Followers

Keseronokkan tengok wayang secara PERCUMA bersama dengan Fox Movies Awesome Weekend

1:31:00 PM

26 November hari tu, kak fink sempat ke Setia City Park, Shah Alam untuk sama sama tengok wayang di bawah bintang bintang secara percumaaaaa jer! Rasanya dah banyak poster tentang Fox Movies Awesome Weekend yang kak fink kongsikan di Instagram dan Facebook sebelum tarikh tu..Nasib lah ada kawan cakap, kalau nak pergi sana boleh park dalam Setia City Mall jer.


Itu pun lama juga pusing nak cari parking..Penuhhh! Last sekali kami dapat park kereta di roof top..Yayy akhirnya ada juga parking hihi..Sebenarnya boleh jer parking dekat Car Park A tu tapi sebab ni pertama kali kak fink ke sini. So tak biasa dengan kawasan ni. Bila kawan cakap dalam mall pun boleh. Ok lah senang dalam mall tak takut sangat kan kalau balik tengah malam hihi..


Rezeki kak fink dapat Exclusive VIP Pass untuk menyaksikan cerita Rio dan Avatar malam tu. Tapi kalau korang tak dapat VIP Pass pun, still boleh masuk dan tengok movie secara percuma ya. Cuma nya VIP Pass dapat duduk betul betul depan screen tu tau..Thanks Fox Movies for having us. Lebih menarik, kiteorang siap dapat movie kits dan air cushion untuk kita tengok movie dengan selesanya..



Dekat sana, bukan semata mata korang boleh tengok movie je tau. Tapi macam macam aktiviti disediakan untuk korang bermain dan beli dengan harga yang murah daripada pasaran. Ada 4 area yang telah dibahagikan iaitu Family Zone, Action Zone, Movie Zone dan Food Truck Area

Zorb Family Zone

  • Bungee Run
  • Obstacle Course
  • Character Face Painting
  • Giant Bubbles
  • Photo Booth
  • Carnival Games
  • Dutch Lady Activation Zone
  • Ferrero’s Kinder Booth
Action Zone

  • Ball
  • Gladiator Arena Inflatable
  • Assassins’ Creed VR Experience
F&B Zone (Food Trucks)

Movie Zone

  • Day 1 @ 26 Nov - Rio (8pm) and Avatar (10pm)
  • Day 2 @ 27 Nov - Kung Fu Panda 3 (8pm) and Kingsman: The Secret Service (10pm)
 

Antara penaja yang turut serta dalam Fox Movies Awesome Weekend ni adalah Dutch Lady. Dari jauh memang boleh nampak booth Dutch Lady ni..Boleh main giant bubbles dekat sini. Tapi disebabkan dah malam, orang lebih fokus kepada movie yang ditayangkan hikhik. Tak de siapa nak main dah time. Kak fink saja pergi malam sebab nak tengok sampai midnight. Sejuk sikit kan. Maklum bawa anak kalau panas panas, sekejap jer boleh duduk situ..


Ada bahagian untuk korang rasa kesedapan susu Dutch Lady di booth tu. Abang long memang suka susu Dutch Lady..Dia tak lepaskan peluang lah bila dapat minum susu tu secara percuma huhu..Ramai juga orang beratur semata mata nak sejukkan tekak dengan susu Dutch Lady. Boleh pilih nak perisa original ataupun coklat..


Lagi best bila korang beli susu dan dapat redeem bag pack ni. Menarik ke tidak? Dekat luar tak dapat tawaran macam ni tau. Memang ramai lah beli susu Dutch Lady malam tu. Dengan setiap pembelian susu Dutch Lady tadi, korang juga berpeluang untuk main games yang disediakan dan menang hadiah..


Inilah salah satu games yang korang dapat main di booth Dutch lady. Bukan budak budak jer suka, tapi orang dewasa pun ramai nak main permainan ni huhu..Umpama korang main basketball lah dekat sini..Dah malam pun masih ramai yang beratur untuk bermain. Tapi dengan syarat, korang kena beli mana mana produk Dutch Lady yang dijual di situ..


Salah satu penaja juga untuk Fox Movies Awesome Weekend iaitu Ferrero's Kinder. Dekat sini memang tak putus orang nak main angry birds ni hahahaha..Tapi korang diberi peluang untuk 3 kali baling jer. Kalau tak dapat jatuhkan mana mana angry birds tu, kira korang tersingkir dan tak dapat memenangi hadiah daripada Kinder Bueno. Nampak senang tau tapi susah juga nak bagi jatuh angry birds tu..


