tu bukan parents tau tapi ahli ahli dari kumpulan satu tadi..Ibu bapa dilarang turut serta ya hahahahaha..Biarkan anak berdikari dan rasai keseronokkan bermain bersama sama..Di sinilah mereka belajar erti kerjasama dan berdikari sambil bermain..


Mereka akan diberikan masa untuk menyelesaikan setiap task di setiap meja yang disediakan..Tamat je waktu, kumpulan kedua pula yang akan menjaga setiap meja dan kumpulan pertama tadi yang akan bermain dan mengumpul coklat mereka..Ibu bapa boleh makan dengan tenang di sini dan biarkan anak anak bermain..Lain daripada yang lain kan?


Selesai jer permainan ni tadi, barulah upacara memotong kek akan diadakan..Semuanya akan disediakan oleh pihak Fish & Co. Korang just bawa anak anak dan enjoy jer di sini..Sekiranya korang berminat untuk mengadakan sambutan hari jadi di sini boleh lah menghubungi nombor di bawah ni ya..

Telefon: 03-7887 8717 (Ms. Sandy)
Email: enquiry@fish-co.com.my

Alamat Fish & Co.:
Lot No. C4.02.00 Level 4, Pavillion KL,
168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

seronok betul hulubalang hari tu..makan sajer hahaha..



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Memang menarik! Kreatif cara sambutan dibuat.
    Anak-anak elain diuji minda tapi ada permainan yg mereka suka termasuk makanan yg dihidang.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya... Seronok bebudak bermain.. Banyak gile permainan.. Adehh tgk makanan terasa lapar pulak..

    ReplyDelete
  3. meriahnyaa

    sekolah rendah dulu, kalau attend birthday party kawan part ni lah paling tunggu. main game. time tu mana nak makan sangat

    ReplyDelete
  4. wah menariknya..alamk akk tak nayatakan harga..tahun depanla tanya..hehe

    ReplyDelete
  5. really fun! seronok jadi budak-budak..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!