Followers

Tarikan dan Kelemahan Duyong Marina & Resort, Terengganu

12:53:00 PM

Chinese New Year hari tu alhamdulillah ada rezeki nak bawa anak anak untuk bercuti cuti dekat Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu..Alang alang dah memang ada dekat kampung..Eh dulu nama dia Ri-Yaz Heritage..Tapi bila eh tukar nama Duyong Marina ni..Aku pernah pergi sini dulu sekali untuk Ramadhan Buffet..Tapi sejak ditukar nama Duyong Marina ni, ni kira pertama kali lah hahahahaha..Tu pun dah alang alang balik kampung kan..



Memang aku request untuk bilik bawah sebab dengan budak budak ni kan..Baik lah bilik bawah jer..Kalau bilik atas, semput pula mak nak carry bag lagi..Senang dekat bawah, diaorang nak main lari lari dekat depan bilik pun tak per..Mak boleh silang kaki duduk atas kerusi tu..Masa kiteorang check in ni tak ramai orang..Sunyi jer resort ni..


Favourite spot hulubalang..Suka duduk lepak sini..Diaorang tak tengok tv pun masa dekat sini hahahaha..Mungkin sebab tempat luas, so boleh lari lari dan buat aktiviti sendiri kan..Kalau kita duduk dekat hotel, kena duduk dalam bilik sebab tak kan lari dekat balcony wak..Bahaya..Risau pula la dekat 4 orang ni..


For me, untuk bilik di Duyong Marina & Resort ni macam tak well maintained..Bilik luas..Tapi servis teruk hukhuk..Bayangkan WiFi tak de wak..Haihh bila call receptionist, dia boleh cakap oo bilik tu kena sambar petir hari tu. Aku macam tak tahu lah nak marah ke nak sedih..Frust la juga kan..Kalau dah tahu bilik ni pernah kena sambar petir, kenapa tak de action..Adoi la jawapan pun..


Lepas tu heater pun rosak..Ya Allah apeniiiii? Call lagi sekali, diaorang cakap "Maaf puan, hari ni tak de orang" ..Hadoiiii sekali lagi..So konsepnya, aku kena pasrah ke apeni? Nasib lah kita malas nak bising wak. Kita dikurniakan kesabaran di level 10 dengan jawapan tak de action budak budak receptionist ni..


Aku cuma rasa Duyong Marina & Resort ni win dekat view dia jer..Tapi service memang outttttttt...Kalau nak compare dengan Grand Lexis Hibiscus memang di skala 2/10 jer Duyong Marina ni..Walaupun Grand Lexis Hibiscus tu ramai giler orang dalam satu masa, servis dia cepat...Duyong Marina yang tak de orang ni, servis tetiba slow..Paling geram tak de action yang staff ambil saat report dah dibuat..Haihh..Keje elok elok boleh tak dik?


View dekat swimming pool dia..Cantik kan? Sebab tu aku cakap, view dekat sini memang win..Yang servis tu kena improve..Sayang sangat kalau tempat cantik tapi ditutup dengan servis yang slow daripada staff..Dulu masa aku pergi sini masa namanya Ri-Yaz Heritage tu, servis ok..Staff pun peramah jer. 

Hari tu masa kami pergi, masa nak check out tu staff perempuan yang jaga dekat reception..Masam cetung nya wak..Senyum pun tak masa nak pulangkan duit deposit tu..Aku pula yang kompius ko period ke apeni..Front line kena sentiasa senyum yer dik..Masa check in budak lelaki yang jaga, ok elok jer peramahnya..


Bila abang long ada, mama akan berehat sikit. Dia memang akan handle adik adik kembar dia..Sanggup tak pergi kolam yang dalam sikit..Risau nanti adik adik kembar terjerit jerit nak mandi dengan abang long kesayangan tu huhuhu..Abang ngah ntah mana mana time ni..Dekat sini ada 2 kolam budak, tak dalam sangat..Boleh bagi anak anak mandi tanpa pelampung sebab dia boleh jejak kaki lagi dekat bawah tu hahahaha..



Pagi tu kami tak pergi breakfast dekat situ..Padahal dah bayar dah untuk 2 orang masa booked tu..Sebab kiteorang decide nak pergi breakfast makanan tengganu hikhik..Tekak craving nak makan kuih bom ikan tu haaaa..Puas hati sampai RM10.00 kuih tu kita beli..Banyak giler dapat..Sampai tengah hari pun tak habis makan kuih bom..KL tak de wak hukhuk


Sempat bergambar jer dekat sini mengadap laut tu..Teringat masa duduk Terengganu dulu, kiteorang ke sini untuk Monsun Cup dan Karnival Upin Ipin..Budak kembar tu siap pakai baju yang baru beli dari Pasar Payang hahahaha..Konsep nusantara sangat ni..Memang ngam ngam tinggal 2 pasang jer masa kiteorang beli..Terus amik untuk sikenit ni..Comel pula haaa..RM10.00 jer huhu..


Sekian jer review kak fink untuk Duyong Marina & Resort. Harap pihak management resort ni boleh perbaiki mana mana yang lemah sebab tak murah juga nak duduk sini..Terutama dari segi servis dan bilik. Bilik kena jaga dan nampakkan fresh. Kalau tak nak tukar pun, please kekal rekabentuk asal dalam keadaan baik..Kalau rosak, mohon repair please..


menunggu bulan 3 ni..nanti kak fink kongsikan ke mana destinasinya..
yang pasti, tempat idaman anak anak..penat lagi lah mak hahaha..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. kalau cantik view tapi servis hampeh memang sakit hati la jawabnya.. kita bayar nak servis mcm raja, kalau servis tak dpt baik tido kat umah je.. haha

    ReplyDelete
  2. Huishhh cantiknyaaa tempat niii.. tenang jee.. haishhh tak sabar nak pergi vaccay

    ReplyDelete
  3. nama duyong mcm tak menarik.. baik nama lama plak menarik. harga 1 nite mahal tak kak

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!