Followers

Dutch Lady: Peranan kak fink sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak lelaki

10:08:00 AM

Sebenarnya kan korang perasan tak, bila menjadi seorang ibu ni adalah satu proses kita belajar sesuatu setiap hari dan setiap masa..Bagi kak fink sendiri bila dah ada empat orang anak ni, kak fink belajar banyak benda daripada anak..Setiap anak dilahirkan dengan karektor dan perangai yang berbeza, maka dari setiap perjalanan dalam pembesaran anak tu, kak fink belajar perkara yang berbeza beza daripada mereka..


Bersama anak juga lah, kak fink dapat memainkan pelbagai peranan dalam membesarkan setiap seorang daripada mereka..Siapa kata jadi ibu ni senang? Tak semudah yang dibayangkan sebenarnya..Sehinggalah kita sendiri melaluinya..Baru kita tahu betapa besarnya dan istimewanya ibu itu bila kita sendiri melaluinya..Serius tau, bila dah jadi ibu ni baru kak fink dapat rasa ooo macam ni lah dulu mak aku besarkan aku..

Seperti ibu ibu yang lain, kak fink juga tak lari daripada menjadi pelbagai peranan seperti jurulatih, chef, pelukis dan juga semestinya kawan kepada mereka..Untuk merangsang rasa ingin tahu anak, karektor dan peranan ini memang selalu kak fink lakukan..Contohnya seperti Chef kepada mereka di dalam rumah ni..


Tugas kak fink sebagai seorang surirumah memang menuntut untuk kak fink sediakan hidangan dan juadah untuk anak anak setiap hari..Daripada seorang yang tak pandai masak sangat, kak fink belajar cara untuk menjadikan juadah itu lebih sedap mengikut citarasa mereka..Melihat anak makan dengan penuh selera dah cukup mengembirakan hati ni..Tu belum lagi anak puji masakan kita kan hahahahaha..Terus rasa berbunga bunga hati ni..


Untuk kembar yang makin membesar, mereka memang cepat tertarik dengan warna..Sebab tu, kalau nak mengajar mereka kena libatkan warna warna yang berwarna warni..Haaa masa ni lah tugas kak fink sebagai pelukis diperlukan..Bila dengan warna, duduk seharian pun tak pe..Mereka memang tak pernah bosan dengan warna..


Menjadi seorang jurulatih kepada anak juga tugas penting dalam perjalanan kak fink sebagai seorang ibu..Mana tak nya, didikan awal semuanya bermula dari rumah kan..Dari rumah lah mereka belajar macam macam kan. Daripada perkara asas seperti cara pakai selipar dengan betul, semuanya dari rumah..Macam tu juga dengan cara bermain bola dengan betul kan..Kak fink sentiasa jadi jurulatih untuk anak anak memandangkan waktu kak fink dengan mereka memang banyak di rumah setiap hari..


Begitu juga ibu juga menggalas peranan sebagai seorang kawan kepada anak anak..Dengan mereka, kita bermain, kita berselisih pendapat dan berkongsi perasaan setiap hari..Pendekatan sebagai seorang kawan bersama dengan anak anak memang sangat penting supaya sebenarnya lebih hormatkan kita daripada anak takutkan kita kan?


Kak fink dengan anak anak memang boleh jadi kawan. Ada masa kita bergurau dan ada masa perlukan ketegasan kan..Bukan senang tau nak jaga dan membesarkan 4 orang anak lelaki tapi bila kita dah dapat gelaran "ibu" tu sendiri, semuanya kita dapat laksanakannya dengan baik sebab setiap hari kita belajar menjadi orang yang lebih baik. Bukan hanya untuk anak anak tapi juga satu keluarga kan..


Sepertimana keperluan anak juga berubah ubah mengikut tahap pembesaran mereka, Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* telah dirumus  untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda dengan membekalkan nutrisi sesuai untuk setiap tahap kebijaksanaannya..Malah Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* ni boleh diambil oleh kanak kanak dari peringkat umur 1 tahun sehingga 6+ tahun..

Untuk pengetahuan korang, susu tepung Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ yang kaya dengan 5X DHA* terbahagi kepada 4 tahap kebijaksanaan anak iaitu:

1-2 tahun: Curious
Pada peringkat umur ini, anak anak mempunyai satu sifat ingin tahu yang tinggi..Mereka akan mula memerhati, menggenggam, bermain dan menuding jari..Anak anak juga memerlukan penglihatan yang baik untuk melakukan aktiviti aktiviti ini..Pada fasa ini juga, perkembangan otak mereka sangat penting kerana pada tahap ini, mereka mula untuk belajar dan mengingati segala yang dilihat pada sekelilingnya..
               
2 - 4 tahun: Explore
Pada tahap umur ini, anak anak mula menjadi lebih aktif dan mula meneroka persekitarannya..Mereka mula merasa, menyentuh dan memahami apa sahaja yang ada disekelilingnya..Secara tak langsung, mereka sedang menguji tahap ketahanan badan..Perkembangan otak juga penting pada fasa ini kerana anak anak mula mengaplikasikan setiap pembelajaran mereka..

4 - 6 tahun: Create
Pada peringkat ini anak anak menjadi lebih kreatif dan suka untuk berimaginasi..Mereka akan menggunakan kreativiti yang ada untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada..Pada tahap ini juga, anak anak mula belajar, menghafal dan berinteraksi..

6 +:  Learn
Pada usia 6 tahun dan ke atas ini lah anak anak mempelajari kemahiran bersosial dan bertutur..Fokus dan memori yang baik adalah penting untuk proses pembelajaran mereka..



Dengan pengambilan susu Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA* ni, kak fink dah tak perlu risau lagi dengan nutrisi yang diperlukan kerana semuanya sudah mencukupi dan anak anak mampu kekal aktif dan bermain. Kak fink hanya perlu memantau sahaja tumbesaran mereka..


Terima kasih Dutch Lady kerana bersama sama sepanjang perjalanan kak fink bergelar seorang ibu ni..Dengan pengambilan susu Dutch Lady Nutri Plan™, ia dapat menjadikan anak anak kak fink seorang kanak kanak yang sentiasa cukup tenaganya dan cukup khasiat penting yang diperlukan dalam badan mereka setiap hari..Moga anak anak kak fink terus kekal aktif dan sihat setiap hari..Anak sihat dan bertenaga, itu dah cukup membahagiakan hati seorang ibu.



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bagus betul susu ni siap buat susu untuk peringkat umur,
    harap-harap anak kak fink sentiasa sihat selepas ni.
    hero-hero semuanya.

    ReplyDelete
  2. Yeaahh.. Jasmeen pon minum Dutch Lady..

    ReplyDelete
  3. Kembar tiga akak tiap pagi minum susu Dutch Lady yg kotak tu. Tak lah risau diorang tak cukup tenaga kat sekolah nanti

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!