Followers

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016 meriah dengan warna PINK!

4:39:00 PM

Seawal pagi pada 9 Oktober 2016 iaitu pada ahad lepas, kak fink dah terpacak di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning untuk sama sama menyertai Shokubutsu Be My Reason Shower Run. Tak sangka, walaupun seawal pagi tapi dah ramai peserta larian ini telah memenuhi The Arc, Bandar Rimbayu untuk sama sama memberikan sokongan kepada Pinktober iaitu Bulan Kesedaran Kanser..

Seramai 1500 peserta telah mendaftarkan diri untuk sama sama memeriahkan shower run ini. Penuh kawasan Bandar Rimbayu dengan warna Pink! My favourite color! Untuk pengetahuan semua, larian ini dianjurkan oleh Shokubutsu Malaysia dengan sokongan daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM)

Pelakon terkenal, Beto Khusyairi dan isterinya Tisha turut serta dalam larian ini. Tisha yang suatu ketika dulu juga mempunyai ketulan di bahagian payudara ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujur keadaan Tisha tidak membimbangkan dan mendapat sokongan yang kuat daripada suaminya, Beto Khusyairi.


Sesampainya kak fink di kawasan The Arc, Bandar Rimbayu ni..Kami para media terus mendaftarkan diri sebelum acara memanaskan badan dimulakan..Terima kasih Susu dan Debbie yang sudi menjemput kami untuk sama sama membantu dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa membuat pemeriksaan ketika mandi setiap hari..Langkah awal boleh membantu seseorang daripada perkara yang tidak diingini terjadi dan merebak.


Kami mulakan pagi tersebut dengan aktiviti memanaskan badan bersenam robik sebelum bermulanya larian 5 kilometer. Seronok pagi pagi bila dapat berjoget macam ni ramai ramai keluarkan peluh..Walaupun step kami ni kadang kadang terlari sikit daripada step yang sepatutnya hahahahaha..Janji kita happy kan..


Semua muka senyummm jer walaupun masing masing kena bangun seawal pagi untuk shower run ni..Seronok tau bila ramai ramai dapat senyum, dapat bersenam robik sama sama dan memulakan pagi cuti hujung minggu dengan satu aktiviti yang sihat..Tak kira usia, tak kira bangsa dan tak kira siapa pun kita, masing masing berjaya habiskan larian 5 kilometer dengan jayanya..


Amboiiii siapa tu sambil lari pun sempat buat peace hahahaha....Semangat betul masing masing berlari..Kuat betul stamina diaorang..kak fink mengah nak lari..Tapi kak fink jalan laju laju..Gituuuu...Walaupun berjalan tetap berpeluh ya..5 kilometer itu tak dekat..Memang perlukan mental yang kuat hahahaha..


Ni bukti kami dah sampai separuh jalan..Sempat berhenti untuk ambil gambar ramai ramai..Kiteorang tak skip lari ok hahahaha.. Gigih sangat..Masing masing dah kepenatan tapi percayalah semua bersemangat nak habiskan larian walaupun lambat. Tak pe, janji habiskan! Semangat tu perlu dipuji..Nasib baik kak fink mampu habiskan 5 kilometer dengan jayanya walaupun lewat daripada orang lain hihi..


Bila dah sampai ke garisan penat..Kiteorang kena melalui laluan mandi ini untuk segarkan badan..Ramai betul yang patah balik semata mata untuk nak mandi bawah ni hahahahahaha..Excited nampaknya masing masing bila nampak air ni..Mana tak nya, bila badan dah berpeluh peluh, dapat pula kena air pasti menyegarkan..


Selesai jer melalui laluan air tadi, kiteorang dah nampak dah belon besar menanti di finishing line hihi..Jujur kak fink cakap, belon ni lah yang masing masing tak sabar nak tengok..Bila nampak belon ni bermakna tamatlah larian 5 kilometer kami hahahaha..Yayyyy akhirnyaaaa...We did it! Keseronokan tu hanya mereka yang menghabiskan jer dapat merasanya..


Kami terus ke bahagian Goodies Bag and Redemption Area untuk mengambil barangan Shokubutsu dengan hanya menunjuk nombor bib yang ada pada baju..Meriaaaahhhh sangat goodies bag daripada Southern Lion..Yang seronoknya, semua peserta dapat walaupun lambat hahahahaha..Ingatkan dapat medal jer tapi tak sangka goodies bag tu pun dah banyak! Thank you Shokubutsu!


Selesai mengambil goodies bag dan medal, kiteorang terus simpan barang barang tadi ke dalam kereta. Nasib baik tempat letak kereta untuk media tak jauh sangat..Memang berdekatan khemah jer..Kalau tak pengsan juga nak angkat barang berat berat tu hahahaha..Maklum lah banyak juga barangannya..


Cantikkkkk takkkk medal Shokubutsu Be My Reason Shower Run pada tahun 2016 ni..So cuteeee! Berat dan yang pentingnya warna pink. Inilah pemangkin semangat untuk kami semua habiskan juga run kami hahahahaha..Bila rasa nak rehat sekejap jer, terbayang bayang medal ni..So tak jadi berhenti, teruskan berjalan walaupun kaki dah sakit masa tu..Orang tak pernah berlari jauh ye dak? Stamina tu kurang lah sikit hahahaha..Tapi kami enjoy sebab kawan kawan yang join semuanya sporting..


Walaupun dah penat, muka tu tak nampak penat kan..Masih mampu tersenyum..Memang fun run sangat..Rindu dengan diaorang ni..Kami gelak saja masa berjalan tu..Sebagai wakil wanita wanita yang ada di luar sana, kami menyeru semuanya untuk sentiasa membuat pemeriksaan di payu dara semasa mandi..Semudah 3 langkah iaitu Lift, Glide and Feel..



Selesai jer bersarapan dengan roti dan air, badan pun dah ada tenaga balik. Terus ramai ramai bergambar sebagai tanda kenangan..Keseluruhannya, Shower run yang dianjurkan oleh pihak Shokubutsu ni sangat menyeronokkan...Macam kak fink cakap di atas, ini adalah fun run yang patut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur..Percaya tau tak, golongon warga emas pun ada hari tu..Tabik! Gigih makcik pakcik tu berlari..


Cek bernilai RM25,000.00 juga disampaikan kepada Pusat Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di atas segala usaha murni NSCM dalam memberi kesedaran betapa pentingnya pemeriksaan payudara kepada masyarakat. Untuk makluman semua, wang ini diperolehi daripada RM10.00 yuran pendaftaran Be My Reason Shower Run dan juga sebanyak RM0.10 daripada hasil jualan produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu ini berjalan dari 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2016.


korang jangan lupa periksa sendiri payudara setiap kali mandi ya..
langkah awal boleh mengubah segalanya..mulakan hari ini!


You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Replies
    1. ahahahahahaha mencungap akak tapi semangat tetap ada nak habiskan..akhirnyaaaa 5km lepas!!!

      Delete
  2. huyooo. rajinnya hakak kita ni lari

    ReplyDelete
  3. yg penting ada peminat menunggu bagi support.. kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahaha ramai betul supporters kita kan dik bee..pagi dah tunggu bg semangat LOL

      Delete
  4. weeee.. bestnya lari-lari.. tapi lagi best dapat support kempen pink ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best moon..fun run sangat hihi..seronok bila tengok ramai ramai bersemangat sokong kempen ni

      Delete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!