Followers

Seven Skies International: Sekolah antarabangsa yang menekankan didikan dan pembelajaran islamik

8:10:00 AM

Seven Skies International adalah satu projek sekolah yang dimulakan oleh Mercy Mission dimana ianya bertindak sebagai sebuah pertubuhan yang tidak mengambil keuntungan, sebaliknya sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk membantu ummah..Secara ringkasnya, Seven Skies International menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan kurikulum antarabangsa..Dan asasnya adalah pembelajaran agama Islam untuk setiap pelajar..


Ni kak fink nak kenalkan dengan korang Pengetua Seven Skies International School n, Dr. Tawfique Chowdury..Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif pergerakan Mercy Mission.. Dr. Tawfique mempunyai pengalaman perniagaan profesional dan telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat multinasional dan juga merupakan Doktor Pakar Kecemasan di Australia.

Beliau merupakan pelatih korporat, jurulatih perniagaan dan mentor kepada ramai orang yang berjaya di seluruh dunia..Sebagai penceramah prolifik, Dr Tawfique telah mengembara di peringkat antarabangsa berkongsi pengetahuannya dengan beberapa buah negara di seluruh dunia.. Beliau juga merupakan seorang penceramah terkenal, keusahawanan sosial, perniagaan dan strategi korporat dan pembangunan organisasi. 


Dalam dunia Islam, beliau terkenal sebagai seorang pakar dalam topik undang-undang Islam, terutamanya dalam bidang kewangan Islam, undang-undang diri dan etika perubatan Islam..Dan baru-baru ini Dr Tawfique telah tersenarai antara 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh TheMuslim500. Kini beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia, bersama isteri dan tujuh orang anak..Dr Tawfique mengasaskan Seven Skies International (SSI) pada bulan September 2014, sebuah sekolah antarabangsa yang terletak di Kota Damansara menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan Kurikulum Antarabangsa.


Pelajar Seven Skies International akan mengalami pengalaman belajar yang unik dan lain dari sekolah sekolah yang ada kerana mereka akan didedahkan kepada 4 peringkat iaitu:

1. Pendidikan Penyelidikan dan Pembangunan (ERD)
2. Latihan Kepimpinan Untuk Guru
3. Pembangunan dan Sokongan Ibubapa
4. Gifted Children Pathway


Sebagai sebuah organisasi yang menitik beratkan pelajaran agama, Seven Skies International  menekankan nilai nilai di bawah untuk para guru, pelajar dan dalam setiap kurikulum mereka seperti:
  • Cintakan Allah
  • Keikhlasan dan takutkan Allah
  • Integriti dan kepercayaan
  • Kecemerlangan ilmu dan tindakan
  • Karekter sebelum pengetahuan
  • Positif dalam segala yang dilakukan 
  • Kepimpinan, pemilikan dan tanggungjawab

Kak fink berpeluang mendengar sendiri Public Speaking yang dipersembahkan oleh para pelajar dari Seven Skies International ni..Meremang bulu roma bila dengar anak anak ni melontarkan setiap hujah hujah mereka..Kebanyakan info yang mereka kongsikan adalah lebih kepada isu semasa seperti buli di sekolah, pencemaran alam dan banyak lagi..Ni kak fink kongsikan dengan korang antara video yang sempat kak fink rekodkan..


Boleh dikatakan semua pelajar di Seven Skies International ini sangat fasih berbahasa inggeris..Yer la international school kan..Namun bahasa Arab dan bahasa Melayu tetap menjadi salah satu pembelajaran yang penting di Seven Skies International ni..Masa hari kak fink jejakkan kaki di Seven Skies International, kami dibawa tour ke beberapa kelas untuk melihat sendiri proses pembelajaran antara guru dan pelajar..


Kak fink sempat masuk ke makmal sains di mana pelajar membuat ujikaji bersama dengan guru mereka..Menariknya, kajian mereka adalah tentang apa yang terjadi sekarang ni..Contohnya punca peningkatan penyakit denggi sekarang ni dan lemak yang ada dalam setiap makanan..Kagum dengan pelajar Seven Skies International ni kerana mereka telah diajar untuk berfikir di luar kotak..


Selain tu kak fink sempat ke kelas bahasa Inggeris dan bahasa Melayu..Baru perasan anak Dato Aliff Syukri ada dalam kelas bahasa Melayu ni..Mengikut guru yang mengajar, pelajar bukan hanya belajar di dalam kelas sahaja tetapi mereka akan di bawa ke persekitaran sekolah untuk melihat sendiri apa yang mereka belajar di dalam kelas tadi..Maknanya macam guru memberi ilmu bukan hanya semata apa yang ada dalam buku sahaja tapi diberi contoh dengan melihat sendiri dengan mata mereka..Baru lah senang pelajar nak relate dengan apa yang diajar tadi..Menarik kan?


Macam kelas Matematik, selalunya guru akan mempraktikkan proses pembelajaran menerusi kuiz dan permainan untuk menarik minat pelajar..Macam kak fink memang mengaku tak suka subjek Matematik dulu tapi bila tengok guru di Seven Skies International ni buat games dengan Math, terus rasa seronok budak budak ni nak siapkan tugasan mereka..Setiap kumpulan  yang berjaya siapkan tugasan yang diberi dengan betul dan cepat akan mendapat markah yang akan di tulis di papan putih..Secara tak langsung, ianya menggalakkan pelajar untuk bersaing secara sihat..


