Followers

Be My Reason Shower Run pada 9 Oktober di The Arch Bandar Rimbayu Shah Alam bersama Beto Khusyairi

11:26:00 PM

Setiap kali bulan Oktober tiba, pelbagai kempen tentang kesedaran penyakit kanser payudara akan dilakukan untuk masyarakat sama sama lebih prihatin dengan penyakit ini..Tidak ketinggalan juga dengan jenama terkemuka sabun mandian Shokubutsu yang juga akan turut serta meneruskan Kempen Pink Ribbon ini dengan menganjurkan larian Be My Reason Shower Run yang bertemakan larian mandi pertama di Malaysia..

Be My Reason Shower Run ini akan dilakukan pada 9 Oktober 2016 di The Arch, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7.00 pagi..Larian ini berbeza dengan larian yang ada sebelum ini kerana peserta yang menyertai larian ini digalakkan berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi..


Be My Reason Shower Run merupakan satu larian yang sebenarnya ingin menggalakkan masyarakat untuk sentiasa membuat pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi..Siri jelajah Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lepas memberikan keputusan yang merisaukan bila ramai yang tidak pasti dan komited dalam melakukan pemeriksaan sendiri di rumah..

Untuk pengetahuan korang juga, pelakon terkenal Beto Khusyairi dan isterinya Tisha Shahar akan sama sama memeriahkan larian Be My Reason Shower Run pada 9 Oktober ini..Seperti mana yang semua tahu, Tisha sebelum ini pernah melalui pengalaman menakutkan apabila beliau mempunyai ketulan di payudara beliau tidak lama dahulu..


Suami isteri ini merupakan satu contoh terbaik untuk masyarakat contohi bagaimana pasangan kita mampu memberikan sokongan semasa saat saat menyeramkan ini muncul dalam hidup..Menurut Tisha, suaminya Beto banyak memberikan sokongan di saat mencemaskan itu muncul dalam hidupnya..

So dengan itu, kak fink nak pilih 3 orang pemenang yang boleh membawa pasangan mereka untuk turut serta dalam Be My Reason Shower Run pada 9 Oktober 2016 ini..Contest ni kak fink akan adakan di instagram kak fink tau..Bagaimana? Senang jer..Korang hanya perlu menjadi followers di instagram kak fink @diya.nadia:


The 3 winners will receive below items:
  • 1 x pair of free pass to Be My Reason Shower Run (1 pemenang boleh membawa 1 pasangan) 
  • 1 x voucher of screening : special package price for mammogram or breast ultrasound or prostate ultrasound with only RM110 (normal price RM150) 
  • 1 x Shokubutsu hamper worth RM250
  • Medal
  • Peserta yang berjaya menghabiskan larian akan diberikan goodie bag bernilai RM100
Apa yang korang perlu buat hanyalah:
  • Repost gambar dengan segala details beserta caption including #ShokubutsuPinkyMomma
  • Tag 5 orang kawan di post korang nanti
  • Tamat 12 September 2016 (Isnin)
  • Hanya untuk instagrammers yang berada di Malaysia sahaja


Para pemenang dan pasangan mereka perlu mengambil sendiri T-Shirt dan No.Bib mereka pada:
Tarikh: 7 & 8 Oktober 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Waktu: 11:00 am - 5:00 pm 
Tempat: The Arc @ Bandar Rimbayu (Next to Kota Kemuning, Shah Alam) 


 Dan instagrammers yang bertuah menjadi pemenanggggggggg adalah:
@thelindamusa
@sulasterirabbini
@hanimhashim

Para pemenang mohon emailkan segala details ke diyamusa@gmail.com seperti:
Nama, No. Kad Pengenalan, Email dan Saiz Baju

untuk semua yang join tapi tak terpilih sebagai pemenang, jangan susah hati tau
insyaAllah akan ada lagi contest dan giveaway di blog ataupun instagram kak fink..




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. tahniah pd pemenang...tk brp gigih nk run hehe....tgk diya update la nanti

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah pada pemenang...

    psstt... mia nak jemput untuk join ga mia di http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!