Followers

Pak John Seafood & BBQ: Steamboat, Panggang, Dim Sum, Waffle semua dalam satu tempat hanya RM39.90+

11:00:00 AM

Kak fink sebenarnya kan first time tau pergi makan di Pak John Steamboat ni..Yang ni terletak di ECurve Mutiara Damansara..Masa tengok dari luar restoran, eh besarnyaaaa tempat ni..Dekorasi pun cantik..Nampak modern..Kalau korang dah lama tak pergi dekat Pak John Steamboat ni boleh lah pergi sebab dah banyak yang kelainan dan perubahan yang dilakukan..Terutamanya dari segi menunya, dekorasinya dan juga rasanya..Keselesaan adalah faktor utama kak fink suka makan dekat Pak John Steamboat ni..


Untuk dewasa harganya RM39.90+ dan kanak kanak bawah 130cm dikenakan separuh bayaran..Untuk kanak kanak yang berumur 2 tahun ke bawah ataupun 60cm ke bawah, PERCUMA jer..So sebelum nak pergi tu, boleh lah korang ukur anak dulu hahahaha..Senang kan? Dah boleh tahu berapa bajet yang nak dikeluarkan nanti..


Yang tanya halal ke kak..Yer halal dik..Boleh makan dengan penuh rasa yakin ya..Masa kak fink datang ni, ustaz akhil khayy pun datang dengan waheeda..Menurut pengurus Pak John ni, ustaz memang merupakan regular customer dekat sini..So kalau korang nak makan dengan pelbagai jenis pilihan dan puas hati, boleh terjah Pak John Steamboat ok..


Ni dekorasi di bahagian belakang belakang sikit..Area sini, ada bilik VIP tau..Yang nak kan privacy tanpa gangguan yang lain, boleh lah book awal awal bilik VIP ni..Mesti ada yang ingat, kalau VIP room akan ada bayaran tambahan kan? Tapi sebenarnya tak! Korang boleh pilih VIP tanpa extra charge! Siap disediakan TV dalam bilik VIP ni..


Boleh lah kalau bercadang nak bawa family untuk birthday celebration ke ataupun company dinner ke..VIP room ni ada 2 bilik tau..1 bilik boleh memuatkan seramai 15 orang dan kalau korang nak gabungkan bilik ni pun boleh..Kalau digabungkan kedua dua bilik tu dalam 30 orang yang boleh dimuatkan..Selesa dan berbaloi lah..


Dekat Pak John Steamboat ni korang boleh pilih sup mana yang korang suka..Macam kak fink hari tu pilih tomyam dan curry soup..Mula mula rasa curry soup ni macam pelik jer kan tapi tak..Sedapppp! Korang kena cuba tau nanti..Pilih jer pelbagai pilihan sup yang disediakan di sini antaranya beef bone pepper soup, tomyam soup, miso soup, curry soup dan juga chicken soup..


Pelbagai pilihan sayur sayur, ayam, daging perap, kambing, seafood yang disediakan di ruang ni untuk korang pilih..Kalau tak silap kak fink kan dalam 40 + pilihan bahan bahan steamboat..Sampai rambang mata juga lah nak pilih yang mana satu..Tapi janga sampai membazir tau..Daging perap dia tu korang boleh cuba ya..Nyumss!



Paling kak fink suka ikan salmon tu..Sampai 2 pinggan makan salmon hahahahaha..Lepas tu sepahat dan segala seafood ni memang lah menjadi pilihan utama dulu kalau pergi makan steamboat ni..Gemuk gemuk haaaa sepahat dia..Memang puas hati makan..Ketam dan udang pun ada..Pilih jer mana yang korang nak..



Sotong pula macam macam jenis sotong yang ada..Sotong besar ni haa..Sotong kembang tu lagi..Sotong katak lah..Eh memang banyak pilihan..Kalau nak main bakar bakar..Pilih sotong yang kecik lebih senang nak bakar daripada sotong yang bersaiz besar ni..Aku memang tak sabar nak tunggu hahahahahaha..



Tengok jer lah meja kiteorang..Dah macam 10 orang makan ni..Padahal 3 orang jer makan hihi..Banyak betulll...Ada kambing, daging, ayam, itik dan abalone..Tapi kak fink makan ayam, daging dan abalone tu jer..Kambing dengan itik kak fink tak makan hahaha..Tertarik pada seafood lagi..Bila diaorang slice halus halus macam ni memang sedap la bila di bakar..Rasa garing jer..




