Followers

Chinese New Year Eve Reunion Dinner, Sunway Putra Hotel

10:33:00 AM

Kemeriahan tahun baru cina semakin dirasai di mana mana sekarang ni kan..Tak ketinggalan suasana dan bahang kemeriahan turut dirasai di Sunway Putra Hotel dengan Majlis Melambung Yee Sang Terbesar bersama sama dengan para media, clients dan tetamu tetamu hotel pada 12 Januari lepas..Kak fink juga berkesempatan ke sana untuk merasai pengalaman pertama bersama Sunway Putra Hotel untuk meraikan sambutan tahun baru cina untuk tahun ayam ini..


Memang besar betul Yee Sang yang disediakan oleh chef chef Sunway Putra Hotel pada hari tu..First time tau pergi Sunway Putra Hotel rasa semeriah ni..Sebab kak fink boleh dikatakan selalu juga join event yang dianjurkan Sunway Putra Hotel ni..Tapi kali ni memang betul meriah sangat eventnya..Sana sini penuh dengan warna merah..


Semua tetamu yang hadir diberi peluang untuk melambung Yee Sang yang disediakan di tengah tengah lobi pada hari tersebut. Tapi kita tak boleh nak selit wak. Ramai betul yang nak melambung Yee Sang hari tu..Tengok dari tepi pun dan seronok dah..Bukan hanya tetamu yang berbangsa cina sahaja tapi semua bangsa ada untuk tidak melepaskan peluang melambung Yee Sang setinggi yang mungkin..Yee Sang ni dihidangkan dengan hirisan salmon segar untuk dinikmati bersama..Sedappp!


Kemeriahan makin dirasa dengan persembahan lion dance sebanyak 8 ekor yang memberi dan membawa maksud tuah pada tahun ini..Korang banyangkan lah dengan ramainya tetamu yang berkerumun dekat Yee Sang tu..Ditambah lagi dengan lion dance ni..Pergghhh rasa macam dah raya cina betul betul hari tu..


Buffet untuk tahun baru cina ini menampilkan 10 kaunter hidangan untuk korang rasa dan nikmati di Coffee House berdekatan dengan lobi Sunway Putra Hotel. Ianya terdiri daripada Appetisers & Salad, Yee Sang Counter, Soup, Hot Spot, Pasta & Noodles, Pizza of The Day, Dim Sum, a Carving Station, Hot Dishes and Desserts..



Macam yang kak fink pernah review sebelum ni, hidangan desserts daripada Sunway Putra Hotel memang tak pernah mengecewakan..Untuk peminat desserts macam kak fink, semua desserts dia kak fink suka. In fact, bila kiteorang makan dekat Sunway Putra Hotel ni, desserts la yang paling tak sabar kiteorang nak cuba dulu..



Ni antara hidangan hidangan yang ada untuk buffet sambutan tahun baru cina di Sunway Putra Hotel.. A must try kalau korang ke sini nanti ialah bagi kak fink semestinya Roasted Peking Duck Pizza..Serious masa mula mula makan tu, tak tahu pun tu itik sebab aku tak makan itik hahahahaha tapi bila dah makan baru tahu pizza tadi tu pizza itik..Hoihh sedapppnyaaa..Tapi kita lupa nak amik gambar sebab ramai sangat suka makan pizza itik sampai habis ok..Lagi satu Homemade Beef Loaf with Sauces..Lembuttttnya lahai..Korang kena cuba yang 2 ni!


Sebenarnya banyak lagi makanan yang korang kena cuba kalau ke Sunway Putra Hotel ni. Terutamanya pada musim perayaan seperti tahun baru cina ni..Tak semestinya masyarakat cina jer boleh makan, kalau kata korang teringin nak rasa menu menu yang susah korang nak jumpa di luar, haaa datang jer la dekat Coffee House, Sunway Putra Hotel..Semestinya halal dik..


Macam kak fink kan dah lama craving nak makan kuih kuih tradisional macam kuih ros ni..Tetiba adaaaa! Haihh harus lah kak fink ambil dan makan..Banyak lagi kuih kuih tradisional yang korang nak ada di sini..Ni serba sikit jer yang kak fink dapat kongsikan..Kalau korang dekat sini, memang banyak sampai tak tahu nak makan yang mana satu..



Ni pakej buffet untuk sambutan tahun baru cina kalau korang teringin nak rasa kepelbagaian menu yang dihidangkan di Coffee House Sunway Putra Hotel:

Chinese New Year Eve Reunion Dinner
Adult: RM118.00
Child: RM59.00

Chinese New Year Eve Reunion Dinner + Yee Sang Set
RM1500.00 nett per table

Bermula 27 Januari 2017 pada jam 6.00 petang - 10.30 malam


Kemain semua suka dapat ang paw dan buah limau sorang satu atas meja hahahaha. Terima kasih PR Sunway Putra Hotel yang selalu ingat pada kami. Moga tahun ayam membawa seribu kebahagiaan dan kekayaan pada semua yang meraikannya. Semoga juga sambutan tahun baru cina pada tahun ini membawa tuah dan semangat yang baru pada kita..Gong Xi Fa Cai guys!


Sunway Putra Hotel

selamat mencuba korang..Gong Xi..Gong Xi ;)



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wow Bestnya.. mmg terserlah kemeriahannya. Gong xi fa cai...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!