Followers

Tips Pemilihan Tinted Kereta yang BERKUALITI dan Tidak Tertipu dengan FAKE Tinted

8:43:00 AM

Hari ni kan kak fink sajer nak borak-borak tentang isu tinted cermin tingkap kereta. Tapi..Sebelum tu, sangat penting untuk kak fink terangkan tentang 2 perkara utama sebelum korang makin pening dan tak faham dengan terms dalam ayat-ayat di bawah ni. Biasanya window tinted akan dinilai menggunakan kayu ukur prestasi dan kualiti yang tinggi. Kedua-dua aspek ini adalah sangat penting!

Kalau bercakap tentang prestasi, ni bererti yang filem tu ada kebolehan menahan haba yang sangat tinggi. Kalau tentang kualiti pula, maksudnya sejauh mana filem tu boleh tahan lama dan kebolehannya dalam menahan haba. Kualiti yang baik, mampu bertahan paling kurang pun sekurang kurangnya 5 ke 7 tahun..

Namun pada hari ini, brand yang paling laris dalam pasaran adalah yang menjual filem yang rendah kualitinya dengan prestasi yang tinggi. Maksudnya, filem ini mampu menahan haba dan kepanasan yang tinggi pada tahun pertama penggunaan dan akan menurun sebanyak 50% dari prestasi asal pada tahun kedua. 

Korang terkejut tak kalau kak fink bagitahu sebenarnya harga tinted film yang berkualiti tinggi atau rendah mempunyai harga yang lebih kurang sama? Lingkungan harga bermula daripada beberapa ratus ringgit sehingga ke RM2000.00 - RM3000.00 bergantung kepada prestasi ketahanan haba filem tersebut.


Latar Belakang Pasaran Filem tinted tingkap kereta 10-15 tahun yang lalu:

  • Brand tak penting, pengguna langsung tak berpengetahuan tentang filem yang berkualiti
  • Yang penting pujukan wakil penjual dan skill memikat hati pengguna yang tip top!
  • Banyak kedai tinted, akan mengeluarkan produk sendiri kerana kos yang jauh lebih rendah berbanding mengambil brand yang bagus dan internasional yang menyebabkan mereka membayar kos import dan francais yang tinggi.
  • Pada masa ini, semua kedai keluarkan pelbagai nama brand yang baru dengan pelbagai nama yang unik dan kelakar
  • Tinted film yang dibuat di Korea menggantikan filem dari USA di hampir kesemua kedai tinting di seluruh Malaysia
  • Pada ketika itu, penjual sangat tertarik dengan harga yang murah dan prestasi menahan haba filem-filem korea ni. Namun, tiada siapa yang  sedar tentang isu kualiti filem korea ni, sebab hakikatnya, prestasinya hanya bertahan setakat 12 bulan sahaja berbanding dengan brand USA yang mampu bertahan 5 - 7 tahun.
  • Sejak hari tu sehinggalah kini, semua kedai tinted takkan pernah mengaku dengan pengguna yang mereka menjual produk korea, bahkan terus menipu dan mengenakan pengguna yang produk mereka adalah produk USA.
  • Setelah produk buatan Korea membanjiri pasaran tinted di Malaysia, beberapa perkara penting telah berlaku. Perang harga telah berlaku sesama penjual tinted kereta, masing-masing cuba menawarkan harga termurah , akhirnya pengguna tertipu dengan strategi ini dan memasang tinted yang berkualiti sampah pada kereta mereka. Malahan ada yang membayar dengan sangat mahal pula.
  • Sekarang ni, kalau dapat kita lihat, semakin banyak kereta di atas jalan dengan tingkap dan windscreen yang benuh dengan ruang-ruang udara, karat-karat, dan berkedut-kedut. Ketahanan terhadap kepanasan juga berkurang lebih dari 50% selepas setahun.
  • Disebabkan oleh persaingan yang tidak sihat dalam pasaran ini, banyak penjual tinted yang menjual produk sendiri (house brand) mula menggunakan taktik-taktik kotor dan jahat dan mula kehilangan kepercayaan dan keyakinan daripada pelanggan-pelanggan mereka.

Antara helah helah peniaga kedai:

  1. Penjual melabel peratus tahan panas yang salah/tipu.
    • Contohnya dalam katalog atau brochure, level  IRR adalah 95% , tapi bila test pakai solar meter (BTU) bacaan kurang 50% dari apa yang dinyatakan.  Sebab tu harga jadi berbeza-beza di kedai lain walaupun untuk barang yang sama.
  2. Jual tinted tak berkualiti dengan harga tinted berkualiti.
    • Tinted ni selalu tahan panas hanya untuk 1-2 tahun, kemudian perasaannya macam kereta yang tak ber-tinted langsung. Masih panas bila kita duduk dalam kereta.  Sebenarnya kos tinted macam ni lebih murah dan selalunya dari Korea/ Taiwan/ China, 2 lapis IR film atau dye film.
  3. Label “Made in USA” dijual dengan harga yang mahal.
    • Rata-rata orang tahu tinted dari USA lebih berkualiti dan lebih tahan haba. Jadi, mulalah penjual menggunakan cop logo “Made In USA” supaya boleh menjual dengan harga tinggi. Padahal itu fake.
  4. Produk di tukar semasa pemasangan tinted.
    Penjual menunjukkan pengguna dengan filem yang mahal dan berkualiti bagus ketika demo tetapi ketika pemasangan, di tukar dengan yang murah dan tidak berkualiti


Cara terbaik adalah dengan mencari nama-nama brand internasional buatan USA di pasaran kerana pengguna lebih yakin dan percaya kepada brand brand begini. Walaubagaimanapun pengguna tidak tahu menilai kualiti sesuatu film tinted tersebut kan? Senang jer, apa yang korang boleh buat. Tanya dulu kedai tu, sama ada dia bagi warranty kedai ataupun brand warranty. Kalau dia hanya mampu bagi warranty kedai, dia jual yang fake films. Biasanya brand warranty dia akan hollogram dekat film tu.

