Followers

GT Mobile GT888 Phone Review

10:00:00 AM

Korang pernah dengar tentang GT Mobile tak? Kak fink pun baru tahu jer jenama dari Singapura ni. Masa pertama kali dapat guna handphone ni, kak fink suka dengan kebesaran skrinnya..Rasa luas mata nak scroll facebook, instagram dan email..Didatangkan dengan 2 warna iaitu kelabu dan putih untuk korang pilih yang mana satu menjadi pilihan hati..


Untuk semua yang nak tahu apa spesifikasi handphone daripada GT Mobile ni, kak fink senaraikan di bawah ni ya:

  • Model: GT888
  • Screen: 5.5 Inch
  • RAM: 2GB / 1GB (Kak fink punya 2GB)
  • ROM: 16GB
  • Charger: Quick Charging
  • Weight: 160g
  • Operating System: Android 5.1 Lollipop
  • Camera: Front 5MP & Rear 8MP
  • Color: Grey / White


Untuk mereka yang suka tengok you tube ke atau suka dengar music menggunakan phone, audio GT Mobile ni jelas dan tak pecah. Sebab anak anak kita suka tengok you tube wak, jadi boleh tengok macam tu jer pun dah boleh tengok ramai ramai sebab audio dia sharp. Ditambahkan dengan skrin telefon tu tadi sebesar 5.5 inci. Memang puas untuk anak anak tengok video yang mereka nak tanpa pergaduhan..


Ini segala aksesori yang akan korang dapat bila korang beli GT Mobile. Batery, ear phone, screen protector, plastic casing, charger and manual di dalam 1 kotak. Disebabkan model phone ni model yang masih baru lagi di pasaran Malaysia, so memang dia include siap siap screen protector dan casing tu dalam 1 kotak. Nanti susah pula korang nak cari dekat kedai kan..Memang tak de kalau cari pun hahaha..


Tapi untuk yang kaki selfie, kak fink rasa GT Mobile bukan handphone yang memenuhi kriteria korang nanti sebabnya kamera depan GT Mobile hanya 5MP dan belakang 8MP..Kalau nak ambil gambar pun kena perlukan pencahayaan yang cukup supaya gambar tadi tak pecah. Kalau korang ambil gambar siang hari dan dengan pencahayaan yang cukup, gambar tu memang perfect. Cantik! Tapi kalau malam, gambar akan jadi pecah.


Antara kebaikan lain yang kak fink suka dengan GT Mobile ni adalah ianya quick charging. Sekejap jer penuh bila korang charge tu. Tak mengambil masa yang lama dan sesuai untuk mereka yang perlu menggunakan telefon dalam masa yang singkat. Walaupun skrin telefonnya agak luas, namun rekabentuknya slim dan senang diletakkan di dalam poket.

Website: www.gtmobile.sg/gtmobile/item/281-gt-888

selamat mencuba korang ;)



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wahhh...! phone baru la kakak kitaaa :D

    ReplyDelete
  2. Salam..:D
    Syiok jugak ada phone yang camera dia bagus ni, tak yah susah2 bawak camera bagak..hehehe

    ReplyDelete
  3. first time dengar brand henpon ni..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!