Followers

#AboutKL: Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

10:05:00 AM

Pengalaman kak fink dan kawan kawan yang lain untuk menginap di Swiss-Garden Hotel &  Residences Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam sangat berpuas hati dari segi layanan dan kemudahan yang disediakan..Residences dan Hotel adalah bangunan yang berbeza ya...Sebab kak fink mula mula pun confuse..Ingatkan dalam satu bangunan yang sama, rupanya tidak..Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur terletak di bahagian belakang Swiss-Garden Hotel...


Ni ruangan lobi di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur..Luas sangat..Konsep minimalis yang cuba diberikan oleh Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ni memang sangat bersesuaian untuk mereka yang suka kan hotel yang berdekorasi ringkas tetapi ada elemen moden diselitkan..Sedap mata memandang..


Ni lah bilik kak fink iaitu Residence Suite..Apa yang kak fink boleh kongsikan tentang Residence Suite ni adalah satu suite yang sangat selesa, luas dan moden..Kak fink kongsikan juga video untuk korang lihat sendiri ruangan di dalam Residence Suite ini..Siap ada sofa bed..Lengkap dengan dapur dan bilik air yang mewah di dalamnya..Berkeluasan 550 kaki persegi memang dah cukup luas untuk mereka yang berkeluarga untuk menginap di suite ini..


Kalau korang nak bawa anak anak bermain, boleh la terus ke tingkat 6..Tempat permainan ni terletak bersebelahan dengan kolam renang..Memang strategik sangat lokasinya..Tak ramai sangat di kawasan ni..Agak tenang untuk anak anak bermain tanpa gangguan yang lain..Kak fink suka pergi waktu pagi...Rasa tenang je duduk dekat tingkat 6 ni..


Kolam renang di sini mengikut ketinggian ya..So jangan risau kalau korang nak bawa anak anak bermain dan mandi di sini..Kalau mandi petang petang mesti dapat berendam sambil tengok matahari terbenam kan..So romantic! Plus dapat mandi berlatar belakangkan  bangunan bangunan pencakar langit yang ada di Kuala Lumpur ni..



Di tingkat 6 ini juga, ada disediakan gym untuk mereka yang ingin bersenam..Best juga bersenam sambil mengadap pemandangan di kolam renang..Rasa tenang jer..Sepanjang kak fink di sini keadaannya yang tidak begitu sesak memang boleh berikan ketenangan kepada mereka yang inginkan percutian yang berkualiti..


Sarapan di sediakan untuk tetamu tetamu hotel dan residences di Flavors Restaurant..Pilihan sarapan disediakan mengikut citarasa 1 Malaysia yang terdiri daripada hidangan melayu seperti nasi lemak, cina untuk hidangan bersup dan india untuk hidangan roti canai..Tidak ketinggalan hidangan sarapan english style juga disediakan seperti cereal dan juga pastry..Bagi kak fink, pilihan makanan yang disediakan untuk sarapan adalah sederhana..


Untuk tetamu di bahagian residences, korang perlu turun menggunakan lif untuk ke tingkat 1 dan melalui jambatan yang disediakan.. Jambatan ini menghubungkan bangunan hotel dan residences..Jangan risau ya.. Korang tak perlu keluar pun dari bangunan untuk ke Flavors Restaurant ni..Senangkan..


Malam tu juga kami ke Restoran Makanan Cina, Sino Scene yang terletak di tingkat 6..Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan Cina dengan penyerapan menu modern dan juga klasik dari Hong Kong dan Szechuan..Yang seronoknya makanan yang dihidangkan adalah makanan yang panas..Kita boleh nampak chef masak dari meja makan..


Ni antara menu menu yang kak fink sempat cuba dari Restoran Sino Scene..Ada yang pertama kali cuba, dah jatuh hati..Sedappp sangat! Tambahan makanan tu di hidangkan secara panas panas, tu yang buat bertambah sedap..Ok jom kak fink kongsikan nama nama menu yang kak fink cuba ya:

  • Szechuan Bird's Nest with Crabmeat Soup
  • Steamed Chicken with Ginseng in Clay Pot
  • Crispy Sea Grouper Siamese Style
  • Stir Fried Butter Prawn with Grated Coconut
  • Braised Vegetarian Paecel and Seasonal Vegetable with Scallop Sauce
  • Wok Fried Rice with Smoked Oyster
  • Sino Scene Special Durian Pancake
  • Chilled Sea Coconut with Dates and Snow Fungus


Kami juga berpeluang menyaksikan matahari terbenam dari tingkat paling atas Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur hari tu..Ruangan ni hanya dibuka untuk private function sahaja..Memang cantik bila dapat tengok matahari terbenam dari tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur..Boleh lihat betapa membangunnya Kuala Lumpur dengan bangunan bangunan baru yang bakal dibina dari tingkat ini..


Untuk sesiapa yang bercadang nak bercuti ke Kuala Lumpur dan mencari hotel yang hanya berjalan kaki dan berhampiran dengan akses pengangkutan awam, boleh lah pilih Swiss-Garden Hotel &  Residences Kuala Lumpur sebagai pilihan korang..Ini kerani lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat tempat menarik utama seperti Berjaya Times Square, Bukit Bintang, China Town, Central Market dan juga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli belah..


Untuk mereka yang mencari lokasi night life untuk berhibur di malam hari, lokasi Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur ni berdekatan dengan Jalan Changkat Bukit Bintang..Hanya perlu berjalan kaki jer dari hotel ni..Malam hari di Kuala Lumpur memang happening kan..Nak tau? Tunggu tau lepas ni..

Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 603 - 2785 1111

Instagram: @swissgardenofficial
Twitter: @swissgardenint
Facebook: www.facebook.com/SwissGardenHotelResidencesKL
Website: www.swissgarden.com/hotels/residences
yang terlepas dengan entry pertama #AboutKL kak fink, klik SINI



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. butter prawn pun sedapnyaaaa...lama gila xmakan udang.

    ReplyDelete
  2. Suka dengan hospitality staff dan kenyamanan biliknya. Makanannya? juara! :)

    omnduut.com

    ReplyDelete
  3. Sukanya tengok pool dia..view menarik sgt! Org kl pun boleh jugak sesekali tukar angin bermalam kat sini kannn..;)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!