Warranty kedai bermakna pengguna mesti kembali ke kedai yang sama di tempat pemasangan tinted asal. Pengedar untuk brand yang sama tidak akan melayan pengguna kerana mereka berkemungkinan besar tidak mempunyai produk ‘house brand’ yang sama yang telah dipasangkan di kereta pengguna pada asalnya. Contohnya, kalau korang pasang tinted tadi di Kedai A, korang kena pergi Kedai A untuk claim warranty tadi..Tak boleh pergi ke kedai yang jual jenama tu..

Lebih teruknya, penjual mengutip bayaran penuh dari pengguna dan menukarkan kepada produk buatan korea pada semua tingkap dan cermin belakang, dan hanya menggunakan produk original di cermin hadapan sahaja. Yang ni ramai tak tahu kan sebabnya kadang kadang kita tak tengok pun masa tinted tu, kadang kadang salesman yang bawakan kereta kan? So becareful ok korang..Be more alert supaya tak tertipu.


Tips bagi pemilihan Tinted kereta yang BERKUALITI dan BERPRESTASI tinggi:

  • Survey atau Google brand Tinted yang mepunyai pembuatan di USA

    Selalunya brand ini terkenal dan memperkenalkan pembuat dan kilang mereka di USA di brochure dan website dia. Sekiranya tiada,berhati-hati lah kerana kemungkinan besar kedai tersebut tidak menjual barangan original dari USA
  • Perhatikan brand original produk tersebut, pembungkusan dan kotak produk, label, pelekat serta logo di atas filem tinted tersebut.

    Agak sukar untuk membezakan  kualiti sesebuah filem tinted . Namun produk yang original pasti mempunyai identiti brand pada setiap produknya, ketiadaan logo hanya bermakna satu- ianya bukan original!
  • Pastikan korang meminta untuk pemeriksaan menggunakan meter solar sebelum pemasangan (Cadangan: IRR meter, BTU meter  dan SHGC meter sekiranya ada)

    Jangan melangkau ke  langkah 3 sebelum selesai langkah 1 dan 2. Untuk kepastian 100%, setelah selesai langkah 1 dan 2, lengkapkan dengan pemeriksaan dengan meter solar. Kedai tinted biasanya memang ada meter solar ni..Kalau mereka berdalih tu maknanya tipu la tu hahahahaha..
  • Minta warranty brand bukan warranty kedai

    Warranty  original brand akan membolehkan kita menuntut warranty untuk brand ini dimana-mana sahaja rangkaian kedai dan pengedar brand ini. Selalunya kalau warranty brand ni, satu Malaysia korang boleh claim di mana mana pun asalkan jenama tu ada di pasang di situ.

    Sekiranya penjual memasang tinted di kereta korang, mereka hanya akan memberikan korang  warranty kedai. Ini bermakna, sekiranya masalah berlaku, korang hanya boleh menuntut warranty di kedai yang sama kerana pengedar lain mungkin tidak mempunyai produk yang sama dari ‘house brand’ yang telah dipasangkan di cermin kereta korang.
  • Paling penting, anda dinasihatkan untuk pergi sendiri ke kedai tinted untuk melihat filem tinted itu dan memastikan anda mengikuti langkah 1-4

    Adalah tidak bijak untuk berurusan dengan penjual tinted melalui panggilan telefon atau meminta orang lain menguruskan hal ini bagi pihak korang kerana masih banyak pengguna yang melakukan kesilapan untuk memilih filem tinted di kedai yang menjual brand USA yang original dan berkualiti!
Akhirnya, apakah yang akan terjadi kepada pasaran filem tinted kereta di masa hadapan? Kalau korang ikut  tips ni, kita akan menjadi pengguna yang lebih bijak dalam meneliti filem tinted kereta yang berkualiti tinggi dan tidak lagi ditipu oleh penjual penjual tinted kereta yang tidak jujur dalam perniagaan..


Arus pasaran pula akan beralih kepada produk yang hanya berkualiti tinggi dan dipercayai untuk jangka masa yang panjang. Masa depan pengguna di tangan kita guys. Lepas ni, tak de lah dikalangan ahli keluarga kita tertipu lagi..Jangan asal murah dan gelap jer tinted films tu, korang terus pasang. Gelap tapi panas buat apa? Tujuan kita pasang tinted adalah untuk mengurangkan rasa panas ye dak? 

kalau korang rasa entry ini berguna dan bermanfaat..
pakat pakat share di wall masing masing ya..moga tak de yang tertipu lagi




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. baru tau kena tanya ada meter solar tak sebelum beli...huhh good penjelasan sis...at least langkah2 ni terus boleh melekat dalam kepala...buatan USA ye...hmmm kena survey betul2.

    ReplyDelete
  2. plan nak tukar tinted kereta.. dari luar nampak clear jer orang kat dalam.

    ReplyDelete
  3. Boleh bg contoh jenama dr US tu? T kasih

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!