Followers

Buku Disney Edisi Bahasa Melayu Terbitan Advantage Quest: Dapatkan sekarang dan berpeluang bercuti ke Disneyland Hong Kong

6:08:00 PM

Hi mommies..Kak fink ada berita best nak kongsikan dengan korang semua..Sekarang ni, Buku Disney edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest Sdn Bhd dah ada di pasaran..Kak fink sendiri dah bagi pada 4 hulubalang tu..Kemain suka budak budak ni..Maklumlah dalam bahasa melayu, laju jer baca..Kalau boleh nak habiskan buku tu dalam masa satu hari..


Ni antara buku buku Disney edisi bahasa melayu yang kak fink dah bagi pada anak anak kak fink..Percayalah bukan hanya buku cerita dia jer yang menarik dengan gambar gambar yang comel tapi buku Disney ni juga ada buku mewarna dan buku aktiviti yang anak anak korang boleh buat latihan..Sambil sambil tu boleh belajar dengan cara yang menyeronokkan..


Yang di bawah ni antara kesukaan dan kegemaran abang long dan abang ngah..Mana tak nya, Avengers dan Spiderman..Semua super heroes idaman hati..Buku ni macam bag tau..Lepas dah siap guna boleh simpan balik dan pegang macam bag tu..Korang boleh refer gambar atas..Dalam ni ada banyak stickers..Anak anak akan padankan stickers yang betul dengan dengan gambar yang diberi..Fun sangat aktiviti ni..


Abang ngah tengah cari dan padankan gambar yang betul dengan stickers yang diberi..Duduk seharian buat benda ni sampai tak kisah nak tengok TV..Kalau tak, berebut dengan mama jer remote TV tu hahahaha..Bagus bagus..Sekurang kurangnya dia ada aktviti yang menguji minda dan boleh buat abang ngah berfikir kan..Tak membuang masa macam tu jer..



Buku cerita terbitan Advantage Quest Sdn Bhd memang menyeronokkan tau..Sebab penuh dengan gambar dan warna warni..Budak budak kan senang tertarik pada warna..So kalau korang nak cari buku cerita, cepat cepat dapatkan di kedai buku Popular seluruh Malaysia..Yang lagi buat kak fink suka bila buku tu hard cover..Susah sikit nak rosakkan..



Setiap muka surat buku cerita seperti gambar di atas dan di bawah ni..Menarik tak? Anak kak fink tengok gambar dulu baru baca cerita tu hahahaaha sebab gambar dia terlampau comel..Memang kena dengan jiwa kanak kanak..Kembar yang tak tahu membaca tu pun, suka sangat dengan buku buku ni..Mama lah kena baca kan untuk dia berdua...



Ni antara buku buku aktiviti dan buku mewarna yang ada untuk korang dapatkan di pasaran ya..Sebenarnya banyak lagi tau..Ni yang kak fink rasa sesuai untuk anak anak kak fink yang lelaki tu..Kalau kata anak korang perempuan, ada Frozen dan buku buku princess untuk dibeli ya..Nasib lah anak kita lelaki jer wak..Kalau ada perempuan, sawan mak nak pilih nanti..Semua pun nak hahahaha..


Hujung minggu, kak fink suka bawa diaorang ke luar buat aktiviti macam ni..Sambil sambil ambil angin luar, sambil tu boleh ada bonding time dengan anak kan? Sebekas pensil warna kak fink bawa untuk anak anak mewarna tau..Ada juga buku mewarna yang menyediakan crayon untuk anak anak gunakan..Tapi sebab anak kak fink 4 orang, nahhh mama bawa sebekas..Jangan bergaduh..Boleh mewarna dengan aman..Gituuu..


Suka betul kembar haaaa...Senyap dapat mewarna..Anak anak kak fink memang cepat tertarik pada warna..Bila tengok warna, diaorang macam bersemangat dan automatik tukar mood kepada mood yang baik..Tak pasti anak korang macam mana..Tapi percayalah aku beli pensil warna sebulan sekali hahahaha..Janji dia warna dekat buku, bukan dekat dinding..Mak pun senang hati!


