Followers

Eau Thermal Avène [Video]: Air Magik yang boleh digunakan diuntuk menghilangkan kegatalan dan kulit sensitif seperti ekzema

9:15:00 AM


Korang pernah dengar tak tentang produk Avène ? Pastinya jenama Eau Thermal Avène adalah antara jenama yang tidak asing lagi terutamanya untuk golongan yang berkulit sensitif kan..Kak fink sendiri mempunyai masalah kulit sensitif dan cepat rasa gatal bila kulit berpeluh ataupun berada dalam keadaan lembab..Memang tak tahan sangat bila kulit dah start rasa gatal..


Bukan hanya kak fink jer yang ada masalah kulit sensitif tetapi abang ngah pun mempunyai masalah kulit ekzema.Abang ngah memang tak boleh terdedah sangat cahaya matahari..Automatik kulit dia akan menjadi kering dan gatal gatal..Bila dia dah start menggaru, emosi abang ngah pun akan bertukar pada mood yang tak bagus..Rasa rimas..Rasa nak marah..


Extremely Gentle Cleanser (200ml bo)
Bertujuan untuk membersihkan mekap korang sama ada di muka ataupun mata..Tiada bau mahupun paraben tau..Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat sensitif dan merah merah pada kulit..Tak perlu dibilas ya..


Ianya mengandungi Parcerine® iaitu bahan yang mampu mengurangkan kereaktifan pada kulit..Kak fink dah cuba tak berminyak bila disapukan Eau Thermal Avène Extremely Gentle Cleanser ni pada muka..Sangat cepat meresap dan korang tak kan rasa melekit lekit tau..Teksturnya ringan jer..Rasa sejuk bila saat korang sapukan pada kulit..


Cara kegunaan:
Sapukan Extremely Gentle Cleanser ke seluruh wajah..Lepastu korang boleh gunakan kapas untuk mengelap Extremely Gentle Cleanser tadi sehingga bersih..Tak perlu gunakan air tau..Sesuai sangat kalau korang pergi travel dalam flight dan bawa ke mana sahaja bila korang terasa nak bersihkan kulit wajah..


Avène Thermal Spring Water
Bila kak fink pertama kali cuba produk Avène Thermal Spring Water ni, kak fink tak tahu lagi keistimewaannya..Ramai yang kata kan air ni air magic..Tapi lepas beberapa kali kak fink semburkan ke muka, kak fink dapat rasa jerawat jerawat mula mengecut..Seriously ni kesan pertama yang kak fink rasa bila menggunakan Avène Thermal Spring Water ni..


Untuk abang ngah pula, kesannya pada kulit dia selepas beberapa kali semburan..Abang ngah dapat rasakan kegatalan pada kulit tu berkurangan..Terutama bila dia berpeluh, kak fink cepat cepat semburkan Avène Thermal Spring Water ni pada kulit abang ngah..Kalau anak korang mempunyai masalah kulit ekzema macam abang ngah, boleh lah bawa ke mana sahaja botol Avène Thermal Spring Water ni dan terus semburkan air ni pada kulit mereka bila anak dah mula menggaru..


Fungsinya adalah untuk mengurangkan rasa kerengsaan dan kemerahan pada kulit, sinaran matahari, ruam lampin, sebelum dan selepas mekap, bercukur, bersukan dan banyak lagi..Bukan hanya untuk wanita ataupun kanak kanak je boleh guna Avène Thermal Spring Water ni tapi untuk golongan lelaki pun boleh guna..Yang penting tiada paraben ya..Tiada bau dan memang selamat digunakan..

Cara kegunaan:
Hanya semburkan ke seluruh wajah ataupun di kawasan yang mengalami kegatalan..Lepas tu korang kena dap dap dengan jari ataupn kapas supaya air tadi meresap ke dalam kulit..Jangan biarkan air tadi kering selepas disemburkan tau..Untuk guna Avène Thermal Spring Water ni jangan shake botol ni..Korang boleh terus gunakan tanpa perlu shake botol tersebut.. 


Ataupun korang boleh basahkan facial mask ataupun kapas dengan Avène Thermal Spring Water ni dan letak di muka..Buat seperti face mask dan biarkan selama 10 minit..Lepas tu korang akan rasa kulit lebih segar, lebih lembut dan lebih lembab serta merta..Favourite product ever..


Skin Recovery Cream (50ml Tube)
Memberi kesan reda yang cepat pada kulit yang gatal..Skin Recovery Cream bertindak sebagai perlindungan berpanjangan pada kulit yang sensitif secara semulajadi tanpa paraben, tanpa bau, tanpa alkohol dan tanpa pengawet bebas..Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit hyper sensitif ya..


Cara kegunaan:
Hanya picitkan sikit dari bahagian bawah tube dan sapukan ke muka seperti losyen..Sapu sehingga rata ke seluruh muka..Korang akan rasa lembab pada wajah sebaik jer korang sapukan Skin Recovery Cream ni ke muka..Senang kan..Siap!


Skin Recovery Cream ini telah di steril mengikut piawaian D.E.F.I (Device for Exclusive Formula Integrity) yang berfungsi sebagai pengedap udara untuk menjaga kualiti produk daripada tercemar..Korang boleh picit di hujung bahagian Skin Recovery Cream seperti gambar di bawah ni untuk mengeluarkan krim tersebut..Jangan picit di bahagian lain kerana krim tadi tidak akan keluar..Selesai menggunakannya, korang boleh lapkan krim tersebut dan tekan penutup tadi supaya ianya tidak tercemar.


Dan lagi satu kak fink nak kongsikan dengan korang tentang Avène Hydrotherapy Centre yang terletak di perkampungan Selatan Perancis..Pusat Hidroterapi ini dilengkapi dengan rawatan 21 hari..Yang mengalami masalah kulit yang hyper sensitif seperti ekzema, kesan kebakaran, psoriasis dan ichthyosis sangat digalakkan untuk berubat di pusat hidroterapi ni..Perubatan yang dilakukan hanya berasaskan Avène Thermal Spring Water jer tau..


Mesti korang nak tengok kesan perubahan seorang kanak kanak yang bernama Brady, sangat stress dengan masalah ekzema yang dialaminya sejak dari kecil..Brady luka pada kulit seluruh badannya sehingga berdarah kerana tak tahan dengan kegatalan yang dialaminya..Tapi setelah mendapatkan rawatan di Avène Hydrotherapy Centre, kanak kanak ni telah kembali aktif dan mempunyai kulit yang sangat bersih tanpa kegatalan...


bestnya kan kalau dapat rawatan di pusat hidroterapi Avène tu..
hanya yang berkulit sensitif jer faham bila kulit gatal dan tak selesa..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!