Followers

Antara Sebab Hotel Legoland Tak Pernah Jemu Dikunjungi oleh Anak Anak

4:00:00 PM

Bila kak fink bagitahu anak anak kita akan ke Legoland lagi dan tido di Hotel Legoland, terus melompat lompat haaa diaorang..Tak sabar dah masing masing..Legoland ni dah berapa kali pergi pun tetap lah  budak budak ni suka..Bukan kata diaorang jer..Mak budak pun suka hahhahaha..Jiwa kekanak kita masih menebal wak..

Kali ni rezeki kak fink dan anak anak pergi under Walls untuk meraikan sambutan Hari Kanak Kanak bersama Paddle Pop dan juga Legoland. Menjadi salah seorang daripada blogger yang terpilih untuk ke sana, kak fink rasa sangat bersyukur sebab kali ni pergi dari KL dengan menaiki bas yang disediakan untuk para media..Tak de lah penat nak kena drive hikhik..


Sampai jer di Legoland, kami terus diberikan bilik masing masing..Hari pertama memang free and easy jer..Kali ni dapat bilik Kingdom juga..6 jam perjalanan daripada KL, kiteorang decide untuk rehat dalam bilik dulu..Lagi pun dalam bilik hotel ni pun, anak anak dah boleh enjoy..Mana tak nya, ada treasure box dan ada lego box untuk anak anak main..Tu belum lagi cartoon channel untuk diaorang tengok..


Anak anak tidur sini jer lah hikhik..Dah memang ngammm 3 katil untuk 3 orang tu..Oh yer time ni abang long tak ikut sebab dia ada basketball training..Hanya abang ngah dan kembar jer yang teman mama dia kerja..Nasib baik lah semua mampu bagi kerjasama..Kalau tak, mama pitammm nakkk..Tempat luas macam Legoland ni memang kena gigih sikit dengan anak kecik..


Abang ngah masuk masuk jer terus main lego..Tak heran pun nak menyakat adik kembar dia hahahahaha..Kalau tak, bergaduh sajer..Memang tenang lah kak fink kalau dapat stay dekat Hotel Legoland ni sebab anak anak sendiri dah ada aktiviti yang diaorang boleh buat..Kiteorang keluar hanya untuk dinner jer..Selebihnya duduk dalam bilik jer hahahahaha..Bijak sangat mak tu.


Disebabkan dah pernah stay dekat Hotel Legoland dulu, so kak fink dah cerdik sikit nak main treasure box ni hahhahahahahahahahaha...Dulu buka buka kotak tu, tak dapat! Sekarang sekali pusing jer dah terbuka..Terasa genius dekat situ kahkah..Nak buka treasure box tu bukan apa, abang ngah yang tak sabar nak buka sebab nak tengok hadiah apa yang ada dalam tu..


Kali ni dia dapat 2 lego box dan lego stickers..Dulu dapat lego box dan pembaris lego..Treasure box ni memang mampu surprisekan anak anak korang..Tapi sebenarnya mak pun excited juga hahahaha..Dia ada satu perasaan teruja nak tahu apa lah dalam peti tu hukhuk..Aktiviti ni memang fun sebab korang boleh buat sama sama dengan nak dalam bilik..



Malam tu sebelum kiteorang nak tengok bed time story, sempat lah bawa budak budak main lego dekat lobi hotel..Kalau korang stay dekat Hotel Legoland ni, sila ambil gambar aktiviti yang akan diadakan dari pagi sampai malam di hotel ya..So tak de lah duduk dalam bilik jer sebab korang boleh join banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel ni..


Bila dah sampai masa untuk bed time story, terus kak fink bawa budak budak ni duduk dekat depan lobi ni untuk sama sama memeriahkan keadaaan. Ni kira tak ramai sangat tau..Sebelum ni, kiteorang pergi lagi ramaiiiii..Bukan hanya ada bed time story jer, tapi juga ada aktiviti menari sama sama dengan princess dan prince setiap malam..



