Followers

Apa Bezanya Mamee Monster Biskidz Dengan Biskut Lain Yang Ada Di Pasaran

3:16:00 PM

Korang dah pernah rasa dah biskut terbaru keluaran Mamee? Alaaa yang Mamee Monster Biskidz tu? Kalau sebelum ni, Mamee terkenal dengan instant noodles dan snacks kan tapi sekarang Mamee buat pertama kalinya dah mengeluarkan Biskut DHA Pertama di Malaysia..Memang lain dari produk Mamee yang sebelum ni..Biskut berkhasiat ni mengandungi 9 vitamins dan juga kalsium untuk korang cuba tau..


Kak fink pun pertama kali cuba hari tu dan rata rata rupanya ramai mak mak yang suka dengan biskut ni..Baru jer share gambar Mamee Monster Biskidz tapi tak sangka ada yang dah terlebih dahulu mencuba Mamee Monster Biskidz ni..Aku pun baru tahu sejak sejak anak anak tengok iklan Mamee dengan Ejen Ali dekat TV tu..Selain dari rasa yang sedap tu, biskut ni mengandungi 9 vitamins seperti Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B12, D dan juga E..


Meh kak fink kongsikan secara ringkas antara kelebihan yang ada pada 9 vitamins dan kalsium tadi:
  • Vitamin A: Penting untuk fungsi mata
  • Vitamin B1 & B5: Diperlukan untuk pelepasan tenaga daripada karbohidrat
  • Vitamin B2 & B3: Diperlukan untuk pelepasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B6: Pemeliharaan metabolisme sel darah merah, sistem saraf & sistem kekebalan tubuh
  • Vitamin B12: Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
  • Vitamin D: Membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus
  • Vitamin E: Menglindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan
  • Kalsium: Membantu dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat

Untuk pengetahun mommies semua, Mamee Monster Biskidz ni mempunyai 3 perasa iaitu Susu, Coklat dan juga Rumpai Laut..Jujur kak fink cakap dekat sini, ketiga ketiga rasa tu sedappppp oii..Macam dalam rumah ni, masing masing ada kesukaan yang berlainan..Macam abang long dia akan pilih susu dulu..


Abang ngah pula dia memang peminat coklat..Kalau ada perasa coklat, dia akan pilih Mamee Monster Biskidz yang perasa coklat dulu..Yang buat lagi best, biskut ni tak meloyakan tau kalau korang makan banyak sebab ianya nipis dan rangup..Percayalah, sekali gigit korang akan rasa nak makan dan makan lagi..Ni memang tak tipu..Budak budak ni boleh makan banyak packet dalam masa yang sama...


Kembar dengan mak dia suka perasa seaweed..Huwaaa sedapppnyaa seaweed..Kena cuba..Bagi aku, rasa seaweed dia lain dari yang lain..Susu dan coklat tu mungkin rasa yang kita biasa makan kan..Tapi percayalah seaweed itu sedapppp..I vote for seaweed! Walaupun orang cakap biskut ni sesuai untuk kanak kanak, peduli apaaa...Aku pun suka hahahahaha..


Harga pun tak mahal uols..Ada 4 saiz untuk korang dapatkan Mamee Monster Biskidz di pasaran sekarang ni..Dari saiz yang kecil serendah harga RM0.50 sehingga lah saiz yang paling besar dengan harga cuma RM7.90..Murah kan? Mampu poket jer..Kalau rasa nak bagi anak kudap kudap, hulur jer Mamee Monster Biskidz ni..Mesti diaorang tak kan tolak..



Mamee Monster Biskidz ni bentuk dia 4 segi macam gambar bawah ni..Siap ada cop gambar Mamee Monster dekat biskut tu tau..Memang Mamee Monster ni dekat dengan hati anak anak kita kan..Untuk sesiapa yang belum cuba lagi, boleh lah cari di pasaraya pasaraya terdekat..Mesti korang akan suka juga nanti..Sebab dah terbukti ramai yang suka..Tak cuba tak tahu kan..


Korang nak menang tak hadiah dari Mamee tak? Kalau nak, cepat cepat follow instagram kak fink di @diya.nadia sebab nanti kak fink akan announce 1 contest yang sangat mudah untuk korang join..3 pemenang insyaAllah akan dipilih nanti..So tunggu apa lagi guys, follow cepat cepat..Contest akan start bila bila masa sahaja..



nanti nak top up ketiga tiga perasa tu..sekejap jer dah habis wak..
budak budak ni siap bawa pergi sekolah lagi..kena dengan tekak diaorang lettew..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. anak2 kita tak suka ...tp rupanye byk vitamindlmnye

    ReplyDelete
  2. Waktu kcik kecik selalu juga makan mamee . Dah lama x makan
    www.unlimitedbeautysecret.com

    ReplyDelete
  3. Sedap ni. Seaweed dan coklat favorite anak2 Cik Ila.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!