Followers

Dutch Lady: Mak Kata, Saya Anak Yang Bijak

9:24:00 AM

Menjadi seorang ibu kepada 4 orang anak lelaki bukan satu tugas yang mudah..Hanya seorang jer wanita di dalam rumah, kak fink tak pernah rasa kehadiran 4 orang anak lelaki sebagai satu perkara yang membebankan, malah kak fink bersyukur tuhan hadirkan mereka dalam hidup kak fink dan suami..Merekalah yang sering meriuhkan rumah, menolong mama setiap kali papa pergi bekerja dan sentiasa menjadi bodyguard yang sentiasa melindungi kak fink setiap kali berada di luar ataupun di rumah..


Mak kak fink sentiasa pesan pada kami adik beradik...Walaupun sejauh mana kita pergi, walaupun berjaya mana pun kita, jangan lupa untuk toleh ke belakang dan ambil berat pada adik beradik yang lain..Tipulah dalam adik beradik tak pernah bergaduh kan..Mesti akan bergaduh..Kadang kadang benda kecil jer pun boleh mencetuskan pergaduhan..Tapi seperti yang mak selalu pesan, air yang dicincang tak kan putus..Macam mana pun kita bergaduh, kita tetap sedarah sedaging yang tak dapat dipisahkan sampai bila bila..


Bila cerita bab ni, kak fink rasa sebak sebab mak kak fink dah 4 tahun meninggalkan kami adik beradik..Rindunya pada mak..Rindu sangat pada pesanan pesanan mak..Kak fink dan mak macam kawan..Tak ada rahsia..Arwah mak pun sangat sporting dan lembut je orangnya..Beruntung sangat korang yang masih ada mak..Ada tempat untuk korang bercerita..Sebab bagi kak fink, mak jer pendengar setia yang mampu buat kita lega bila meluahkan perasaan kan..


Mak selalu pesan, dalam hati kita kena ada sifat untuk ambil berat pada adik beradik lain..Kalau ada yang tercicir, yang lain perlu hulurkan tangan..Kalau ada seorang yang jatuh, yang lain perlu bangunkan balik..Kena ada sifat sayang antara satu sama lain..Ambil berat antara satu sama lain tu penting..Tak perlu bermula dengan benda benda yang besar untuk kita tolong adik beradik kita..Kadang kadang perkara kecil pun dah mampu kita tunjukkan kasih sayang kita..

Macam dulu, masa kak fink kena denggi..Kak fink rasa terharu bila ada adik beradik yang tolong jaga kan anak anak kak fink..Yang ziarah kak fink dihospital semata mata nak bagi kata kata semangat supaya kak fink kuat untuk melawan demam denggi pada masa tu..Kadang kadang benda macam ni, bukan wang ringgit yang kita perlukan tapi sokongan moral pun dah buat kita bangkit dari kesakitan kita kan?


Macam anak anak kak fink, kak fink selalu pesan apa yang mak pesan dulu..Masa main, jangan pentingkan diri sendiri..Main sama sama..Kalau ada yang cedera masa tengah main, jangan biarkan..Datang hulurkan tangan..Seronok kena sama sama..Susah pun kena sama sama..Kena ambil berat..Abang kena jaga adik..Adik pun kena tolong jaga abang juga..Syukur mereka faham dengan pesanan yang kak fink sampaikan walaupun mereka masih kecil..

Kadang kadang kak fink rasa terharu bila tengok kembar pun akan berlari bila tengok abang jatuh..Walaupun tak pandai nak bersihkan luka, tapi adik adik kembar ni akan datang tanya "Abang long ok ke?" ..Lepas tu terus peluk abang long untuk bagi semangat balik..Benda ni kecil jer kalau orang tengok kan..Tapi di mata seorang mama seperti kak fink, benda benda kecil ni yang mampu menyentuh hati bila tengok anak mampu berkasih sayang dan ambil berat antara satu sama lain..


