Aktiviti Sepanjang Cuti Cuti di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson
10:36:00 AM
Sambungan dari entry semalam tentang Review Bilik Sky Pool Villa di Lexis Hibiscus, kali ni kak fink nak kongsi dengan korang apa aktiviti yang boleh korang buat bila check in di sini..Petang tu, kak fink paksa anak anak jalan jalan dekat atas air ni sebab view waktu petang memang sangat cantik..Kalau ikut diaorang ni, memang nak berendam jer tapi adoi tolong lah mama nak..Mama nak amik angin luar pula hahahaha..
Jalan jalan dekat sini sambil layan angin bertiup tiup tu memang syok sangat..Kalau nak jalan satu Hibiscus ni sampai hujung memang tak larat sebab besarrrr..Korang boleh juga sewa basikal untuk pusing pusing dekat sini tapi kiteorang tak sewa pun..Dah camner lah nak carry kembar lagi..So kita jalan jer ya nak..Jangan malas hahaha..Eh diaorang lagi suka sebenarnya sebab kawasan lapang.Kembar tu siap berlari..
Ada playground juga untuk korang lepaskan anak anak main dekat sini..Bersebelahan jer dengan swimming pool..Tapi aku dah pesan dengan bebudak ni, kita mandi dekat swimming pool ni esok pagi jer..Petang ni masa untuk santai santai jer hahahaha..Korang jangan asyik berendam jer..Main pula untuk keluarkan peluh..
Petang tu memang bagi diaorang lepas jer dekat sini..Main lah nak..Kalau ikutkan nak masuk dekat Kids Room..Ada disediakan juga di Lexis Hibiscus ni tapi tak sempat nak pergi..Ini pun kiteorang main dah dekat 6.30 petang..Nak jalan jalan pusing dekat Hibiscus lagi kan..Yang sebenarnya mak dia nak tengok sunset jer hahahaha..Alooo cantik sangat wak bila matahari nak terbenam tu..
Dinner dan breakfast korang boleh ke Roselle Coffee House..Kalau dinner tak salah ada buat barbeque..Roselle Coffee House ni bersebelahan jer dengan swimming pool..Senang kan? Dia dekat dekat semua satu tempat..Untuk breakfast banyak juga pilihan dia..Semua citarasa ada..Melayu, cina, india dan hidangan barat pun ada dalam pilihan untuk breakfast..
Kiteorang turun awal pagi..Masa kiteorang turun tu, tak ramai orang lagi dekat coffee house ni..Terus bawa anak anak duduk dekat luar..Breakfast depat swimming pool katanya hikhik..Senang duduk luar..Ada anak kecik memang best duduk luar uols..Kalau dekat dalam kang, rasa macam terkepung..Dengar pula kembar tu ketuk ketuk meja hahahaha..Haihh..
Abang long macam biasa lah kena makan nasi..Abang ngah dengan kembar amikkan mihun dan nugget jer..Mak tak tahu berapa kali bangun amikkan anak makanan..Masa breakfast ni, pesan dengan diaorang untuk gosok gigi jer..Tak payah mandi hahahahaa sebab nanti memang agenda dia nak mandi di pool..
Selesai jer makan, kiteorang jalan jalan amik angin pagi di Hibiscus Walk..Kuat sangat angin pagi dekat sini..Ya Allah tenangnya..Dah tak ramai orang..Sebab tu aku cakap, kalau diberi peluang untuk ke sini lagi, aku nak repeat lagiiii...Suka lah lepak sini..Selalunya kalau pergi bercuti dengan budak budak mesti rasa macam penat tapi dekat sini tak..Rasa macam santai jer..
Di Hibiscus Walk ni, korang boleh cuba aktiviti pantai yang disediakan macam banana boat tu..Petang petang memang ramai dekat sini tapi kiteorang decide untuk jalan waktu pagi sebab pagi tak ramai orang..Orang semua sibuk nak pergi breakfast lagi masa ni..Nasib lah kiteorang turun awal, so tak bersesak sangat masa nak makan tu..Cuti sekolah kan, korang kena pandai adjust waktu..
