Followers

Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF): Antara gambar abang long yang terpilih untuk dipamerkan!

10:50:00 PM

Macam semua orang tahu, kak fink memang bawa anak anak ke mana sahaja untuk setiap events yang kak fink pergi..Memang tak pernah rasa terbeban pun bawa diaorang ke sana sini..Lama kelamaan diaorang sendiri dah terbiasa dengan cara kerja mama yang memang ke mana mana dengan kamera..Terutama abang long..Sebab dia dah 9 tahun, dah besar dan memahami cara nak ringankan kerja mama dia masa di luar..



Macam semua yang pernah jumpa dan kenal dengan abang long, dia memang suka kamera! Suka orang ambil gambar dia dan suka untuk ambil gambar orang..Tu nasib baik aku tak bagi phone..Kalau tak, mesti penuh memory dengan gambar gambar yang dia ambil..Selalunya aku biarkan dia main dengan dslr sebab senang..Set auto jer terus tekan!


Antara gambar yang abang long ambil dan terpilih untuk KLPF ni adalah gambar masa kiteorang satu keluarga ke Legoland tahun lepas..Masa ni kiteorang singgah sekejap di Kluang Station untuk celebrate birthday abang long..Kiteorang suami isteri dulu kan long distance..Jadi papa dia, jarang jarang ada dekat rumah dengan anak anak..Bila ada hari hari penting macam birthday atau anniversary, barulah dia dapat balik dan celebrate sama sama..


Dekat gambar ni memang nampak ada bonding antara papa dengan anak kan..Thank you abang long sudi petikkan gambar ni..Sebab mama dia kadang kadang pun tak sempat nak petik gambar..Sibuk nak melayan adik adik yang lain..Sebenarnya dia dah minta banyak kali nak jadi bloggers hahahaha tapi papa jer tak restu..Biar tunggu dia besar sikit katanya..


Kalau korang nak tahu, KLPF ni diadakan dari 7 Oktober - 9 Oktober 2016..Esok last day tau! So sesiapa yang berhajat nak cari camera baru dengan harga promo yang murah..Cepat cepat singgah Kenanga Fashion Mall, Tingkat 15 dan korang boleh terus masuk ekspo KLPF tu..Murahhhhh ok harga dia daripada harga pasaran..Kak fink berkenannya dengan camera Sony ni..Dari harga RM2,100 terus jadi RM1,699 jer uols..Adoii menggodanya..


Lagi satu tergoda dengan Osmo DJI ..Siapa nak belanja kitaaaaaaaaa..Dah lama mengidam nak kan benda ni..Kalau amik video best ni..Tak bergegar..Pleaseeeee tak de ke orang nak belanja ni hahahahaha..Selain daripada kamera dan aksesori kamera yang dijual di sini dengan harga yang sangat menarik, korang juga boleh tengok pameran pameran gambar daripada jurugambar jurugambar profesional dekat situ..Cantik cantik sangat gambarnya..


yang berminat dengan kamera dan photography boleh terus ke
Kenanga Fashion Mall, Tingkat 15 ya..esok KLPF last day..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!