Followers

Lavender Farm Cameron Highlands: Jalan Jalan Cari Lavender Ice Cream

10:18:00 AM

Kak fink kan dah lama sangat nak pergi Lavender Farm dekat Cameron Highlands tu sebab last pergi Cameron masa kembar baby lagi huhuhu..Lamanya tak naik Cameron. So hari tu kiteorang plan nak pergi sana pagi pagi sebab takut tengah hari nanti susah nak cari parking kalau nak ke sana..Memang first stop kami terus ke Lavender Farm ni..Alhamdulillah sampai pagi, nak parking pun senang..Depan tu jer wak park kete..


Sampai sampai jer terus beli Lavender ice cream ni hahahaha..Geram pula tengok orang post gambar ice cream warna purple ni..Tengok macam sedap..So teringin lah nak cuba, sedap ke? Sekali tengok harga RM6.00 satu wak hahahaha..Amboi mahalnyer..Dah lah nak masuk Lavender Farm ni pun kena bayar. Tapi sebab nak cuba, mari lah beli juga. Eh sedappp juga..Tak de lah pelik rasa dia. Memang ada rasa lavender tu..Recommended!


Beli 4 terus..Tak kan nak beli 1 jer kan hahaha..Ni yang kecik kecik ni tengok ice cream dah teruja hahahaha..Pagi dah makan ice cream..Mak bagi chance lah..Memang kiteorang pergi sini pun nak food hunting. Pergi Cameron nak buat apa jer uols. Makan jer lahhh hahahaha..Duduk sini memang cepat laporr..Abang ngah masa masuk sini dia macam boring boring sebab tengok sana sini bunga hahaha..So macam apeni? Apa bunga bunga ni? Sekali mak bagi ice cream terus hilang rasa boring tu..Gula dah masuk..Berlari sajer..


Disebabkan dia warna pink. Ok masuk dalam blog hahahahaha..Cantiknya awak ni..Kalau lah boleh tanam dekat Rawang tu..Tapi tak pe lah, takut bawa balik rawang mati pula awak yang cantik ni..Rawang panas..Tak sesuai hahahaha..Duduk jer lah dekat Cameron tu..Dekat Lavender Farm ni memang banyak tempat yang boleh kita amik gambar..Banyak tempat yang cantik cantik..


Nampak tak kakak dekat situ? Hindustan sangat ko kak fink. Asyik amik gambar anak jer..Mak pun teringin juga nak posing di celah celah bunga yang warna warni ni..Bukan sajer sajer untuk amik gambar jauh yer..Tu semua untuk ilusi kurus di social media HAHAHAHAHAHA...Kalau posing depan depan kang, penuh pula muka kita..


Ni bahagian atas Lavender Farm..Masa kiteorang pergi ni, tak ramai sangat orang..Memang sajer nak  pergi waktu weekend macam ni. Bukan pergi waktu perayaan atau pun public holiday. Pening nanti..Makan masa dari satu tempat ke satu tempat..Even weekend pun korang kalau nak tenang, pergi waktu pagi sebab masa kami turun dari Lavender Farm ni tengah hari, dah jammm ok nak ke sini..


Seronok lah pergi kali ni sebab kembar dah besar kan..Dah senang nak lepaskan diaorang..Dulu pergi mama kena pakai carrier..Ya Allah penatnyer..Nak mendaki lagi..Sekarang ni dah boleh jalan sambil chill chill jer..Diaorang pun dah pandai nak berposing..Dah besar kata nya..Mak pun senang hati nak petik camera...



Abang ngah seboleh boleh nak amik gambar dekat labu besar ni HAHAHAHAHAHA..Tak paham lah..Dia jarang jarang request nak amik gambar. Sesekali dia request tu, ko kena layan ok..Bukan senang nak ada gambar yang dia betul betul pandang camera melainkan yang dia request nak bergambar dekat situ. Kalau korang perasan, gambar abang ngah memang jarang yang pandang camera huhu..Pasrah!


Kaki kaki instagram memang kena pergi sini la kot hahahaha..Banyak haaa tempat korang boleh posing. Berbaloi lah bayar nak masuk..Lama sebab berhenti nak amik gambar jer dekat sini..Dari sini, kiteorang proceed ke Kea Farm..Nak cari sayur wak..Amboi jauh sangat beli sayur minggu tu huhu..Sesekali kan..Lepas ni 2 tahun lagi baru naik Cameron hahahahaha..


Sebelum balik tu, sempat minta kembar amik gambar berlatar belakangkan bunga bunga kuning ni..Alooo cantikkknyaaa..Nanti nak besarkan lah gambar ni..Sayang sangat dekat budak kehpam 2 orang ni..Masa ni diaorang ok..Sekali lalu dekat kedai souvenir, dia tak nak jalan!!! Nak beli keychain hahaha..Kecik sangat ni nak beli keychain ni nak..Nak buat apa nak oii..Bag tak de lagi nak gantung keychain.



Bayaran Masuk Dewasa: RM8.00
Bayaran Masuk Kanak Kanak: RM5.00

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis: 9.00 Pagi - 6.00 Petang
Jumaat - Ahad: 9.00 Pagi - 7.00 Petang

hari tu pergi, cuaca macam tak sejuk sangat..tapi tak de lah berbahang sangat..
kita baru nak fefeeling sejuk kabus kabus gittew..



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Kalau tak macam malas dah nak pergi Cameron sebab selalu sangat pergi. Plus, malas bersesak dengan orang yang tak pernahnya ramai, tak pernahnya tak jammed. Tapi, entry ni buat rasa rindu pulak nak pergi Cameron. Alaaa kenapalaahhh tak pernah teringin nak beli lavender ice-cream tuh selama ni... Ingatkan rasa dia pelik sebab lavender kan wangi. 😭😭😭

    Kalau nak merasa sejuk, musim hujan pergi Cameron memang menggeletar. Kalau tidur sana pun tahap lagi sejuk dari aircond. Paling tak best bila terasa nak ke toilet. Sebab air dia tu dah sama sejuknya macam air dalam peti ais! Haha.. 😂😂😂

    ReplyDelete
  2. wah menariknya aiskrim tu...pernah pegi Lavender Garden ni tapi tak naik sampai atas sebab masa tu tengah pregnant. nanti boleh pegi lagi.

    jemput baca entry terbaru di blog saya Kak Fink

    http://dotneeda.blogspot.my/2017/03/set-penjagaan-wajah-nutriwhite-yang.html

    ReplyDelete
  3. akak tahu kami pergi time cuti sekolah hazabedah giler.. huwaaaa.. sebab org sponsor pergi kan.. kalo sndiri pergi mmg jue pontengkan jer bebudak ni heheheh

    ReplyDelete
  4. lain2 kali dah x masuk kot. anak2 pun xmau dok lama,bosan

    ReplyDelete
  5. aida pon dah gi sini. nice place.
    cantik2 bunga nyer warna warni.
    in shaa Allah mac ni nak gi lagi.
    lepak CH 1 mlm :)

    ReplyDelete
  6. amboii feeling hindustan dia...malas layan dah...kbai..hahahahha

    ReplyDelete
  7. lamanyaaaa tak naik cameron huhuuu

    ReplyDelete
  8. Cantiknya Lavender Farm ni! Buat photoshoot cun laa kan

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!