Followers

Restoran De' Don: 20 stalls dalam 1 kedai dengan pelbagai menu makanan yang murah dan sedap

9:26:00 AM

Minggu lepas kak fink berkesempatan ke Restoran De' Don yang terletak di Shah Alam..Konsep restoran ni umpama kedai dalam kedai..Wahhh kira nya macam korang masuk food court kan, banyak stalls yang ada di satu tempat tu..Dekat sini ada lebih kurang 20 stalls yang mempunyai menu berbeza antara satu sama lain..17 stalls malam dan 5 stalls di belah siang..Tengok je pilihan menu yang ada di Restoran De' Don atas meja ni..Meriaahhhh kan?


Di Restoran De' Don ini juga disediakan tempat untuk business discussion ataupun lepak lepak lepas makan kan..Jangan risau, untuk mereka yang nak solat, surau juga disediakan untuk kegunaan para pelanggan..Mana lah tahu korang nak datang malam kan, maghrib tu singkat..Boleh lah solat di sini..Telekung juga disediakan..


Konsep dekat sini, korang boleh duduk order air dulu..Lepas tu baru boleh tinjau tinjau nak makan apa..Sebab banyak pilihan kan..Sambil sambil minum air tu boleh fikir nak makan apa ya..Ni kak fink kongsikan dari depan kedai stalls yang ada di Restoran De' Don ni untuk korang..Stalls ni menyediakan satay lilit..First time kak fink cuba satay lilit ni..Sebelum ni, makan satay yang biasa tu jer..Memang ada beza!



Satay ni gemok gemok sangat awak..Tak guna lidi satay yer..Tapi guna batang serai..Memang rasa kepadatan daging tu..Sedappp..Lain dari rasa satay yang biasa kak fink makan..Ada satay lilit daging dan ayam..Korang pilih lah nak makan yang mana..Kak fink suka dua dua..Siap dihidangkan dengan keropok lagi..


Dekat stalls ni juga ada disediakan tauhu bakar..Alaaaa suka juga..Kadang kita rasa tak nak makan nasi kan..Haa boleh makan menu menu macam ni pun sedap dan kenyang ya awak..Tak percaya boleh cuba..Boleh dikatakan setiap stalls ada signature menu masing masing..Semua ada kepakaran tersendiri..Korang kena cuba nanti..


Bersebelahan stall satay lilit tadi, ada stall ayam penyet..Adoii ayam dia menggoda sangat tau..Senang kan, kalau rasa nak makan ayam penyet dah tak perlu nak ke restoran lain..Dekat sini, dalam satu tempat semua ada..Korang yang akan pening nanti nak order yang mana satu hahaha..Banyak sangat yang terliur nanti tau..



Menggoda tak ayam dia..Wangiii nyer la bau..Peminat peminat ayam penyet tu boleh lah singgah dan rasa ayam penyet di Restoran De' Don ya..Kak fink suka ayam dia tu..Berempah rempah tu memang favourite sangat sangat..Makan pulak cicah dengan sambal dia kan..Perghh memang terbaik sangat ayam penyet ni..


Favourite suami kita ni..Char kuew teow in the house yawww...Encit papa siap kira berapa ekor udang hari tu..Ada 10 ekor ya dalam char kuew teow special ni..Bak kata suami kak fink, ikhlas betul peniaga ni meniaga..Tak kedekut bahan..Memang puas hati lah kalau korang makan char kuew teow di sini..Harga pun murah jer..


Cik Joy corner ni menyediakan ala carte masakan panas untuk korang cuba..Pada sesiapa yang teringin nak makan masakan panas dan menu menu thai boleh lah ke stall cik joy ya..Ada banyak menu untuk korang pilih di stall ni..




Ni stall yang ada menyediakan chicken butter set sekali dengan nasi..Stall nombor 5 ya..Kenyangnyer lah makan..Puas hati betul..Biasanya kalau aku order Chicken Butter mesti tak habis makan tau sebab rasa cepat muak tapi yang tak..Eh ni review jujur tau hahahaha..Kalau korang korang yang selama ni tak suka chicken butter, boleh lah ke Restoran De' Don dan rasa kelainan chicken butter di sini..



Kembar suka dengan menu menu western ni..Habis diaorang makan set ni hari tu..Tukang masak dia lelaki tau awak tapi pandai masak betul..Budak muda jer..Kalau korang nak rasa western, dekat sini pun ada disediakan menu menu western..Bukan hanya menu menu melayu jer tau..


Stall yang kak fink suka juga sebab ada menu Crazy Roti John Hipster dan Crazy Mango Nenen..Ya Allah melimpah meleleh leleh haaa mayonis roti john dia tu..Ok lepas ni, kak fink dah tahu nak terjah mana bila tekak teringin nak makan roti john  yang sedap..Ada saiz pendek dan panjang ya..Korang pilih lah mana yang perut korang mampu makan..


Ini yang paling winnn! Air Crazy Mango Nenen yang besar dan murah..Nama tu memang buat aku tergelak masa mula mula diberitahu..Nenen? Hahahahhahaha nasib sedap..Bayangkan cup tu cup yang besar tau..Lepas tu, rasa mangga tu pekat betul...Dah la pekat siap ada buah buah mangga yang dipotong untuk korang makan juga..Harga cuma RM5.00 sahajaaaa..Aku siap tanya ada untung ke kak hahahaha..Ya Allah macam tak padan dengan size dan rasa tu..Murahhh..Korang kena cuba..


Ko tengok roti john dia..Menangis tak haahhaha..Amboi patutlah nama menu ni roti john hipster..Siap warna hijau haaaa..Pastu meleleh leleh tu yang buat tak tahan tu..Sedapppnyaaa..Sekali makan, mesti rasa nak repeat lagi..Ni pengalaman diri sendiri..Sampai hari ni terbayang bayang roti john dan crazy mango nenen tu..