Sepanjang bercuti dekat sini, memang terasa ringan sikit tugas tu sebab abang long sama sama tolong jaga adik..Sebenarnya adik adik kembar memang suka abang long yang handle diaorang hahahaha..Mama tak de pun diaorang ok jer..Sebab abang long ni dia sabar sikit..Adik mengader ngader pun, dia layan jer..Kalau dengan mama jangan harap..Mak nak cepat jer hahahahha..
Malam hari kalau korang tak nak makan di hotel ataupun malas nak keluar dari kawasan ni, pergi jer lepak dekat kedai kedai ni..Ada macam macam pilihan dekat sini..Sama jer kalau korang nak keluar, amik masa dalam perjalanan lagi kan..Ni haaa senang, jalan kaki jer dari hotel..Memang betul betul berdepan dengan pantai..
Anak anak sibuk nak berendam air pantai tu tapi aku pulak macam musykil boleh ke tidak hahahaha sebab dekat situ ada boat..So macam ternampak ada minyak minyak dekat situ..Tu yang aku tak berani anak mandi..Mandi jer dekat kolam nanti hahahahaha..Jalan jalan main pasir tak pe..Kasi chance lah kan..Nama pun bercuti..Dekat rumah tak de peluang nak main pasir tu huhuhu..
Tapi ada jer orang mandi petang petang dekat pantai ni..Ikut lah kan..Kalau korang rasa yakin nak mandi, mandi jer lah..Ada juga gym untuk korang keluarkan peluh dekat sini..Ramai juga orang yang guna gym dekat Hibiscus ni..Ahkak memang tak pergi lah dik gym tu hahahaha..Dengan anak anak jer dah terasa seperti di gym LOLLLLL...
Tak payah suruh, sendiri pandai main pasir hahahaha..Siap pakej baling baling pasir tu wak..Dah satu kerja pula nak membuang pasir dekat rambut haaaa..Nasib baik lah mak kalau bercuti mood memang sentiasa boooikkkk..Kalau dekat rumah dah jadi petir dah tengok anak main baling baling pasir ni..Abang long dengan abang ngah masa ni sibuk collect siput dengan kulit kerang..
Balik dari morning walk, terus bawa anak anak mandi di swimming pool yang bersebelahan dengan playground tu..Budak budak ni memang tak sabar la sebab tadi pun dah breakfast tengok swimming pool..Bila la mama nak bagi kebenaran kan..Disebabkan setiap bilik dah ada private pool, swimming pool yang dekat bawah ni orang tak kisah pun wak hahahaha..Tak de orang..
Maka berendamlah anak anak 4 beradik dekat kolam tu..Mama duduk tepi pool jer sambil update instagram HAHAHAHAHAHAHA...Tak kan lah mak nak mandi juga kan..Depan tu orang masih tengah breakfast oii..Teman anak jer lah..Bagi diaorang mandi puas puas..Kolam ni tak dalam sangat..Dalam 0.5 meter jer hikhik..
Adik tu memang berkepit jer dengan abang long dia..Dia tak kisah pun kembar dia sebab kembar dia penakut air hahahaha..Kemain buat perut abang dah macam pelampung haaaa..Apa yang abang long buat, semua dia ikut..Tenkiu abang long, ringankan kerja mama hahahaha..Mana lah tak berbelang kulit tu, dah panas pun tak nak balik bilik lagi..
Cantikkan sunrise dia...Kawasan ni luas..So bila sunset ke, sunrise ke
memang cantikkkk sangat.. Rasa macam lapang..Saper yang belum lagi pergi
ke Lexis Hibiscus, korang boleh lah book dan stay dekat sini..As for
me, kak fink puas hati sangat dengan servis diaorang..Macam yang aku
cakap dalam entry sebelum ni, walaupun ramai orang tapi servis tu cepat
dan tak terhegeh hegeh hahhaaha.
Grand Lexis Hibiscus
Alamat:
12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan
Phone: 06-660 2626
KLIK Previous Entry: Review Sky Pool Villa Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson
terima kasih client bagi peluang pada kami bercuti di sini..we had so much fun..
2 828 PinKy PinKo say Hi!
best best best!
ReplyDeleteYaaa terfikir lah nk vacay sini.. mcm seronok je.
ReplyDeletewww.cikza.com
Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!