Followers

Buffet Makanan Jepun di Gen Japanese Restaurant Sunway Putra Hotel hanya RM78.00 nett!

5:28:00 PM

Hari tu kak fink berpeluang mencuba Buffet Makanan Jepun pada waktu makan tengahari di Restoran Gen yang terletak di Tingkat 10, Sunway Putra Hotel. Kak fink sendiri tak menjangka di sini waktu makan tengahari agak meriah tau. Ramai juga orang yang suka makanan jepun rupanya. Boleh pilih sama ada korang nak duduk di bahagian bilik yang seperti kak fink duduk ni ataupun di bahagian luar di mana duduk dengan meja dan kerusi seperti biasa..

Kalau dalam bilik ni more privacy sikit lah. Mana lah tahu, korang nak buat birthday atau farewell celebration ke kan. Boleh lah pilih bilik ni. Macam kak fink yang ada anak anak ni, bilik ni memang sesuai sangat untuk anak anak rasa bebas sambil menikmati makanan. Yang lebih menarik, bila bilik ni berhadapan dengan taman jepun. Kalau korang nak duduk dalam bilik ni juga, kena buat reservation dulu ya.


Kami diperkenalkan dengan 5 Signature Menu yang ada untuk makanan tengahari oleh Gen Janapese Restaurant ni..Sesiapa peminat makanan jepun ni mesti menu menu ni menarik minat korang..Tapi bagi kak fink, di antara 5 menu ni kak fink suka haruslah Tempura dan Juicy Tori Teriyaki yang di bawah ni...Jom kak fink kongsikan satu per satu 5 signature menu yang ada di sini ya..

Japanese Salmon

Crunchy and Crispy Ebi Tempura

Juciy Tori Teriyaki

Classic Japanese Mackerel [Saba Shioyaki Grilled]

California Maki


Gambar di atas pula antara menu buffet yang ada untuk makanan tengahari yang boleh korang cuba..Untuk Buffet di sini kan, ada beberapa kaunter untuk korang pilih. Antaranya:
  • Sushi Bar: Sushi Roll, Sashimi dan Sushi Maki
  • Main Dish: Rice, Noodles, Chicken, Fish and Vegetable
  • Japanese Fried Items: Almond Prawn, Fried Wantan and Crabmeat Ball
  • Soup Counter: Miso Soup with Condiments
  • Dessert: Cakes, Fruits, Pastries, Jelly and Ice Cream

Pilihan kak fink antara banyak banyak kaunter yang disediakan adalah di kaunter Main Dish tu..Percayalah Yaki Udon dan Chicken Teriyaki dia sedap! Tapi untuk anak anak kak fink pula, diaorang paling suka dia bahagian Japanese Fried Items. Dekat situ jer tak tahu berapa kali ulang Crabmeat Balls tu..Sesiapa yang nak bawa anak anak untuk merasai buffet makanan jepun di sini, jangan risau ya sebab memang banyak menu yang anak korang akan suka..


Dessert tak payah cakap lah, tu yang diaorang nak makan dulu sebenarnya hahahaaha..Dessert dekat Sunway Putra Hotel ni memang terbaik sama ada di Gen Restaurant ataupun di Coffee House yang terletak di tingkat 9 tu pun terbaik juga..Dessert dari Sunway Putra Hotel ni memang tak boleh dipertikaikan lagi..Bukan sekali kak fink cuba tapi dah banyak kali juga tau..Korang kena cuba!


Kalau tadi tu Buffet kan. Yang dekat bawah ni, kak fink perkenalkan menu ala carte yang disajikan dalam bentuk BENTO..Bila korang ke Gen Restaurant, Sunway Putra Hotel ni korang boleh pilih nak makan buffet sahaja ataupun nak makan Bento. Dalam satu bekas Bento ni, macam macam ada..Kak fink rasa makan Bento pun dah mampu  kenyang sebab nasi Jepun kan daripada Sticky Rice. Sticky rice tu yang akan buat perut korang cepat kenyang sebenarnya..Harga Bento RM39.00 sahaja.


Tapi untuk kak fink, kak fink suka buffet sebenarnya sebab boleh makan dessert dan makan makanan jepun sampai puas hahahahaha..Bila buffet la sebenarnya kita boleh makan banyak mana pun kan..Bukan selalu kita boleh jumpa hidangan jepun yang sedap dan makan secara ulang ulang. Dekat buffet jer boleh buat macam tu hihi..Yang penting, anak anak memang enjoy makan Buffet Makanan Jepun di Gen Japanese Restaurant ni.


Gen Japanese Restaurant, Sunway Putra Hotel (10th Floor)
Weekday Lunch Buffet: RM78.00 nett (Adult) dan RM39.00 (Child)
Waktu: 12.00 pm sehingga 2.30 pm

Alamat: 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur [Berdepan PWTC]
Reservation Number: 03-4040 9888
Email: dinesph@sunwayhotels.com



anak anak kak fink paling suka Sunway Putra Hotel ni
layanan daripada semua staff tak pernah menghampakan!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!