Followers

Grand Opening Faiqah's Collection yang menyediakan koleksi muslimah yang bergaya dan mampu poket

10:40:00 AM

Minggu lepas kak fink berkesempatan ke Grand Opening Butik Faiqah Collection yang terletak di Saujana Utama Sungai Buloh..Kalau korang nak tahu, nama butik ni diambil sempena nama anak anak gadis Puan Mazlin dan suaminya Encik Muhammad Faizal..Sedap sedap nama anak anak gadis ni..Faiqah Irdina, Faiqah Adriana dan Faiqah Diyanah..


Faiqah's Collection dah mula beroperasi sejak dari tahun 2000 lagi..Hanya bermula dengan jualan dari rumah, kini alhamdulillah mereka dah ada 2 cawangan..Yang pertama di Manjung dan keduanya di Saujana Utama Sungai Buloh yang baru dirasmikan minggu lepas..Asalnya, Puan Mazlin sukar untuk mendapatkan baju baju muslimah yang longgar dan mengikut spesifikasinya, lalu beliau terus design dan pakai..Tapi bila kawan kawan tengok, diaorang pun suka..Dari situ lah terciptanya rekaan rekaan daripada Faiqah's Collection ni..


Kalau korang jejakkan kaki ke butik ni, korang akan rasa rambang mata..Konsep nya minimalis tapi ada sentuhan elegan di setiap rekaannya..Apa yang kak fink tengok, rekaan Faiqah's Collection ni boleh digayakan di majlis majlis korporat dan santai santai bersama keluarga..Bukan hanya pakaian wanita jer tapi di sini juga ada kurta untuk lelaki yang diberi nama Far'ish Men Collection..


Material yang digunakan untuk koleksi daripada butik Faiqah ni adalah kebanyakkannya daripada jenis lycra..Material yang tak perlu digosok, susah berkedut dan tidak jarang bila dipakai..Keutamaan untuk pelanggan pelanggan Faiqah's Collection adalah keselesaan bila menggayakan setiap jenis rekaan daripada butik mereka..



Macam kak fink cakap di atas, design minimalis yang dihasilkan oleh Faiqah's Collection ni lah sebenarnya yang buat orang terpikat..Macam jubah hitam ni kan, ya Allah ramai sangat orang cuba ok..Aku yang duduk situ pun tak tahan tengok..Sebab kalau korang tengok secara dekat jubah ni ada glitters tau..Sangat cantik..Kain jatuhhhh..Lepas tu bila pakai dia macam jubah dress yang flowy flowy gituuu..



Onie sampai tak tahan godaan dalam butik ni..Kengkonon nak beli 1 jer..Bila dah pegang fabrik tu terus ambil 2 warna, dusty pink dan hitam hahahahahaha..Cantik sangat yang ni..Ada inner di dalam dan cover macam cardigan di luar..Tapi kan sebab fabrik ni jenis fabrik yang berat dan tebal, dia nampak macam pakai blazer labuh pun ada..Sopan dan elegan..Boleh bawa pergi majlis rasmi..Nak request Faiqah's Collection buat size besar sikit untuk orang orang plus size boleh dok? Aloh kita pun tergoda juga wak..


Masa hari grand opening tu, semua koleksi daripada Faiqah's Collection ni ada sales..Yang penting kalau korang pergi sini, size dia akan jadi satu size besar dari size yang biasa korang pakai tau..Contohnya kalau biasanya korang pakai size L, bila beli koleksi koleksi dari Butik Faiqah ni korang kena pilih size M jer..Haaa camtu..Sebab konsep dia memang muslimah...Longgar longgar gitu..


Ni antara exclusive collection yang ada di Faiqah's Collection..Cantiknyerrrr awakk ni..Dah la warna pink dan penuh dengan manik manik yang sarat di dada, tangan dan kaki baju..Antara koleksi lain yang exclusive adalah daripada material batik..Nanti kak fink kongsikan di bawah entry ni koleksi koleksi baru daripada Faiqah's Collection tau..


Masa grand opening tu, ya Allah meriahnya lah segala jenis makanan..Kambing bakar, satay, mee kari, laksa, ketupat, kuah kacang, lemang, ice cream, kuih muih..Eh banyak sangat kalau nak senaraikan..Terima kasih sangat pada Puan Mazlin dan keluarga yang sungguh sungguh menjamu para tetamu yang datang..Siap ada buah buahan kampung..Sebakul sebakul haaa diorang hidang..Memang betul betul grand opening haaa..



Ni antara koleksi yang diperagaan oleh model model yang ada hari tu..Eh jangan risau, ada size besar untuk koleksi ni..Korang pergilah jengah butik Faiqah sama ada yang ada di Manjung ataupun Saujana Utama Sungai Buloh ya..Betulkan apa yang kak fink cakap, minimalis tapi elegan sangat rekaannya..Yang penting sopan je bila menggayakannya..



Haaa ni lah anak anak gadis Puan Mazlin dan Encik Muhammad Faizal yang Faiqah tu..Yang anak anak Puan Mazlin dan Encik Muhammad Faizal gayakan ni adalah daripada koleksi terbaru daripada Faiqah's Collection yang diberi nama Kurun Naura..Gebum dik kain awak tu..Bunga timbul timbul haaa..Baju untuk size budak budak pun ada tau..


Ini koleksi Kurung Naura untuk golongan dewasa..Cantikkan? Masa hari grand opening tu, semua ahli keluarga dan adik beradik Puan Mazlin dan Encik Muhammad Faizal pakai koleksi Kurung Naura ni..Senang nak cam mana satu family members mereka..Lehtop semua dengan koleksi Kurung Naura..Semua ramah ramah..Sampai kita yang rasa segan dekat situ sebab layanannya memang terbaik..


Masa hari grand opening hari tu pun para tetamu yang hadir diperkenalkan dengan set kecantikan daripada Faiqah's Collection ni..Pencuci muka tu dari jenis foam..Picit jer dah keluar buih..Senang kan..Kalau korang nak cuci muka di mana mana pun senang jer nak bawa..Yang penting haruslah daripada kandungan yang halal dan selamat untuk digunakan..


Hasrat tuan rumah nak buat majlis doa selamat dan kesyukuran bersama sama dengan pelajar pelajar tahfiz tercapai hari tu..Petang tu, penuh butik dengan anak anak tahfiz untuk majlis bacaan doa selamat..Korang nampak kan khemah khemah belakang tu, haaa bayangkan betapa penuhnya makanan bawah khemah khemah tu..Sampai 12 malam ok..Moga murah rezeki tuan rumah..



Meh kak fink perkenalkan siapakah empunya diri Faiqah's Collection ni..Ni lah dia Puan Mazlin yang sangat ramah..Orang paling busy hari tu hahahaha..Terima kasih puan atas jemputannya..Tumpang bangga dengan kejayaan Faiqah's Collection yang dulu hanya bermula dari bawah, dari rumah jer tapi sekarang dah ada 2 butik yang sangat cantik dan selesa untuk menerima kunjungan para pelanggan yang memang mencari koleksi koleksi muslimah yang pelbagai corak dan pilihan..Semoga terus maju jaya dalam menghasilkan koleksi muslimah yang selesa dan anggun bila dipakai..


Alamat Faiqah's Collection: 
No.23, Jalan Bidara 8, Taman Saujana 3, Saujana Utama, Sungai Buloh
Telefon: 03-6128 4119 / 019- 5528 704

Instagram: @faiqahscollection

terima kasih ernie dan adik beradik yang lain sudi layan kami hari tu..
korang yang berdekatan dengan sungai buloh tu, boleh la singgah nanti ok



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!