Followers

Anmum Essential: Susu Tepung Rumusan untuk Kanak Kanak Tanpa Gula Tambahan

8:30:00 AM

Pernah tak korang titik beratkan setiap pengambilan gula yang terkandung di dalam makanan atau minuman untuk anak anak? Kadang kadang kita tak sedar sebenarnya makanan dan minuman yang diberikan pada anak mempunyai kandungan gula yang melebihi sukatan yang diperlukan dalam badan anak kita..Gula tambahan ni wujud dalam minuman, bijirin bergula, gula gula, kek, biskut, sos, buah buahan kering dan buah buahan di dalam tin..


Kandungan gula tambahan ni juga boleh di dapati dalam susu yang diminum oleh anak kita..Gula tambahan juga boleh dikenali dengan nama gula perang, pepejal sirap jagung, dekstrosa, fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, maltodekstrin dan gula putih..Untuk pengetahuan korang, gula tambahan adalah gula dan sirap yang telah ditambahkan dalam makanan atau minuman semasa pemprosesan dan penyediaannya..Lepas ni hati hati tau bila nampak nama nama gula tambahan yang dah kak fink kongsikan ni supaya anak anak kita tidak terlebih gula dalam badan..


Sekiranya berlebihan sukatannya, ia akan mendatangkan kesan tidak baik pada tubuh badan anak kita..Antaranya ia mampu meningkatkan risiko obesiti, mempengaruhi deria rasa di mana anak akan lebih cenderung kepada makanan dan minuman yang manis serta ianya akan meningkatkan risiko karies gigi..


Untuk pengetahuan korang, kanak kanak yang berumur 2 - 6 tahun tidak seharusnya mengambil lebih daripada 3 sudu teh gula setiap hari..Bagi yang tidak pasti macam mana nak memastikan susu yang kita ambil tu ada kandungan gula tambahan atau tidak..Di sini kak fink kongsikan 2 langkah mudah untuk menyemak gula tambahan yang ada di dalam makanan atau minuman..


Langkah Pertama:
Sila lihat di bahagian bahan bahan ataupun ramuan yang ada di label susu tersebut..Biasanya ada diletakkan di bahagian tepi atau belakang pembungkusan sesuatu susu itu..



Langkah Kedua:
Macam yang kak fink terangkan di atas, pastikan nama nama gula tambahan seperti gula perang, pepejal sirap jagung, dekstrosa, fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, maltodekstrin dan gula putih tiada dalam susu anak anak kita..Untuk kepastian, kak fink sendiri dah semak kandungan untuk susu Anmum Essential merupakan susu tepung rumusan untuk kanak kanak yang memang tiada gula tambahan!



Susu merupakan salah satu minuman berkhasiat yang diperlukan oleh badan anak kita tetapi sesetengah susu mempunyai kandungan gula tambahan yang langsung tidak diperlukan oleh anak kita..Laktosa merupakan sejenis gula semulajadi yang diperlukan oleh anak..Namun sekiranya korang terlihat Laktosa di dalam label produk susu tersebut, ia adalah gula yang telah ditambahkan dalam produk tersebut..


Di sini kak fink kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan pengambilan gula:
1. Pilih produk "Rendah Gula", "Tanpa Gula" ataupun "Tanpa Gula Tambahan"


2. Gantikan gula tambahan dalam makanan anak dengan buah buahan, sayuran dan bijirin penuh.
3. Menjadi contoh kepada anak dengan mengamalkan pengambilan rendah gula untuk seisi keluarga


Kak fink juga terima No Sugar Added Investigation Kit daripada Anmum dengan kanta pembesar untuk menggalakkan para ibu bapa akan lebih prihatin untuk melihat secara lebih dekat pada label makanan sebelum membeli selepas ini..Comel kan? Lepas ni boleh lah kak fink letakkan di dalam bag sentiasa..


Kak fink kongsikan sekali video untuk korang lihat bagaimana dengan Anmum Essential bukan hanya anak anak boleh mendapatkan khasiat seperti GA dan DHA yang diperlukan oleh anak anak tetapi juga tanpa gula tambahan..


lepas ni ibu ibu semua kena periksa dulu label bahan pada susu anak ya..
kalau ada gula tambahan, kita cuba elakkan untuk kebaikan anak..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bagus pengetahuan mcm ni.. dah diberi pengetahuan, nak ikut atau tak terpulang ye tak?

    ReplyDelete
  2. Anak sy minum lactogen..lactogen ada dak?cuma sy cek.dia ada laktosa..adakah dia tergolong dlm kumpulan gula tmbhan juga?

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!