Followers

Jom join 'We Want You To Be On TV’ Contest sekarang!

10:16:00 AM

Tak sabarnya kak fink nak join "We Want You To Be On Tv" contest bersama sama dengan Dato' Haji Chef Haji Ismail ni. Kalau korang nak join pun boleh tau sebab tarikh tutup contest ni 3 Mac 2017..Haaa masih ada masa lagi kalau korang teringin nak join dan masak bersama Dato Chef Haji Ismail..Sekiranya korang yang terpilih, bukan sahaja dapat masak dengan Chef Mail, tapi juga bersama dengan selebriti jemputan..


Mana lah tahu rezeki korang dapat masuk TV3 kan..Seramai 7 pemenang bertuah akan terpilih untuk "We Want You To Be On TV" contest ni..Pengambaran video akan dibuat di restoran yang telah dipilih oleh penaja..Pemenang tadi akan dihubungi terus oleh penaja untuk lebih lanjut nanti..Senang jer tau nak join contest anjuran Pensonic ni..

Cara Penyertaan:
  • EMAIL: Nama Resepi, Gambar dan Langkah Langkah Penyediaan Menu
  • EMAIL: Nama Penuh seperti Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon & Email
Ni peluang tau. Bukan selalu kan peluang datang macam ni. Korang boleh memasak bersama seorang Chef yang merupakan duta masakan tempatan Malaysia yang terkenal. Dato Haji Chef Ismail yang berasal dari Negeri Sembilan ni sering dijemput dalam dan luar negara untuk memperkenalkan hidangan tradisional tempatan yang enak melalui demonstrasi masakan beliau.


Dah la dapat menimba ilmu dengan Chef Mail, dapat pula menggunakan produk produk hebat keluaran Pensonic semasa pengambaran dibuat..Untuk pengetahuan korang, Kumpulan Pensonic telah mempunyai warisan selama 52 tahun sejak ia mula-mula ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai 'Keat Radio and Electrical Co.' di Balik Pulau, Pulau Pinang. Apabila perniagaan bertambah maju, jenama Pensonic, yang bermaksud ''Sound of Penang" telah ditubuhkan pada tahun 1982


Satu jenama tempatan yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia, Pensonic adalah pengeluar Peralatan Rumah Elektrik Malaysia terkemuka yang telah menerima sebilangan penghargaan kecemerlangan reka bentuk dan inisiatif penjenamaan. Pensonic, yang disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk kami dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN, Timur dan Asia Barat, dan Timur Tengah.

So tunggu apa lagi tu..Cepat sediakan resepi dan email details seperti yang kak fink kongsikan di atas tadi..Tak susah pun kan? Senang jer! Jangan lupa ambil gambar sekali tau..Cara dan langkah langkah penyertaan kak fink dah kongsikan..Semoga awak awak berjaya..Doakan kita berjaya juga ya..Teringin nak masuk juga contest ni hihi..


impian kak fink sangat nak masak sama sama dengan Chef Mail..
Fuhhh menanglah!



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!