Selalunya kak fink akan ambil 1 jenis tu serba sedikit dan boleh rasa semua yang ada..Jangan ambil banyak banyak sebab nanti korang akan cepat kenyang dan tak sempat nak rasa yang lain hahahaha..Rugi lah kan..Jangan risau, kalau tak pandai nak guna chopstick boleh minta garfu ataupun sudu untuk korang guna ya..


Yang nak makan nasi ataupun noodles, jangan risau di Pak John Steamboat ada disediakan..Yang goreng goreng dan lauk pauk juga disediakan..Larat dengan tidak jer nak makan tu nanti..Sesetengah orang nak makan juga menu berat kan..Kena ada nasi baru kenyang..Di sini semua ada..Pilih jer ya..Berbaloi sangat dengan harga yang korang bayar tu..





Huwaaaa..marahnya tengok gambar ni..Sedapppp sangat waffle dari Pak John Steamboat ni..Rangup sangat! Korang kena simpan sikit ruang dalam perut untuk rasa waffle dan kaya ball di sana..Sesiapa yang teringin nak makan waffle with ice cream pun boleh sebab ice cream juga ada di sediakan dengan pelbagai rasa dekat Pak John Steamboat ni..



Dim sum juga disediakan di Pak John Steamboat..Macam kak fink memang peminat dim sum..Dan korang boleh dip dim sum tadi dengan sos yang disediakan..Ada yang pedas, ada yang masam dan juga manis..Pilih jer ikut selera tekak masing masing ok..Dim Sum ni korang kena minta tolong staff dia ambilkan..



Antara banyak banyak sos yang ada, kak fink pilih Spicy Thai sebab pedas, masam dan sedap..So tak meloyakan tekak bila korang makan banyak pun..Untuk yang suka pedas macam kak fink, boleh pilih yang tu ok..Ataupun korang boleh ambil serba sedikit sos tu dan rasa mana satu yang paling korang suka..Jarang aku jumpa sos yang betul betul kena dengan tekak bila makan steamboat..Dekat sini dah jumpaaa!!



Favourite spot anak anak! Orang dewasa pun suka area sini hahahaha..Lepas dah kenyang makan steamboat, boleh lah sejukkan mulut dengan ice cream kan..Nak lagi sedap boleh makan dengan waffle..Omnomnom teringat lagi waffle dia..Jujur memang tak boleh move dengan waffle tu sebab rangup sangat!



Ada juga disediakan bubur untuk korang cuba..Tapi area sini menu nya sentiasa berubah ubah..Setiap hari akan ada Today's Special untuk dicuba..Menu tak kan sama dengan semalam..Macam hari yang kak fink pergi tu, bubur ikan..So mungkin hari yang korang pergi menu lain..Terletak bersebelahan jer dengan ice cream corner tadi ya..


Pelbagai pilihan air sejuk dan panas untuk dipilih..Kalau korang tak nak air manis, boleh pilih air masak jer..Nak panas ada..Sejuk pun ada..For me, pilihan air yang disediakan oleh Pak John Steamboat banyak pilihan dan menarik..Dan yang paling kak fink selesa di sini adalah ruangan hawa dingin untuk 1 kedai..Makan steamboat kena lah sejuk sejuk sikit kan, kalau tak de air cond memang tak selesa sebab steamboat dan bbq tu sendiri dah buat korang berpeluh..Dekat sini terlalu selesa untuk korang makan tanpa had waktu..


Website: www.pakjohn.com

Alamat: 
Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

Tel: 03-7733 3913

selamat mencuba tau korang..boleh bawa family makan makan di sini!



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Alaaa bestnya..dah lama x makan kat sini....bestnya Diya...

    ReplyDelete
  2. nyum2 kak.. jue teringat2 nak g makan lagi.. tunggu lepas pantang gamaknya.. baru leh makan bnyak2.. heheheh

    ReplyDelete
  3. dapnye...meriah...aritu lalu kt the curve nmpk restoran ni

    ReplyDelete
  4. Wah thank you for the review, bisa jadi rekomendasi saya kalau main ke Malaysia nanti :)

    Salam kenal yaa..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!