Followers

Aktiviti menarik dalam Alam Flora Nature Camp 2016: The Wonder of Nature

6:16:00 PM

Pada 28 November hari tu, kak fink berkesempatan dan berpeluang sekali lagi untuk sama sama dalam satu program cuti sekolah dengan anak anak Alam Flora untuk Nature Camp 2016. Program ini melibatkan seramai 80 orang anak anak Alam Flora yang berumur 11 tahun sehingga 17 tahun. Bertepatan dengan tema The Wonder of Nature, program ini diadakan di Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16 Putrajaya..


Mereka ni semua terdiri daripada anak anak yang telah terpilih daripada ramai ramai yang menghantar penyertaan untuk menyertai Nature Camp 2016 pada tahun ni. Best nya dik, zaman sekarang macam macam aktiviti cuti sekolah diadakan kan? Dulu masa zaman kita tak de peluang macam ni..Mereka ni semua daripada Pahang, Putrajaya dan Kuala Lumpur


Sebenarnya kan kak fink pun baru tahu dalam Taman Warisan Pertanian ni ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Kalau tak join program ni, sampai sudah tak tahu tau..Besarrrr pula tu..Banyak dengan pokok buah buahan. Nak buah apa cakap jer..Satu hari nanti nak bawa juga lah anak anak ke sini..Dengar kata, kalau kena musim buah, boleh makan buah dekat sini secara santai santai di rumah kampung yang disediakan di atas..Menarikkknyaaaa laaa..


Anak anak Alam Flora yang terlibat ni telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang akan diberikan selama 2 hari program berlangsung..Ni memang betul betul dekat dengan alam tau..Mana tak nya, semua kena "Amazing Race" satu Taman Warisan Pertanian ni..Ada 4 check points yang perlu mereka lengkapkan iaitu:

1. Paddy Field
2. At Butter Fruit Tree
3. Viewing Deck
4. Rubber Plot


Haaa dekat sini siapa yang tak pernah rasa bagaimana masuk ke dalam lumpur untuk menanam padi tu, dekat sini semua dapat merasainya..Ingatkan diorang ni geli tapi rupanya kemain semua happy haaa hahahahaha..Seronok betuk diaorang dapat masuk dalam lumpur tu..Eh kalau kak fink pun teringin juga nak masuk sebab tak pernah rasa pengalaman menanam padi..Tapi ni untuk peserta je huhu..


Haaa ni lah rumah kampung yang kak fink cakapkan tadi tu..Syokk ooo lepak sini. Dikelilingi dengan pokok getah rumah ni.. Siap ada rumah asap untuk pengeringan getah depan rumah ni. Tak sangka dekat Putrajaya ada satu tempat yang sangat boleh memberi mood desa tu di sini..Sebab tu kak fink cakap, korang boleh la bawa anak anak datang sini..Nak nak kalau kena musim buah..Makan dekat sini jer wak..Yang rindu kampung tu, datang je sini ok..


Dekat sini kami belajar cara memproses getah secara tradisional. Macam mana atok nenek kita dulu bangun awal pagi nak menoreh, nak menggelek getah dan nak mengeringkan getah..Haaa di sini boleh rasa pengalaman tu..Semuanya guna kudrat manusia..Tak ada peralatan canggih pun..Tapi pengalaman ni memang menyeronokkan. Bukan hanya untuk peserta peserta tadi tapi untuk kak fink sendiri yang ber kad pengenalaan KL ni hahahaha..First time dapat noreh getah, seronokkkk ok!


Paling respect bila Nature Camp ni sendiri mendapat penglibatan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Zain Haji Hassan. Kita kagum wak dengan dia. Tak kisah pun berpanas. Tak kisah pun kotor kotor ni. Dato sendiri yang toreh getah..Dato sendiri yang menanam pokok. Sporting habis. Tengok muka pun tahu, Dato memang tak kisah dan seronok buat aktiviti macam ni..Alam Flora tak ada kerja kosong ke huuuuu..


Khusyuk haaa adik adik tengok abang tu gelek getah untuk proses menipiskan getah. Ingatkan sekali jer geleknya tapi 2 kali dekat mesin yang berasingan. Bertujuan untuk membuang air air getah tadi dan menipiskannya sebelum dimasukkan ke dalam Rumah Asap untuk pengeringan..Mula mula ingatkan mesin gelek tu sama jer tapi rupanya lain..


Selepas digelek dan menjadi nipis, getah tadi perlu direndamkan dengan air biasa selama 1 malam untuk proses membuangkan asid yang digunakan tadi. Bila getah dah bersih, barulah akan dimasukkan dalam Rumah Asap. Nampak macam mudah tapi orang cakap renyah kan..Banyak langkah yang memakan masa dan hari juga..




Ni haaa suasana dalam Rumah Asap tadi..Memang berasap asap. Pembakaran ni menggunakan kayu getah yang telah tak digunakan lagi. Haa di sinilah proses 3R diterapkan dalam proses pengeringan getah. Recycle and Reuse balik kayu kayu tadi untuk prooses pengeringan getah.


