Followers

Keistimewaan Bilik Sky Pool Villa di Grand Lexis Hibiscus Port Dickson

9:42:00 AM

Cuti sekolah hujung tahun hari tu, rezeki kak fink dapat bawa hulubalang ke Lexis Hibiscus, Port Dickson..Memang dah lama nak pergi sini sebenarnya sejak Hibiscus buka lagi..Alhamdulillah hari tu kak fink menang entry terbaik untuk review buku disney..Ni semua hasil kerjasama daripada anak anak juga..Diaorang yang banyak bagi kerjasama masa kak fink record video hari untuk review buku disney tu..



Masa kami check in tu, ya Allah ramaiiiinya orang dekat lobi..Maklum lah cuti sekolah kan..Tapi satu yang aku puji tentang pengurusan Lexis Hibiscus ni, walaupun ramai orang tapi proses nak check in tu sekejap jer..Tak ambil masa yang lama..Aku risau juga kalau dapat check in lambat sebab orang memang ramai..Sambil sambil beratur untuk check in tu, kami disambut dengan Welcome Dance yang comel ni..Kemain budak lelaki tu joget hahahaha..


Bilik kami di Sky Pool Villa..Satu bangunan jer dengan lobi tu..Tak perlu beratur nak tunggu tram untuk ke bilik..Naik jer lif..Kami dapat tingkat 10 kalau tak silap..Kalau yang bilik atas air tu, korang kena tunggu tram dan beratur dekat pintu nak keluar ke playground..Masa masuk bilik tu, kak fink paling suka dengan katil yang disediakan sebab rasanya bilik di Lexis semuanya ada 2 King Size Beds..Memang selesa yang amat..



Ni laluan sebelah katil..Ruangan dipisahkan dengan satu dinding..Luas..Ada 2 bilik air..Kak fink berdiri di depan bilik air yang satu lagi..Macam yang korang nampak, ada lagi satu di hujung sana..Yang tu siap ada bath tub dan shower..Nanti aku tunjuk dekat bawah gambar secara dekat ya bilik air tu..


Nak gosok baju pun senang..Siap siap disediakan iron board dan iron dalam almari ni..Senang tak payah nak angkut angkut bawa keluar..Tarik keluar jer..Masa kiteorang check in tu, tiba tiba ada orang ding dong bilik...Ingatkan kenapa..Rupanya ada orang hantar complimentary drinks and snacks..Sedap pulak biskut dia bagi hahahahaha..Macam rasa biskut dekat Legoland..



Tempat paling anak anak tak sabar nak tengok..Diaorang kemain tuju sini dulu..Buka jer sliding door nampak private pool..Ko ghaser? Menggeletik wak nak terjun..Nasib la mak mampu tahan..Suruh makan dulu..Dah kenyang, kalau nak berkubang, berkubang lah..Mak tak kisah dah..Lepas jer makan nasi, semua cepat cepat tukar baju sebab nak terjun dalam tu..


Dalam juga lah kolam tu untuk budak budak..Nasib lah aku memang dah standby 3 pelampung dari rumah...Untuk kembar dan untuk abang ngah..Abang long boleh guna yang hotel punya hikhik..Cukup cukup jer lah pelampung nya..Bayangkan lah kalau tak bawa, memang tak berani lah nak bagi kembar mandi dalam tu..1.2 meter untuk diaorang dalam oiii..


Pemandangan dari bilik kami..Haaa ni lah keistimewaan yang akan korang dapat bila korang pilih Sky Pool Villa..Korang mampu skodeng orang orang di bawah itu hahahahahaha..Aku paling suka duduk dekat balcony ni bila waktu nak sunset dan sunrise..Cantiknya wak..Tenang jer rasa..Malam malam pun cantik tau bila dapat tengok lampu lampu dari setiap bilik tu..



Klik to Play Video

Keistimewaan lain selain daripada proses check in yang cepat, boleh view satu Hibiscus dan ada 2 katil saiz king yang super selesa, dah semestinya ada private pool untuk setiap bilik kan..Ni memang betul betul percutian namanya..Mama mampu berehat sambil kocak kocakkan kaki dalam kolam jer..Tak perlu nak berpanas, tak perlu nak berebut dengan orang lain dan tak perlu nak pakai tudung time ni hewhew..