Untuk peminat menu dari daging dendeng..Nahhh ada juga stall nya..Ada nasi dendeng, sandwich dendeng dan twister dendeng..Menu ni khas dari perak tau..Kalau korang yang teringin nak makan menu bertemakan dendeng..Boleh lah korang singgah ke Restoran De' Don..


Nasi Dendeng

Sandwich Dendeng

Twister Dendeng

Menu makanan arab? Dont worry..Dekat sini pun ada disediakan menu makanan arab..Nasi arab dan nasi berlaukkan masak asam pedas tetel ada di stall ni..Kalau untuk sesiapa yang tak tahu tetel tu apa..Tetel tu sejenis lemak lemak liat tu..Teringat dekat atok yang memang suka makan lauk lauk tetel ni..Sebab tu kak fink cakap nanti korang yang pening nak order yang mana sebab banyak sangat pilihan hahhahahaha..Setiap citarasa ada disajikan di sini..


Nasi Arab

Nasi AsamPedas Tetel

Kalau teringin nak makan sotong panggang pun ada uols..Besar juga saiz sotong dia tu..Kak fink ratah macam tu jer hari tu hahahaha..Lembuttt...Ni stall yang ada di bahagian luar Restoran De'Don..Iyer korang boleh tengok sampai di luar tu haaa nak makan apa..Sebab tu kak fink cakap awal awal, sila pusing dulu then baru decide nak makan apa ok..



Yang nak makan yong tau fu pun ada..Nak makan dengan sup pun boleh..Nak makan dengan kuah sos dia pun boleh..Ikut citarasa korang lah nak makan macam mana..Dekat sini, bila korang dah pilih stall mana yang korang nak makan, korang bayar dekat owner stall tu ya..Bukan bayar di kaunter dalam restoran tau..Kaunter tu kalau korang nak bayar air sahaja..



Nak makan burger pun ada dik..Ni tempat paling anak anak suka lah kalau nampak ada burger ni..Oblong semua tu ada..Senang kan..Kalau mak pak nak makan nasi nasi tapi anak anak nak makan burger, dah tak payah nak pergi kedai lain pula kan..Senang haaa satu tempat jer citarasa satu keluarga ada di sini..



Ini katanya stall paling mendapat sambutan pagi dan malam..Roti Canai Uncle Jai..Kalau pepagi ramai orang makan pelbagai jenis roti untuk bersarapan di Restoran De' Don ni..Macam macam ada..Harga pun murah dik..Rata rata menu dekat Restoran De' Don ni memang murah murah jer..Berbaloi dengan sajian yang korang dapat nanti..


Roti Sardin RM3.00 jer haaa..Ya Allah berbaloi sangat sangat lah..Dah la sedap..Penuh isi roti sardin uncle jai ni..Kuah pekat..Nak apa lagi kan..Lepas ni kalau rasa penat nak masak dekat rumah tu..Boleh lah terus ke Restoran De' Don ni jer..Orang orang shah alam tu cepat terjah ya..Bersebelahan dengan AEON Shah Alam je uols..Belakang Tesco..Strategik kawasan ni..


Roti tisu pun ada haaaa..Anak anak aku memang suka roti tisu ni..Kak fink kan first time makan roti tisu yang disajikan dengan hirisan pisang..Tak tahu lah kalau korang dah biasa jumpa..Tapi ni first time kak fink jumpa yang siap dihidangkan dengan pisang..Anak anak memang suka pisang pula tu..Jadi nya gabungan roti tisu dan pisang tu memang mampu tarik selera diaorang untuk makan..


Kalau rasa nak hisap shisha pun ada dekat Restoran De' Don ni..Semua muda muda jer yang jaga shisha ni..Boleh pilih sendiri rasa apa yang korang nak..Nanti diaorang prepare ikut taste korang tu tau..Oo ya..Kalau korang tak nak makan dalam kedai..Korang juga boleh pilih meja meja di bahagian luar kedai ya..Yer la setengah orang tak suka dengan suasana terkepung tu kan..Nak amik angin luar..Boleh dekat sini..Pilih jer tempat duduk mengikut keselesaan masing masing..


Restoran ni baru jer dirasmikan tau korang..Ustaz Don Daniyal yang rasmikan pada 6 Ogos hari tu..Tapi kan kalau korang datang Restoran De' Don ni, tak kan nampak macam baru buka sebab meriah sangat..Ramai betul orang datang makan sini..Mungkin sebab kepelbagaian menu yang Restoran De' Don cuba berikan..


Ni lah dia boss besar Restoran De' Don bersama isteri tersayang, Encik Don dan Puan Diana..Baik sangat niiii..Ramah pulak tu..Dah rasa macam kenal lama pula padahal baru jer jumpa hari tu..Terima kasih Encik Don dan Puan Diana untuk pelbagai sajian makanan yang sangat sedap dan murah murah di sini..Soldier soldier Restoran De' Don yang sangat cekap dan cepat betul buat kerja..Kena dengan slogan restoran ni, semuanya akan disambut seperti family..


Restoran De' Don
Alamat: No.15, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Waze: RestoranDeDon

Telefon: 012- 8222 839
Waktu Operasi: 7.30 pagi - tengah malam (12.00-2.00 pagi)

Instagram: @restorandedon

dekat restoran ni siap ada live band tau malam malam..menarik kan?
jarang ada kedai melayu yang tampilkan konsep ala food court seperti ni



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. hah entry ni la nk komen smlm tp tk bole hehe....meriah btul gmbr makanan....

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!