Moga mereka akan terus ambil berat antara satu sama lain sampai lah mereka besar nanti..Kak fink doa walaupun nanti sampai satu masa papa dan mama mereka dah tak de di dunia ni lagi, mereka adik beradik masih kuat kasih sayang nya..Saling jaga antara satu sama lain..Susah sama sama susah dan senang sama sama senang..Sebab kita hidup saling memerlukan..Saling melengkapi antara satu sama lain..Kak fink kongsikan video untuk tatapan korang supaya lebih jelas gambarannya..Klik Play and happy watching!

Seperti mana kak fink sentiasa ingat dengan pesanan mak kak fink daripada kecil sampailah dah bergelar seorang mama ni..Seperti itulah kak fink harapkan anak anak akan ingat pesanan kak fink pada mereka..You always in my heart mak..Walaupun mak dah meninggalkan kami 4 tahun yang lepas, tapi pesanan dan kasih sayang mak sentiasa diingati..Sentiasa dirindukan..Damailah arwah bonda tersayangku, Puan Sharifah Salmah Syed Mahmod di alam sana..


Yang pastinya susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan yang kaya dengan 5X DHA adalah keperluan untuk anak anak kak fink yang perlu diberi pada anak anak kak fink setiap pagi dan malam..Memang dari abang long sampai lah ke abang ngah dan hinggalah ke kembar..Keempat empat anak anak kak fink memang minum susu Dutch Lady..Scha Al Yahya juga tidak ketinggalan dalam memberikan susu Dutch Lady kepada Lara Alana untuk membantu setiap perkembangan Lara..


Untuk pengetahuan korang, susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan yang kaya dengan 5X DHA terbahagi kepada 4 tahap kebijaksanaan anak iaitu:

1-2 tahun: Curious
Pada peringkat umur ini, anak anak mempunyai satu sifat ingin tahu yang tinggi..Mereka akan mula memerhati, menggenggam, bermain dan menuding jari..Anak anak juga memerlukan penglihatan yang baik untuk melakukan aktiviti aktiviti ini..Pada fasa ini juga, perkembangan otak mereka sangat penting kerana pada tahap ini, mereka mula untuk belajar dan mengingati segala yang dilihat pada sekelilingnya..

2 - 4 tahun: Explore
Pada tahap umur ini, anak anak mula menjadi lebih aktif dan mula meneroka persekitarannya..Mereka mula merasa, menyentuh dan memahami apa sahaja yang ada disekelilingnya..Secara tak langsung, mereka sedang menguji tahap ketahanan badan..Perkembangan otak juga penting pada fasa ini kerana anak anak mula mengaplikasikan setiap pembelajaran mereka..

4 - 6 tahun: Create
Pada peringkat ini anak anak menjadi lebih kreatif dan suka untuk berimaginasi..Mereka akan menggunakan kreativiti yang ada untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada..Pada tahap ini juga, anak anak mula belajar, menghafal dan berinteraksi..

6 + :  Learn
Pada usia 6 tahun dan ke atas ini lah anak anak mempelajari kemahiran bersosial dan bertutur..Fokus dan memori yang baik adalah penting untuk proses pembelajaran mereka..


Untuk semua pembaca pembaca blog kak fink, terutama yang memang bagi anak minum susu Dutch Lady tu, cepat cepat grab peluang ni masuk pertandingan "Mak Kata, Saya Anak Yang Bijak" sekarang ni sebab hadiah yang ditawarkan best tau korang..Akan ada 9 pemenang bertuah setiap minggu yang berpeluang untuk ke jamuan teh bersama hot mommy, Scha dan anaknya Lara beserta dengan Instant Camera..Woowww bestnyaaa dapat jumpa Schaaaaa!


Cara penyertaan:

Tempoh: 1 Ogos - 30 September 2016
250 penyertaan pertama setiap minggu akan dapat RM50 baucer tunai

tunggu apa lagi korang..cepat join ok.
pasti banyak pesanan mak yang masih kita ingat kan..jom kongsikan!



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. alfatihah utk mak diya...dlu kita dgr mak kata..skarang ank2 plak dgr kita kata kn....

    **cantik la umh

    ReplyDelete
  2. Mama dengan 4 hero.. semuanya bodyguard mama besar nanti ni..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!