Followers

Cabaran 7 Hari Sarapan bersama Susu Dutch Lady PureFarm

11:15:00 PM

Sarapan memang sangat penting sebelum kita memulakan aktiviti kita di awal pagi kan? Kak fink pun tak ketinggalan untuk mengambil sarapan setiap pagi walau sesibuk mana pun hari kak fink..Kadang kadang walaupun menu sarapan tu simple, ianya mampu memberikan tenaga untuk kita..Yang penting, jangan sesekali skip sarapan tau untuk nutrisi dan kalsium yang mencukupi dalam badan!


Susu merupakan sumber utama untuk kalsium..Dan kalsium adalah sangat penting untuk tulang, gigi, sistem saraf dan tisu otot yang kuat..Tapi kan kebanyakan rakyat Malaysia tidak memperolehi kalsium yang mencukupi..Ini kerana kira kira 50% rakyat Malaysia tidak bersarapan..Lepas ni walaupun korang sibuk, kena curi curi masa untuk bersarapan dengan susu ok..

Untuk kak fink, pengambilan susu Dutch Lady PureFarm di awal pagi memang memberi tenaga untuk kak fink..Maklumlah nak uruskan 4 orang anak di awal pagi memang kena cepat..Nak hantar anak ke sekolah, nak masak dan nak kemas rumah dalam masa yang sama kadang kadang masa tu tak mencukupi kan..Sebab tu kak fink selalu breakfast simple simple je..Yang penting kena ada susu bagi memastikan nutrisi yang diperlukan dalam badan mencukupi..


Mesti korang nak tahu kenapa sarapan susu boleh membantu kan? Meh kak fink kongsikan sedikit info betapa pentingnya susu ketika bersarapan:
  • Susu Dutch Lady Pure Farm merupakan minuman sarapan yang cepat dan padat dengan protein setelah badan kita berehat dan berpuasa selama 8 jam semasa kita tidur di malam hari.
  • Segelas susu Dutch Lady PureFarm di awal pagi mampu memberikan kita 275mg kalsium di mana ianya membantu kita mendapat keperluan kalsium yang mencukupi untuk sehari.
  • Susu mengandungi banyak nutrisi penting seperti Kalsium, Protein, Vitamin A, B dan D.
  • Kajian menunjukkan mereka yang mengalami ketaklorenan laktosa boleh menerima segelas susu dan ianya mudah untuk dihadam bila dipadankan dengan makanan yang lain.
  • Susu mengandungi 85% air dan ia mampu menjadi penghilang dahaga selepas tidur selama 8 jam.
Ni kak fink kongsikan sepanjang 7 hari cabaran #SarapanDutchLady dari dapur kak fink..Untuk korang yang sangat busy dan terkejar kejar masa macam kak fink, boleh lah dapat kan sedikit idea untuk nak makan apa nanti ya..Yang penting ada susu Dutch Lady PureFarm..Kenyang dan cukup nutrisi!


Hari Pertama:
Sandwich dan Susu Dutch Lady PureFarm


Hari Kedua:
Mini Buns Kacang Merah dan Susu Dutch Lady PureFarm


Hari Ketiga:
Mee goreng dan Susu Dutch Lady PureFarm


Hari Keempat:
Nasi Lemak dan Susu Dutch Lady PureFarm


 Hari Kelima:
 Roti bersalut Peanut Butter dan Susu Dutch Lady PureFarm


Hari Keenam:
Biskut Coklat dan Susu Dutch Lady PureFarm


Hari Ketujuh:
Mihun Goreng dan Susu Dutch Lady PureFarm


Antara kebaikan yang akan korang dapat melalui pengambilan Susu Dutch Lady PureFarm:
  • Protein yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran
  • Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat
  • Vitamin A yang penting untuk menyokong fungsi mata
  • Vitamin B2 untuk penghasilan tenaga dari makanan
  • Vitamin D3 untuk penyerapan kalsium dan fosforus
Kalau korang rasa susu ni tak penting, korang silap sebab dengan kekurangan kalsium dalam kehidupan boleh menyebabkan:
  • Penipisan Tulang dan Gigi Rapuh
  • Otot lemah
  • Ketinggian merosot
  • Tulang belakang melengkung
  • Risiko penyakit kronik

Untuk sesiapa yang tak pernah mengambil sarapan sebelum ni, kak fink harap korang akan cuba untuk ambil sarapan sebab itulah tenaga korang sebelum korang mulakan aktiviti di waktu pagi..Tak perlu menu yang berat cukuplah bermula dengan menu yang ringkas dan sekotak susu Dutch Lady PureFarm ketika bersarapan..


Seeloknya pengambilan 2 hidangan susu sehari mampu memberikan nutrisi yang mencukupi dalam badan kita..Yang penting sarapan bersama segelas susu Dutch Lady PureFarm mampu memberikan 275mg kalsium untuk memulakan hari kita..Jangan abaikan pengambilan kalsium dalam badan kita ya sebab kalau kurang kalsium nanti akan mengundang penyakit yang kak fink kongsikan di atas tadi..

Instagram: @dutchladymy

lepas ni, korang jangan lupa bersarapan dengan susu tau..
pastinya dengan Dutch Lady PureFarm, Susu No. 1 untuk sarapan..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Susu PureFarm ni sedap. Selalu bagi kembar akak sarapan bijirin dgn susu je, senang tak kelam kabut sgt nak siapkan breakfast pagi pagi tu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum diya...sedapnya sarapan dgn bijirin n susu....mesti hero2 diya sukakannya kn...:)

    ReplyDelete
  3. sekarang pun nad amalkn minum susu dutch lady ni..

    ReplyDelete
  4. wuhuu.. susu dutch lady memang sedap! yumm

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!