Followers

Menu menarik yang terdapat di Restoran Malgudi Petaling Jaya

8:07:00 AM

Ada tak yang dekat sini memang suka kan menu makanan asli dari India? Nak makan nasi briyani yang betul betul rasa umphh dengan cukup rempah ratusnya? Makanan india kalau tak cukup rempah ratus memang bukan makanan india lah kan..Sekarang ni tak perlu pun pergi jauh jauh sampai sana..Hanya terletak di Petaling Jaya, korang dah boleh rasai suasana dan menu India yang menjadi kegemaran selama ni..


Kak fink sempat cuba beberapa menu hari tu antaranya Mutton Briyani dan Kanava 65. Mutton Briyani tu memang lembuttttnyaaaa la kambing dia..Kalau makan macam tu pun dah sedap dah..Tak perlu kuah pun dah ok. Tapi Mutton Briyani ni akan dihidangkan juga bersama dengan Raita. Raita ni sejenis yogurt yang dicampurkan sekali bersama bawang bertujuan untuk mengurangkan rasa pedas. Tapi tak pedas mana pun. Untuk kak fink, rasa tu memang kena dengan tekak melayu i ni haaaa..

Lagi satu yang Kanava 65 ialah sotong goreng tapi sotong tu sendiri telah diperap bersama tepung khas Malgudi..Yang ni memang sedap..Makan macam tu jer tak sedar dah habis. Tak cukup sebenarnya 1 pinggan tu hahahaha..Lembuttttt dan rangup! Antara menu yang korang kena cuba bila ke Malgudi ya..


Menu lain yang dicuba adalah Bhindi Masala, Chettinad Meen Kulambu dan juga Steam Ponni Rice. Ok kak fink mulakan dengan menu dari atas ya iaitu Bhindi Masala. Bhindi Masala ni, bendi yang dimasak dengan special masala..Kira macma kari bendi la tapi rempah ratus tu yang membuatkan kari tu lain..Yang Chettinad Meen Kulambu tu pula, masakan tradisional daripada Selatan India. Yang ni daripada ikan. Dimasak pekat pekat untuk memberikan rasa sebenar masakan masyarakat India di sana..


Yang ni pula Sup Ketam. Masa kak fink sampai hari tu, menu ni lah menu pertama yang kak fink cuba. Sedappppp! Nampak macam simple tapi rempah yang mereka gunakan dalam sup tu memang terasa..Setakat mangkuk kecil tu memang tak sedar lah korang hirup. Kalau tengah demam demam, makan sup ketam ni memang boleh naikkan selera..


Yang ni macam biasalah, tak kan korang tak kenal kan hahahaha..Roti nan yang rasanya ramai juga yang suka kan..Untuk kak fink, roti nan dia sama jer macam korang makan di tempat lain. Tapi kalau menu menu di atas yang kak fink kongsikan tadi memang sedap.Lain dari tempat lain yang memang korang kena cuba..


Yang ni pelik sikit rasa dia..Pernah minum Salted Lassi? Huwaaaa kita first time rasa ni. Tujuannya untuk mengurangkan kepanasan badan. Dibuat daripada yogurt dan dicampurkan dengan garam. Itu yang kak fink tak boleh telan sebab rasa masin tu kaw sangat..Mungkin sebab tak biasa kan..Rasa macam pelik bila minum yogurt dengan rasa yang masin.


Lepas ni kalau nak repeat, pastinya menu Mutton Briyani dan Kanava 65 tu yang menjadi pilihan. Antara favourite menu kak fink dan anak anak bila makan di sini..Restoran Malgudi ni juga korang boleh buat order melalui Food Panda tau..Mana lah tahu, malas nak keluar rumah kan..Call jer Food Panda dan boleh nikmatinya di rumah..Lebih senang kan..


Tapi kalau korang nak rasa suasana dengan interior yang memang membangkitkan mood dari India, haaa terus jer lah datang dan makan di situ..Ikutlah mana yang suka ok..Tu jer antara beberapa menu yang kak fink boleh kongsikan dengan korang..Ramai juga makan dekat sini..Yer la makanan dari India ni memang ramai peminatnya kan..


Restoran Malgudi Petaling Jaya
Alamat: 17, Lorong Universiti C, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7931 2556

landmark dia dekat dekat dengan UM dan belakang Phileo Damansara
selamat mencuba!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!