Followers

Kolaborasi Faiqah Collection bersama dengan Jedan Collection menampilkan design muslimah moden masa kini

2:46:00 PM

Hari tu kak fink berkesempatan menghadiri pelancaran koleksi terbaru Faiqah Collection bersama dengan Jedan Collection yang terletak di Butik Jedan, Tingkat 3 SACC Mall. Sebelum ni kak fink pernah sama sama dalam Majlis Grand Opening Faiqah Collection mereka di cawangan Sungai Buloh. Terima kasih Ernie dan Kak Mazlin sudi jemput diya sekali lagi.Majlis kolaborasi ni dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Kalau korang nak tahu, nama Faiqah Collection ni diambil sempena nama anak anak gadis Kak Mazlin dan suaminya, Muhammad Faizal..Sedap sedap nama anak anak gadis Kak Mazlin ni tau..Faiqah Irdina, Faiqah Adriana dan Faiqah Diyanah..Faiqah Collection ni terkenal dengan koleksi printed shawl, jubah dan pakaian formal dan santai untuk kaum muslimah yang tercari cari design terkini yang mematuhi syariah..


Faiqah's Collection dah mula beroperasi sejak dari tahun 2000 lagi..Hanya bermula dengan jualan dari rumah, kini alhamdulillah mereka dah ada 2 cawangan..Yang pertama di Manjung dan keduanya di Saujana Utama Sungai Buloh yang baru dirasmikan minggu lepas..Asalnya, Kak Mazlin sukar untuk mendapatkan baju baju muslimah yang longgar dan mengikut spesifikasinya, lalu beliau terus design dan pakai..Tapi bila kawan kawan tengok, diaorang pun suka..Dari situ lah terciptanya rekaan rekaan daripada Faiqah's Collection ni..


Sebelum majlis bermula, sempat lah kak fink pusing pusing dalam Butik Jedan ni untuk melihat koleksi terbaru yang dikeluarkan Faiqah Collection. Haaa korang nampak tak printed shawl yang  warna peach di barisan kedua dan printed shawl yang pelbagai corak di barisan bawah sekali tu. Itu lah salah satu koleksi yang ada dari Faiqah Collection di Butik Jedan ni.



Haaa ini koleksi koleksi terbaru dari Faiqah Collection yang baru dikeluarkan..Yang penting kan, kalau korang memang mencari shawl yang lebar dan menutupi dada, Faiqah Collection lah jawapannya..Boleh digayakan sama ada untuk ke majlis formal ataupun berjalan jalan bersama keluarga..


Hari tu juga diserikan dengan pertunjukan fesyen daripada Faiqah Collection dan Jedan Collection untuk tontonan tetamu yang dijemput. Printed shawl tu semua daripada Faiqah Collection. Eh hari tu juga ada koleksi pakaian yang terbaru daripada mereka. Kalau dulu, Faiqah Collection ni banyak keluarkan jubah, baju kurung dan blouse tapi kali ni design daripada Faiqah Collection lebih berani dan bergaya..




Apa yang kak fink perhatikan, koleksi daripada Faiqah Collection kali ni banyak kepada dress, jaket dan seluar. Lebih kepada konsep modern yang mampu memberi suntikan elegan kepada sipemakai. Memang lainnnnnn daripada koleksi yang pernah Faiqah Collection sediakan sebelum ni. Terkejut juga kak fink, kenapa cantikkkk sangattt niiii? Banyak kali aku amik gambar ni hahaha..Suka!


Macam dress ni kan, bukan hanya dress tau tapi siap dengan jaket labuh tu haaaa..Dah la corak tu macam timbul timbul. Eh ni paling sukaaa! Ernie tolonglah buat saiz besar hahahaha..Adoi kenannya kita tengok haaa..Ni kalau nak pergi majlis formal pun boleh. Nak pergi kenduri pun boleh yer wak..Warna tu memang sweet jer..Gabungan warna purple, pink, hijau dan cream sangat memberikan kemanisan kepada sesiapa sahaja yang menggayakannya..



Haa yang ni pun kak fink suka juga..Baju bersama dengan seluar didatangkan dalam 1 set. Sopan jer koleksi koleksi terbaru daripada Faiqah Collection ni. Kalau tadi, design atas dijadikan jaket labuh kan..Tapi untuk koleksi di bawah ni, design tadi dijadikan bahagian seluar..Haihh berkenan lagi..Stress pula tengok koleksi terbaru diaorang ni.


Majlis hari tu juga diserikan dengan catwalk daripada para artis yang dijemput untuk memeriahkan majlis kolaborasi antara Faiqah dan Jedan Collection. Antaranya Salwa, Sharifah Zarina dan juga Isma AF7. Amboi lehtop tau kali ni siap panggi retis haaaa..Tapi memang meriah la hari tu..Ramai juga tetamu VIP yang hadir untuk sama sama memberi sokongan kepada Faiqah dan Jedan Collection.



Ini lah Kak Mazlin bersama sama dengn model model yang menggayakan koleksi daripada Faiqah sama ada printed shawl dan pakaian keluaran mereka. Cantik kan. Moden dan dalam masa yang sama menutupi aurat. Kak Mazlin ni kan sangat lah merendah diri orang nya dan mudah mesra. Sampai kita pula yang rasa segan. Layanan Kak Mazlin dari dulu sama jer. Rasa dialu alukan bila ke majlis Faiqah Collection.


Kalau korang nak cari printed shawl, boleh dapatkan koleksi Faiqah Collection ni di Butik Jedan di SACC Mall Shah Alam. Tapi kalau nak tengok koleksi pakaian yang kak fink dah kongsikan di atas tadi, boleh ke butik Faiqah Collection yang terletak di Sungai Buloh dan juga di Perak..Dekat Butik Jedan ni hanya ada printed shawl je tau..Kalau pakaian memang kena walk in butik Faiqah sendiri tau.


Alamat Faiqah's Collection: 
No.23, Jalan Bidara 8, Taman Saujana 3, Saujana Utama, Sungai Buloh
Telefon: 03-6128 4119 / 019- 5528 704
Instagram: @faiqahscollection

Entry Terdahulu Faiqah Collection: KLIK SINI
harap harap ada la plus size untuk koleksi terbaru ni..
sebab kak fink memang suka lah design yang jaket labuh tu..tergoda!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!