Selain tu, buku Disney terbitan Advantage Quest Sdn Bhd ni juga ada Ensiklopedia tau..Ni favourite mama! Eh mama pun kena ada yang favourite juga..Sebab dengan Ensiklopedia ni, macam macam anak boleh belajar..Kadang kadang ada benda yang kita tak dapat nak terangkan dengan anak..Haaa tunjuk jer Ensiklopedia ni..


Macam abang long dia suka sangat dengan sains..So buku ni antara buku yang dia boleh buat rujukan..Tak membosankan sebab penerangannya pendek dan padat! Kalau korang ada anak anak yang dah bersekolah, kena ada satu tau buku ni..Tebal juga Ensiklopedia ni..Banyak sangat fakta ringkas yang mampu buat kita faham dengan mudah..


Di dalam Ensiklopedia ni, dibahagikan kepada beberapa bahagian tau..Siap dengan warna yang berbeza untuk senang korang nak cari nanti..Yang kak fink suka, penjelasannya ringkas beserta dengan gambar..Lebih jelas dan lebih mudah untuk anak anak kita memahaminya..Ensiklopedia ni wajib ada di rumah ya mommies..


Yang ni pula, anak anak boleh uji minda dengan mencari barang barang tersembunyi seperti yang diminta..Menarik kan? Berebut rebut anak kak fink nak cari hahahahaha..Aktiviti macam ni boleh buat anak anak lebih fokus dengan arahan yang diberikan..Buku ni pun hard cover tau..


Untuk mommies yang berminat boleh dapatkan sekarang di kedai kedai buku Popular seluruh Malaysia. Sekarang ni ada peraduan dari Popular. Dengan setiap pembelian RM50.00 buku buku Disney, korang boleh menyertai peraduan yang dianjurkan. Nak tahu hadiahnya apa? Hadiahnya Percutian ke Disneyland Hong Kong uols..Menarikkkk sangattt ni! Borang borang boleh di dapati di cawangan kedai buku Popular seluruh Malaysia ya..Cepat pergi Popular sekarang sebelum borang hehabisan..


Waktu hujung minggu macam ni lah kak fink manfaat kan segalanya..Jom tengok video di bawah ni untuk gambaran sebenar aktiviti yang boleh dilakukan bersama buku buku Disney edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest ni..Masing masing fokus betul buat aktiviti mengikut buku yang dipilih..

Jujur kak fink cakap, ini lah bonding time yang korang buat dengan anak anak masa hujung minggu..Melihat mereka tersenyum dan seronok dah cukup puas untuk kak fink sebagai seorang ibu..Hari mereka bersekolah memang kita susah nak curi masa kan..Yer la macam abang long, balik sekolah pun dah nak dekat malam..


Jujur kak fink cakap, ini lah bonding time yang korang buat dengan anak anak masa hujung minggu..Melihat mereka tersenyum dan seronok dah cukup puas untuk kak fink sebagai seorang ibu..Hari bersekolah memang susah nak curi  masa kan..Yer la macam abang long, balik sekolah pun dah nak dekat malam. Hujung minggu jer ada quality time macam ni.


cari tau buku buku Disney ni..memang menarik sangat!
sambil membeli, mana tahu boleh menang percutian ke Hong Kong Disneyland



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bestnya..ala tunggu fariza besar la

    ReplyDelete
  2. bestnya... mcm nak cari je.. bape satu set tu diya?

    manisnya senyuman abg ngah..

    ReplyDelete
  3. Jangankan budak kicik, aku pun mesti happy jika diberi buku itu. Seronok :)

    omnduut.com

    ReplyDelete
  4. Comelnya! Seronok baca lepas tu seronok tengok gambar-gambar anak kak diya yang sporting. Hee

    ReplyDelete
  5. Lovely post and a great bonding time together

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!