Followers

#AboutKL: Tempat menarik sekitar Dataran Merdeka dengan hanya berjalan kaki sahaja!

5:12:00 PM

Hari tu kak fink dan beberapa lagi Social Media Influencer daripada 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Singapura bersama sama dalam satu trip anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama daripada Gaya Travel untuk kempen #AboutKL..Kami dikumpulkan untuk aktiviti selama 3 hari 2 malam untuk kita kenali Kuala Lumpur dengan lebih dekat..

Padat sangat dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk kami singgah dan belajar antaranya tempat tempat bersejarah yang ada di sekitar Kuala Lumpur, tempat makan yang sedap, hiburan seperti tempat permainan dan tayangan teater mengenai sejarah asal usul Kuala Lumpur, hotel yang berdekatan dengan tempat tempat menarik dan juga night life yang disediakan untuk mereka yang suka kan hiburan di malam hari..

KL Hop On Hop Off


Aktiviti kami dimulakan dengan menaiki bas daripada KL Hop On Hop Off yang akan membawa para pengunjung untuk mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur..Bas 2 tingkat ini memang menjadi tumpuan ramai pelancong untuk ke tempat tempat menarik yang ada di sekitar KL ini seperti Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Istana Negara dan banyak lagi destinasi..Kalau korang suka kan City Tour, boleh lah cuba naik bas ni..



Dengan 23 tempat perhentian dan mampu cover sebanyak 40 tempat menarik yang utama, kak fink rasa sangat berbaloi untuk korang cuba dan pusing pusing satu KL..Walaupun kak fink ber kad pengenalan anak jati Kuala Lumpur tapi tak semua tempat kak fink pernah pergi...Paling kak fink suka bila dapat duduk di Sky View dan Open Deck tu..Baru lah dapat ambil gambar dengan jelas sepanjang perjalanan tu kan..Ambil angin Kuala Lumpur katanya..


Untuk korang yang teringin nak bawa anak anak merasai pengalaman Free and Easy City Tour bersama bas KL Hop On Hop Off ni, segala details kak fink kongsikan di bawah ni ya:
MYKAD HOLDER Hop-On Hop-Off City Tour

Description :
Operation Hours: 9 am to 8 pm
Ticket Validity: Up to 48 hours

Number of Stops: 23 stops with 40 major attractions

Others:
5 years old is FOC
MYKAD is needed for verification
Website: www.myhoponhopoff.com


Coliseum Cafe
Kami berhenti di Dataran Merdeka dan makan tengah hari di Coliseum Cafe yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman..Hanya berjalan kaki jer dari Dataran Merdeka untuk ke sini..Dekat jer..Perjalanan hanya memakan masa selama 5 minit sahaja..Ditubuhkan pada penghujung tahun 1921, ianya menjadi tempat pilihan penjajah British untuk bersantai untuk meminum kopi  menonton & wayang serta bermalam di hotel yang terletak di tingkat atas bangunan 2 tingkat itu.



Kini Coliseum Cafe menyajikan menu makanan barat serta tempatan. Antara makanan signature yang menjadi pilihan di sini adalah Hainanese Chicken Chop, Bake Crabmeat, Ox-Tail Soup dan pelbagai lagi variasi steaks & chops..Masa kiteorang makan tu, waktu makan tengah hari..Full house cafe ni..Meriah betul orang..



Dekorasi dalam cafe ni masih mengekalkan struktur bangunan yang dahulunya..Semuanya sama seperti dulu..Kelihatan sangat klasik tapi dipelihara dengan baik..Dari segi hiasan dinding dan perabot, semuanya seperti zaman dahulu..Memang retro habis lah..Kagum juga bagaimana owner nya masih mampu mengekalkan keasliannya sejak dari dulu hingga lah sekarang ni..


Coliseum Cafe:
98-100 & 102 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur Malaysia

Tel: +603 2692 6270
Fax: +603 2693 4635

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam

Website: www.coliseum1921.com
Instagram: @coliseumcafe


Daripada Coliseum Cafe, kami berjalan kaki ke Panggung Bandaraya untuk menyaksikan teater MUD The Story of Kuala Lumpur..Haaa ni untuk mereka yang nak sangat tahu macam mana sejarah Kuala Lumpur ni, boleh lah datang dan menyaksikan sendiri pementasan teater ni..Daripada Coliseum Cafe tu, korang hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit jer..Sangat sangat dekat..Lokasinya terletak berdepan dengan Dataran Merdeka..



Pementasan MUD The Story of Kuala Lumpur ni dipentaskan sebanyak 2 kali sehari iaitu pada pukul 3.00 petang dan 8.30 malam..Teater ni dalam bahasa inggeris tau..Sebab ramai pelancong pelancong yang datang untuk menyaksikan pementasan ini..Memakan masa selama 60 minit, teater ini sarat dengan kisah persahabatan, kerjasama dan jatuh bangun mereka mereka pada waktu dulu sebelum ada nya bandaraya Kuala Lumpur sekarang ni..