Selain tu, para pelajar juga didedahkan dengan kelas komputer untuk mempelajari tentang teknologi dan reka bentuk grafik 3D..Wooowwww kagumnyaaa..Bukan ni subjek kalau kita ke universiti ke hukhuk..Mereka dah belajar ok..Kak fink kongsikan dengan korang semua hasil cetak 3D yang di hasilkan oleh pelajar pelajar SSI..Hebat sangat ni..



Dekat Seven Skies International ni juga ada disediakan tadika tau..Di sinilah anak anak kecil boleh Play, Explore and Learn..Anak anak kak fink sempat merasai proses pembelajaran di tadika SSI ni..Antara prinsip pembelajaran yang diterapkan di tadika SSI ini adalah:
  • Pelajar digalakkan untuk mengekspresikan apa yang mereka dengar dan lihat untuk membina tahap keyakinan bertutur pelbagai bahasa.
  • Pelajar di ajar untuk menggunakan peralatan yang betul, makan makanan yang sihat, aktif dalam bermain untuk meningkatkan motor skills mereka.
  • Pelajar diajar untuk berkongsi dan mengambil berat antara satu sama lain, membina persahabatan, bermain, berkelakuan baik, solat di awal waktu, membina persekitaran yang positif dan menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang Muslim.
  • Pelajar akan diajar untuk memperbaiki proses membaca dan menulis dalam pelbagai bahasa terutamanya dalam bahasa Inggeris.
  • Pelajar didedahkan dengan proses kemahiran menyelesaikan masalah dan juga membina bentuk 2D & 3D di dalam proses pembelajaran mereka.
  • Pelajar didedahkan dengan KUW (Knowledge & Understanding of the World) di mana mereka akan didedahkan tentang isu isu semasa yang terjadi sekarang ni
  • Pelajar juga akan diajar untuk menggunakan kemahiran seni dalam membina bentuk 2D kepada bentuk 3D dengan menggunakan imaginasi mereka.

Apa yang kak fink boleh kongsikan pada korang memang sepanjang proses pembelajaran di sini guru akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan pelajar walaupun pelajar bertanya dalam bahasa Melayu..Menurut guru, mereka akan dilatih untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebab lama kelamaan nanti pelajar itu sendiri akan fasih untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris..

Mengagumkan kak fink, balik tu kembar boleh cakap "Mama, abang chik baking" ..Wahhh speaking terus anak akak ok hahahaha..Walaupun 2 jam je di sana tapi memang nampak mereka tunjukkan perubahan dalam berkomunikasi..Korang bayangkan kalau bertahun tahun di sana..Kak fink memang tak dibenarkan untuk duduk sekali dengan anak..Hanya tengok dari jauh jer..


Even pergi cuci tangan ke, makan ke..baking pun buat sendiri dengan bantuan dan pantauan dari guru di situ..Tak sangka mereka mampu berdikari walaupun masih kecil lagi..Mampu berkawan dengan kawan kawan walaupun pertama kali jumpa..Keyakinan yang tinggi memang nampak dilihat sebab dari awal lagi mereka dah dilatih untuk itu..


Hari tu juga mereka diberi peluang untuk baking muffin..Menarikkan? Sedapppp pula tu muffin tu huhuhu..Thanks teacher sebab beri peluang pada anak anak kak fink merasai keseronokan belajar di sini..Kebanyakan guru di sini adalah dari luar negara..Ada juga dari Malaysia tapi yang menariknya pelajar pelajar di sini, 80% adalah dari anak anak dari Malaysia..

Seawal umur 3 tahun ke 5 tahun korang boleh masukkan anak untuk tadika di SSI ni..Untuk 5 tahun ke 11 tahun pelajar akan berada di sekolah rendah SSI..Manakala untuk umur 11 tahun ke 16 tahun, pelajar akan berada di sekolah menengah SSI..Korang boleh lah nanti bawa anak anak dan walk in di SSI untuk tengok sendiri proses pembelajaran yang dijalankan di sini..


Selain tu kan, di SSI ni ada menyediakan swimming pool dan badminton court untuk pelajar bersukan..Bila tiba cuti sekolah, pelajar pelajar akan menghadiri boot camps seperti bengkel bengkel Matematik dan Sains, menjalani aktiviti yang mencabar ketakutan pelajar dari fobia ketinggian, air dan sebagainya..Bukan hanya pelajar jer yang akan menghadiri camp ni tapi guru guru dan ibu bapa juga akan disediakan kelas kelas dan bengkel bengkel yang mampu memberi ilmu ilmu daripada penceramah yang dijemput oleh pihak SSI..

Sebagai seorang ibu, jika diberikan peluang dan rezeki memang kak fink nak pilih sekolah macam ni sebab walaupun sekolah ni international school tapi mereka memang menerapkan nilai Islamic pada para pelajar...Siapa tak nak yang terbaik untuk anak anak kan? Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh lah refer details yang kak fink kongsikan di bawah ni ya:

Seven Skies International School
Alamat:  
No 6 & 7, Lorong Teknologi C, Taman Sains Selangor 1, 
PJU 5. 47810 Petaling Jaya 

Instagram: @sevenskieskl

dari segi keselesaan memang tak dapat dinafikan lagi bila anak anak belajar di SSI



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. terselit muka mikhail hahhahaaa...
    bagus la sekolah ni kak.. teringin gak nak hantar mikhail ke sini, tapi lokasi jauh sangat dari rumah.. berangan jer la dulu kan..hihi

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!