Aktiviti ni paling menarik bila anak anak ni diperkenalkan dengan permainan tradisional dulu dulu. Lastik guna buah getah. Wahh kemain ekspresi tu ya dik. Suka ke apa ni hahahahaha. Ni kalau abang long tengok ni, mesti nak buat juga. Mana lah budak budak sekarang kenal dengan permainan ni kan. Sekarang ni semua sibuk dengan gajet. Tapi di sini lah mereka belajar segalanya..Kalau tak de program ni, semua pun tak kenal biji getah tu apa kan..


Tengoklah haaa Dato sendiri yang tanam dan demo pada peserta peserta tadi. Telefon bunyi pun tak angkat ok hahahaha..Bagusnya Dato..Fokus dan komited betul dengan tugasan hari tu. Ni adalah salah satu aktiviti yang akan dilakukan sendiri oleh peserta peserta Nature Camp 2016 iaitu aktiviti menanam pokok herba. 1 pokok untuk 1 peserta. Semua kena buat! Tak boleh ngelat tau..


Di sini mereka bukan hanya perlu menanam pokok tadi tapi belajar juga tentang khasiat dan kebaikan yang ada pada setiap pokok herba tersebut. Ada pokok yang boleh mengelakkan kanser, mengurangkan berat badan dan mengurangkan kolestrol. Eh banyak sebenarnya kalau nak senaraikan. Yang pasti setiap pokok yang ditanam itu mempunyai kebaikan tersendiri jika diamalkan.


Selesai jer makan tengah hari dan solat zohor, semua bergerak ke Sky Rides Festival Park. Dekat sini aktiviti yang diadakan menuntut keberanian Alam Flora tadi untuk menghabiskan setiap check point. Di sini mereka perlu selesaikan cabaran "Sky Warrior" seperti:
1. Chelik Falls
2. Ulu Sepat Clasp
3. Marudi Crossing
4. Kinabalu Ferrata
5. Langkawi Walk
6. Kinabatangan Swing
7. Cameron Web
8. Danum Valley


Tapi sebelum tu, semua kena lah panaskan badan dulu. Mula mula kan kak fink ingat ada yang tak berani nak selesaikan tugasan Sky Warrior ni tapi silap. Semua tak sabar nak cuba. Tengok tu, perempuan pun sama sama nak selesaikan cabaran ni. Kalau diaorang tak berjaya lepas cabaran ni, bawah tu ada air. Tak sakit pun sebab akan jatuh dalam air. Tu yang masing masing teruja tu..


Nah kak fink kongsikan video demostrasi yang dilakukan oleh staff dari Sky Rides Festival Park ni. Dah macam ninja tengok gaya dia lepas setiap cabaran tu..Apa hebat sangat ni huhu..Tengok macam senang tapi bila dah berdiri dekat atas tu, tak mudah tau. Seram juga la hahahaha..Tapi salute la dengan adik adik ni sebab berani untuk mencuba!


Hari pertama berakhir di Sky Rides Festival Park dan semua peserta akan bermalam di Hotel Dorsett Putrajaya. Malam tu mereka makan malam di Putrajaya International Convention (PICC) untuk merasai Magical Night in Putrajaya. Hari kedua bermula esoknya dengan berada kembali di Laman Warisan untuk aktiviti DIY "TIE DYE TISSUE"


Khusyuknya abang Faizal ajar adik adik buat TIE DYE TISSUE ni hikhik. Abang Faizal ni memang tangan berseni sikit. Maka nya memang tak hairan kalau aktiviti ni, dia yang jadi cikgunya hahahaha..Walaupun ni pengalaman pertama untuk kebanyakan pada mereka ni tapi tengok lah hasilnya..Boleh tahan juga tau..Hebat hebat juga anak anak Alam Flora ni..


Dan Nature Camp 2016 ini berakhir dengan persembahan War Cry oleh setiap kumpulan. War Cry ni bukan suka suka jer tau. Ada penilaian markah akan diberikan oleh juri. Selesai semuanya, majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Alam Flora, Encik Azman Shawal


Tahniah Alam Flora kerana berjaya mengadakan Nature Camp 2016: The Wonder of Nature ni. Program yang sarat dengan aktiviti menyemai dan memupuk sikap mencintai alam sekitar, mendidik para peserta berinteraksi sesama rakan sebaya dan beriadah di luar rumah tanpa menumpukan pada gajet..


Moga usaha Alam Flora dalam memberikan kesedaran kepada generasi muda ini tentang kebersihan khususnya 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dapat dicontohi oleh organisasi lain kerana anak anak ini lah yang akan mewarisi alam di masa hadapan. Bukan hanya peserta jer belajar menghargai kehidupan dalam program ni tapi rasanya kami dari pihak media dan kakitangan Alam Flora juga mempelajari sesuatu yang sangat bermanfaat.

tahniah sekali Alam Flora..moga program ini sentiasa berterusan.



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Hi Diya...wah..bestnya program Alamflora ni..kalau dpt join lagi best...Dato' Zain mmg best..very humble..dan kalau nak tau dia la adik kepada Dato'Jalaludin Hassan...suara dia pun romantik kan...

    ReplyDelete
  2. kita suka aktiviti macam nih.. bdw. kita baru follow.. hihi.. maap. kita blogger baru. kih3

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!