Pagi tu, awal pagi dah bawa hulubalang turun breakfast sebab sambutan Hari Kanak Kanak bersama dengan Paddle Pop akan diadakan pada pukul 10.00 pagi..Media kena berkumpul awal sikit dari waktu yang ditetapkan hikhik..So sebelum mama kena work, meh la kenyangkan perut diaorang dulu..Tak mandi lagi haaaa..Dah siap breakfast nanti baru mandi yer nak..Gosok gigi jer huhu..



Pilihan breakfast di Hotel Legoland memang tak pernah menghampakan..Banyak sangat pilihan. Kalau korang sejenis yang memang nak heavy breakfast pun ada..Pelbagai jenis lauk pauk untuk breakfast ada dekat hotel ni..Tapi kita makan pastry je wak..Bukan diet tapi pagi memang perut tak daya nak beriya untuk makan hahahahaha..Sebab penghadaman aku masa pagi memang bagus..Masuk sikit, kang mula lah nak mencari toilet..Details tak kakak cerita hahahaha..


Korang ingat dah lepas breakfast tu boleh terus naik bilik untuk mandi ke? Oh tidak..Melayan diaorang main lego lagi..Sebab tu aku cakap, ini satu satunya hotel yang sangat dekat dengan hati anak anak..Datanglah berapa kali pun, tak pernah bosan..Nasib lah Johor KL tu jauh..Kalau dekat, akak buat kad dik..



Lepas siap je mandi mandi, kami terus proceed untuk sambutan Hari Kanak Kanak bersama Paddle Pop dan Legoland di depan pintu masuk theme park..Semua kena pakai T-shirt Merah..Ikut tema Paddle Pop katanyer..Memang anak anak kak fink enjoy betul hari tu..Mana tak nya, bila Legoland dan Paddle Pop bergabung, segalanya perfect..Tempat best..Dapat pula makan ice cream Paddle Pop sebanyak mana pun..Itu sangat heaven ya untuk budak budak..Boleh capai piawaian percutian idaman..


Dekat lobi Hotel Legoland memang ada satu ruangan menari. Berdepan jer dengan Bricks Restaurant tadi..Tempat ni sokmo full ok..Bukan kata budak budak jer nak berjoget..Orang dewasa pun ramai yang berjoget hahahahahaha...Akak tak ya..Akak masih mampu mengawal keimanan lagi..Kasi chance dekat anak anak lah..Abang ngah kemain..Nampak macam tak de perasaan tapi ada groove juga kahkah..


Terima kasih Paddle Pop untuk media trip yang sangat sangat menyeronokkan ni. Terima kasih kerana menjemput kak fink dan anak anak menjadi salah seorang daripada mereka yang ada di situ untuk meraikan sambutan Hari Kanak Kanak bersama sama dengan anak anak istimewa yang terpilih daripada sekitar Johor pada hari tersebut..


Layanan sangat sangat tip top..Dari segi penginapan, makanan dan juga aktiviti semuanya menghiburkan..Moga ada peluang lagi anak anak untuk ke sini untuk kali yang keenam akan datang. InsyaAllah..Sebelum ni kak fink dah pernah review Hotel Legoland ni secara lebih terperinci lagi..Ada 2 part yang tu sebab gambar banyak sangat..Korang boleh klik link di bawah ni ya..



next entry kak fink akan kongsikan tarikan terbaru yang ada di Legoland
Ninjago Ride..2 kali kiteorang naik hahaha..best sangat!



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. kalau macam ni anak2 jue tobat tak nak balikkkkkk.. hahahah sekarang pun berkhatib ajak pergi jer...

    ReplyDelete
  2. Gambo akak cantik....kamera apakah

    ReplyDelete
  3. wah bestnya.. takleh ke paddle pop panjangkan jemputan lainkali ke blogger dari www.ceritaita.com pulak? hehehe.. maaf teriklan.. hahaha

    sukanya akak tengok superman main lego tu... hahaha

    ReplyDelete
  4. Alycia tak pernah lagi stay hotel ni. nanti nk try sekali. mesti abg adam suka ;)

    ReplyDelete
  5. kembar.. jgn membesar pls. comel lagi ni..

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa! Teringin nak bawa si kembar ni tidur hotel Legoland, konpem enjoy sakan

    ReplyDelete
  7. kita setakat pintu legoland jer...belum pernah masuk lagi..hukhuhkhuk

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!