Followers

Restoran Mohd Chan: Terpilih sebagai pemenang untuk menu terbaru mereka iaitu Seafood Bonanza!

9:43:00 AM

Hari tu kan kak fink sajer cuba nasib untuk masuk "Give a Name" contest yang dianjurkan oleh Restoran Mohd Chan untuk menu terbaru mereka..Untuk gambar di bawah ni, kak fink tengok ada ikan, sotong, ketam dan udang..So dalam hati memang nak letak nama Seafood..Tapi Seafood apa tak tahu lagi..Tetiba terlintas nama Bonanza sebab nampak macam meriah set ni kan..So kak fink gabungkan nama tu kepada Seafood Bonanza..


Dan tak sangka nama Seafood Bonanza di pilih oleh pihak Restoran Mohd Chan sebagai nama menu terbaru mereka..Alhamdulillah rezeki..Terima kasih kepada Restoran Mohd Chan kerana sudi memilih nama Seafood Bonanza sebagai nama menu terbaru mereka..Mula mula diberitahu, pemenang akan dapat merasa menu ala carte Bonanza yang bernilai RM79.90


Tapi bila sampai ke Restoran Mohd Chan di cawangan Shah Alam, kami disajikan dengan Bonanza Set Menu A yang bernilai RM149.00..Alah rezeki sangat ni..Moga dimurahkan rezeki pihak Restoran Mohd Chan kerana sudi jamu kami dengan sajian makanan yang sedap sedap..Mesti korang nak tengok secara dekat Seafood Bonanza Menu A ni kan..


Bonanza Set Menu A ni ada 5 hidangan yang terdiri daripada Seafood Bonanza tu sendiri, Brocoli Mushroom, Kong Boh Chicken, Homemade Mohd Chan Taufu dan juga Nasi Putih..Sesuai untuk 4 ke 5 pax..Macam hari tu kak fink makan dengan 4 orang anak pun tak dapat nak habis kan..Mungkin kalau papa diaorang ada, baru habis..Yer la budak budak makan kan tak banyak sangat..


Kong Boh Chicken
Rasa seperti ayam masak kicap version kering..Sedap sebab tak masin sangat..Just nice..Anak anak kak fink suka hidangan ayam ni..Ayam dipotong kecil kecil..Tak besar sangat saiz dia..


Brocoli Mushroom
Gabungan brocoli dan cendawan tu memang perfect! Dimasak bersama bawang putih dan sos tiram, menjadikan hidangan ni sebagai pelengkap untuk mereka yang suka kan sayur di dalam hidangan mereka..Kak fink paling suka antara dua tu semestinya cendawan tu..


Homemade Mohd Chan Taufu
Ini terpaling favourite kak fink! Sedap sangat..Dihidangkan bersama dengan sos tapi percayalah kalau korang makan Taufu tu jer pun dah cukup sedap..Rangup di luar dan ada isi di dalam..Memang sedap sangat yang ni..Jujur ni..Kalau korang pergi ke Restoran Mohd Chan, boleh lah korang order yang ni..


Seafood Bonanza
Dan semestinya seafood bonanza yang sangat sangat menyelerakan tu..Dihidangkan panas panas memang mampu membangkitkan selera makan korang..Rasa dia? Ada rasa masam, masin dan manis sikit..Sedap memang sedap! Puas hati la makan..Dengan segala seafood ada dalam tu..Nak apa lagi..Mengah kami anak beranak nak habiskan..Kuah dia tu sedap..


Haaa ni yang ada dalam Bonanza Set Menu A tu tadi secara keseluruhannya..Untuk sesiapa yang sukakan hidangan masakan cina yang halal, boleh lah korang ke Restoran Mohd Chan yang berdekatan untuk cuba menu terbaru daripada mereka..InsyaAllah puas hati..Kak fink nak repeat Homemade Mohd Chan Taufu tu lah..Favourite sangat ni!


Terima kasih sekali lagi untuk pihak Restoran Mohd Chan yang sudi menjemput kami anak beranak untuk menikmati menu terbaru mereka iaitu Seafood Bonanza..Terutamanya pada Cik Aishah dan Encik Jalal yang tak jemu jemu melayan kami..Siap suruh bawa balik makanan yang tak dapat nak dihabiskan hari tu..Ramah ramah semuanya..Moga dimurahkan rezeki lagi dan maju perniagaannya ya..


Restoran Mohd Chan
Alamat: No.33 & 35, Jalan Utas B, Seksyen 15/B, 40200 Shah Alam
Telefon: 03-5511 8228


selamat mencuba Seafood Bonanza..makan nanti ingat kak fink ok ;)
cawangan Restoran Mohd Chan ni banyak tau, korang boleh google ya..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!