Kisah bermula pada tahun 1857 dan tertumpu pada zaman kegemilangan bijih timah sekitar tahun 1880 di mana penemuan timah telah membuka lembaran baru dan ramai pelombong dan pedagang dari serata Asia  berhijrah ke pertemuan dua sungai iaitu Sungai Lumpur, sekarang dikenali sebagai Sungai Gombak dan Sungai Kelang..Di sinilah kisah Mamat, Meng dan Muthiah yang merupakan 3 sahabat yang berhijrah mencari peluang hidup baru..


Penuh dengan warna warni persembahan mereka..Apa yang menariknya, persembahan MUD The Story of Kuala Lumpur ni memaparkan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India..Mereka menari, mereka menyanyi dan mereka berkongsi emosi kepada kami yang menonton hari tu..Tak terasa 60 minit masa berlalu masa kak fink tengok teater ni..


Sepanjang teater ni berlangsung, mereka akan menjemput beberapa penonton bertuah untuk sama sama naik ke atas pentas untuk berlakon bersama..Cool kan? Bukan senang dapat naik atas pentas tu bersama sama pelakon yang lain..Boleh menari sama sama..Memang meriah..Kalau korang hayati betul betul pementasan ni, memang boleh menitiskan air mata..Tak percaya? Kena lah pergi tengok sendiri..


MUDKL: The Story of Kuala Lumpur
RM53 (with MyKad)
RM84.80 (standard ticket)

PANGGUNG BANDARAYA
Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50350 Kuala Lumpur

Website: www.mudkl.com
Instagram: @mudkl


Kuala Lumpur City Gallery
Daripada Panggung Bandaraya menyaksikan teater MUD The Story of Kuala Lumpur, kami ke Kuala Lumpur City Gallery yang terletak bersebelahan jer dengan Dataran Merdeka..Yer sekali lagi dari panggung bandaraya tu hanya perlu berjalan kaki jer..Sebab dekat sangat..Untuk mereka yang memang mencari souvenir yang ingin di bawa pulang sebagai kenang kenangan dari Kuala Lumpur, boleh lah datang ke Kuala Lumpur City Gallery ni..Macam macam ada..



Bangunan 2 tingkat ni memang penuh dengan sejarah yang korang perlu tahu tentang Kuala Lumpur..Kalau di teater MUD tadi korang boleh menyaksikan pementasan teater tapi di sini korang boleh baca pelbagai info tentang Kuala Lumpur yang dahulunya sehinggalah Kuala Lumpur yang pesat dan penuh dengan bangunan bangunan pencakar langit..


Kami sempat masuk ke ruangan replika bangunan bangunan sekitar Kuala Lumpur untuk melihat sendiri persembahan yang memaparkan bandaraya Kuala Lumpur pada masa kini..Pesat membangun seiring dengan pembangunan negara Malaysia yang sudah dikenali di serata dunia..Persembahan ni penuh dengan lampu yang berwarna warni..Kak fink ada kongsikan sebahagian video yang sempat di rakam di bawah ni ya..



Macam macam cenderahati di jual di sini..Dari hasil kraftangan dan juga produk sedia ada seperti fridge magnet semuanya ada..Bersebelahan dengan tempat souvenir ni ada cafe untuk korang duduk dan lepak lepak sambil minum air..Yang bestnya bukan setakat air dia yang sedap dan kaw tu tapi ada juga kek durian yang sedapppppp sangat sangat...Kena cuba!


Satu kek durian ni hanya berharga RM13.00 sahaja tapi memang puas hatiiii..Alamak rasa nak repeat lagi lah sebab sedap sangat..Dua dua tu kak fink rasa..Memang sedap..Yang kek biasa tu rasa duriannya lebih kuat daripada kek yang berbentuk seperti buah durian..Yang tu rasa sedikit light kalau nak compare dengan yang satu lagi..Yang penting dua dua sedapppp! Serius kena cuba ya..


Korang jangan lepaskan peluang untuk ke Kuala Lumpur City Gallery bila berjalan ke Kuala Lumpur tau..Nampak jer signange I Love Kuala Lumpur ni, makna nya korang memang dah sampai di tempat yang betul hahahaha..Dari jauh dah nampak..Memang betul betul bersebelahan dengan Dataran Merdeka jer..


Nak ke sini pun tak susah, korang boleh naik LRT train dan berhenti di stesyen Masjid Jamek..Ataupun kalau naik bas, korang boleh berhenti di Bangkok Bank ya..Nak lebih senang, boleh pilih KL Hop On Hop Off sebagai pengangkutan korang..Memang bas tu akan berhenti di Dataran Merdeka..

KUALA LUMPUR CITY GALLERY
No. 27, Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur
Tel: +603 2698 3333
Operation Hours: 9.00 am - 6.30 pm daily

Website: www.klcitygallery.com
Facebook: www.facebook.com/kualalumpurcitygallery
Instagram: @klcitygallery

tunggu entry kak fink seterusnya tentang #AboutKL ya..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. cutenya kek durian tu... tq dik share pasal hop on hop off tu.. dah lama cari info.. eh kalau naik bas tu keliling semua tempat bape jam eh agak2?

    ReplyDelete
  2. wah ada jugak yg yanie tak pernah sampai.. ohh Malaysia ku...

    ReplyDelete
  3. dulu kerja dekat dataran merdeka. lama tak pergi banyak yang berubah nanti turun kl mila nak pergi tengok.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!