Kalau tengok movie mestilah ada makan makan dan minum minum kan..Nasib baik lah ada Food Trucks Area yang disediakan di seberang jalan tu. Sempatlah beli burger dan air untuk makan sambil tengok movie..Santai malam minggu sangat ni..Nasib baik jugalah tak hujan malam tu. Cuaca memang baik sangat malam tu. Tak panas sangat. Fuhh legaaaa. Selesa la nak tengok wayang..



Inilah yang kak fink dapat malam tu. 2 air cushion tu untuk kak fink bersandar dan baring selama beberapa jam dekat situ. Dan 2 movie kits yang diisi dengan banyak barang menarik dalam tu..Nanti kak fink kongsikan apa yang ada dalam tu di bawah ni ya..Kebanyakannya barangan tersebut ditaja oleh penaja penaja untuk Fox Movies Awesome Weekend!


Inilah keadaan malam tu sebelum movie start. Semua dah get ready untuk menyaksikan first movie yang akan ditayangkan oleh Fox Movies iaitu Rio. Ramai sangat yang datang dengan family. Best tau suasana ni..Walaupun ramai tapi tak rasa sesak sebab Setia City Park ni luas.. Selesa lah untuk korang lepak lepak dengan family. Kak fink siap bawa tikar ok untuk keselesaan sendiri. Sebab risau rumput tu basah kan.




Orang yang paling happy malam tu. Amboi selesa sangat ni dapat mini fan, makan, minum dan bersandar dekat air cushion tu. Harap tahun depan, Fox movies dapat jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti tahunan. Eh bukan senang dapat spend time dengan family dalam satu malam sama sama macam ni kan..Tengok movie pula secara percuma jer. Saper tak nak kan..


Ni la antara barangan yang ada dalam movie kits yang kami dapat di Fox Movies Awesome Weekend hari tu..Banyak juga kan. Ada air kotak daripada Dutch Lady, Kinder Bueno, Popcorn dan juga mini fan. Thank you sponsors sebab baik hati bagi kami macam macam barang ni. Malam minggu yang sangat seronok dan tak sedar duduk sana berejam jam tau..


Kiteorang tengok 2 movies malam tu..Ingat mula mula nak tengok Rio jer tapi bila dah dapat air cushion tadi tu, eh macam selesa pula nak lepak lama sikit dekat Setia City Park ni hikhik..Sharp merupakan Screening Partner untuk Fox Movies Awesome Weekend ni..



Dalam pukul 9.30 malam tu, lepas je habis cerita Rio, ada pengumuman untuk lucky draw daripada Fox Movies..Hadiah menarikkk sangat ni. Ramai yang setia menanti. Pemenang bertuah dapat membawa pulang TV sebesar 60 inci tajaan Sharp ok...Ada 2 pemenang. Satu diumumkan pada hari Sabtu dan satu pemenang lagi diumumkan pada hari Ahad..Malam sabtu tu, pemenang lelaki yang dapat TV 60 inci daripada Sharp..Dia duduk sebelah kita jer wak hukhuk..Happy betul diaorang malam tu..


Skrin besar yang kami tengok ni pun sponsored by Sharp. Cukup besar. Cukup jelas bunyinya. Memang macam tengok wayang betul betul. Dari jauh pun still nampak lagi gambarnya..Tempat yang kak fink duduk ni memang betul betul depan Skrin Sharp tu tadi. Tu yang tersambung sampai 2 movies tu huhu..


Terima kasih Fox Movies Awesome Weeend untuk pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang 2 hari ni. Tambahan lagi, bila aktiviti ni melibatkan 1 keluarga boleh turut serta kan. Kanak kanak lah golongan yang paling happy dapat main, dapat makan makan dan dapat tengok wayang di bawah bintang ni secara percuma.

Cuma untuk penambahbaik kan pada masa akan datang, disebabkan event ni sampai malam, diharapkan di bahagian setiap booth tu perlu ada power supply untuk lampu yang mencukupi untuk nampak kawasan ni lebih terang. Kalau di bahagian movie tu, memang boleh faham kena gelap sikit kan. Sebab kesian dekat ibu bapa yang bawa anak anak tu, ada yang terjatuh sebab gelap dan tak nampak.


moga lebih meriah dari segi booth yang ada dan food trucks yang disediakan..
korang dah langgan belum channel Fox Movies Premium? banyak movie best tau!




You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sronok tu..aritu ada lalu kt setia alam siang, ada nmpk sign fox movie

    ReplyDelete
  2. jaritu cousin ada pergi..bestnya..tempat kampung nad ni

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!