Dah ko duduk atas tu, saper jer yang nak tengok..Kecuali lah ko duduk betul betul dekat balcony tu kan..Setakat duduk di tepi kolam tu, memang orang tak nampak..Bebas jer masa ni..Abang long dengan adik tu berani dengan air..Tapi abang ngah dengan abang chik, duduk jer lah dekat tangga tu..Haihh sabar je la mak tau..Pastu jerit jerit, Mama tolong macam mana ni..Haih dah pakai pelampong kan nak..Macam mana apa nyer..


Dari check in sampai lah ke petang tu memang aktiviti berendam jer..Bila lapar, naik kejap makan biskut pastu terjun balik..Kalau korang tanya sama ada Lexis Hibiscus ni patut pergi lagi ke tak? Aku akan suggestkan pergiiiiiiiiiiiiii...Seronok oiii..Bukan anak anak jer yang rasa seronok tu..Mak pak pun mampu berehat dengan tenang..Baru feel cuti tu..



Klik to Play Video

Bila bosan mandi dalam pool, diaorang pakat main dalam bath tub pula..Mandi buih pula ramai ramai..Yang peliknya, muattt pula tu diaorang 4 beradik haaaa...Aku rasa aktiviti kalau stay dekat sini, memang dalam bilik jer lah..Bilik jer pun dah seronok untuk korang lepak lepak..


Ko tengok abang ngah..Siap masuk dengan jacket tu haaaa..Tak menyempat nyempat dari pool terus masuk sini..Nasib baik mak nak layan penuhkan tub dengan buih dulu hahahahaha..Apa lagi seorang mak nak lagi kan..Selain daripada senyuman yang 4 ketol ni bagi..Dah boleh nampak diaorang memang enjoy sangat masa ni..Tugas mak ambil gambar jer sambil prepare makanan hahahaha..Mandi dan makan sajer!


Konsep dia menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada hahahahaha..Dah penat berendam, dia sauna pulak wak..Pastu duduk kejap jer..Panas la mama hahahahaha..Sauna nak..Bukan spa tu..Ko tengok lengan abg long, baru jer nak sekata dah berbelang balik..Eh diaorang bukan mandi dekat pool dalam bilik jer..Tapi mandi juga dekat swimming pool bawah tu..Nanti kak fink kongsikan yang tu ya..


Malam tu sebabkan semua dah penat mandi..Lepas jer makan malam, semua orang tido awal..Abang ngah jer tetiba tak de atas katil..Sekali tengok dah dekat pool hahahaha..Nasib baik dia celop kaki jer..Kalau abang long tak tido lagi mesti dia dah ajak berendam juga tu..Ni tak de geng kan..Celop jer lah ngah kaki tu..


Seee..Cantik kan wak malam malam..Lagi clear bentuk bunga raya tu kalau korang tengok depan depan..Romantic sangat masa ni..Duduk dekat balcony tu dan sambil ambil angin sepoi sepoi malam hari, memang syok..Dalam masa yang sama boleh tengok orang mandi malam malam dekat bawah tu hahahahaah..Adoi skodeng sajer..


Grand Lexis Hibiscus
Alamat: 
12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan
Phone: 06-660 2626
next entry, kak fink kongsikan aktiviti lain selain aktiviti yang ada dalam bilik ya..
gambar banyak ni wak hahahaha..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. syoknyer.. alhamdulillah.. rezeki anak anak kan?

    ReplyDelete
  2. Lexis hibiscus ni belum kesempatn lg nk check in.. Dlu ms promo murah xsempat grab ms tu br launching giler murah rm399 je.. Syok ler ank2 mandi manda kt private pool pastu dlm jacuzzi plak.. Ada kesempatn nanti try sini.. Sebelum ni pernah stay grand lexis heaven gk

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa! Cantik giler bilik tu diya. Si kembar ni pun kalau nampak pool camtu konpem tak sabar nak terjun gak hehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!