Followers

Resepi Soto Mudah dan Menyedapkan dengan rempah ratus Mak Siti

5:14:00 PM

Rasanya rata rata dekat sini memang kenal dengan jenama Mak Siti kan..Boleh dikatakan banyak jenis rempah ratus yang korang pilih sekarang ni..Memasak bukan lagi satu aktviti yang memeningkan ataupun menyusahkan..Semudah tumis tumis, korang dah boleh dapat satu menu lauk yang sedap dan berkhasiat di rumah kan..


Dalam banyak banyak rempah ratus Mak Siti seperti Sup Kepala Ikan, Masak Kicap Ikan, Serbuk Kunyit, Kari Makanan Laut, Kari Daging, Rendang, Kurma, Sup, Masak Kicap Daging dan juga Kari Ikan, kak fink rasa nak kongsi Sup Soto Mak Siti dengan korang hikhik..Favourite kita ni wak..Kadang kadang bosan nak makan nasi je kan..So meh lah kak fink tukar selera makan mihun soto..


So pada sesiapa yang masih mencari cari resepi sedap dan ummphhhh cukup sifat untuk hidangan cuti ni, korang boleh cuba resepi yang kak fink nak kongsikan ni ok..Semudah tumis tumis jer! Boleh buat seperiuk besar haaaa..Puas anak anak makan kan? Kalau beli dekat kedai, tak boleh nak ulang ulang..Yang ni lagi panaskan, lagi sedapppp!


Bahan Bahan Sup Soto menggunakan rempah Mak siti:
1. Bunga Lawang
2. Bawang merah (Kisar atau Hiris)
3. Bawang putih (Kisar atau Hiris)
4. Halia (Kisar atau Hiris)
5. Rempah sup soto Mak Siti (Campur dengan air)
6. Segenggam biji ketumbar (dikisar bersama air)
7. Dua sudu besar biji jintan manis (dikisar bersama air)

Cara membuatnya, korang boleh tengok video di bawah ni ok:


1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Agak agak jer berapa biji korang nak guna untuk menumis nanti ya..Style aku memang main agak agak jer. Tak de rules dalam memasak ni hahahaha..Yang campak campak tu yang sedap wak..

2. Tumis bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan serbuk rempah soto Mak Siti yang telah dicampurkan dengan air. Tumis hingga garing.

4. Masukkan air kisaran biji ketumbar dan biji jintan manis tadi. Ikutlah korang nak kuah banyak mana. Aku masukkan dalam 2 jug kecil untuk setengah ekor ayam.

5. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam masak.

6. Bila dah mendidih dan ayam dah empuk, perasakan dengan garam secukupnya. Siapppp!


Senang tak uols? Senang jer ok. Aku memang jenis tak suka duduk dapur lama lama untuk masak hahahaha..Mak busy dengan anak anak haaaa..Letakkan mihun dalam pinggan dan masukkan sekali bahan bahan seperti begedil, sambal kicap, isi ayam yang telah dicarik halus, su'un goreng dan juga bawang goreng. Kalau korang sejenis makan sayur, boleh masukkan taugeh ataupun daun bawang ya. Anak akak tak makan sayur dik sebab tu korang tak jumpa sayur hahhahahaha..Daun bawang pun dia tak suka..


Ayam tadi korang tos kan masuk dalam bekas lain bila dah masak tau. Kemudian boleh lah dicarik carik guna garfu atau pun tangan jer..Letak asing dalam bekas lain. Jangan campur balik dengan kuah tu..Kang letih pulak nak mencari mana isi ayam dalam kuah hahahaha..Letak dalam bekas bertutup supaya tak berlalat...Eh lalat memang cepat bau tau bila ada bau ayam macam ni..


Selamat mencuba naaa korang..Nanti boleh cari rempah ratus Mak Siti yang pelbagai rasa tu bila setiap kali korang keluar untuk groceries shopping ok..Senang kan? Bila nak masak kari, haaa dah ada dah rempah kari dalam rumah. Nak masak kicap pulak, haaa dah ada dah stok nya..Lepas ni proses memasak di rumah dah jadi mudah. Yang penting sedapppp!

Ramai tau cakap sedap terutama rempah kari dia..Ok lepas ni kak fink nak cuba rempah kari tu lah...Korang boleh dapatkan di pasaraya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai kedai runcit berhampiran ok..Senang nak cari rempah ratus Mak Siti ni. Di mana mana pun ada.

Website: www.maksiti.com

Belian secara WhatsApp: 017-330 9330
Pembelian online boleh dibuat melalui: Instagram, Facebook dan WhatsApp

hujung minggu ni boleh try masak soto cara kak fink ni naaa..
lepas tu kongsilah dengan kita wak..jadi ke tidok?



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sedapnyaaaa kita pun suka rempah mak siti,selalu gak guna.

    ReplyDelete
  2. Sodapnyeeee nampak... Banyak betul rempah mak siti.. Leh masak macam2 la pasni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. perghhh...main masak-masak pulak dia sekarang! hahaha

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!