Followers

Berkat Madinah Kajang: Kedai Makanan Sunnah & Pasaraya Arab Dalam 1 Bumbung

8:36:00 AM

Sebelum ni kak fink pernah ke Berkat Madinah cawangan Ampang. Kali ni kak fink berkesempatan untuk jenguk pula Berkat Madinah yang terletak di Kajang. Untuk yang tak tahu lagi apa tu Berkat Madinah, haaa dekat sini lah lubuk untuk korang cari pelbagai jenis makanan sunnah yang berasal dari tanah arab di bawah satu bumbung..Menarik ke tak?


Nak dekat dekat Ramadan ni, mesti ramai yang cari makanan sunnah sebagai pembekal tenaga untuk bertahan sepanjang hari hari kan? Terutama ibu ibu mengandung dan menyusukan tu. Mesti ramai cari kurma, habatus sauda, chia seed, jus delima dan banyak lagi yang korang perlukan sebagai milk booster..


Dekat Berkat Madinah ni, kurma ada banyak jenis..Ada yang jenis timbang, ada yang dalam kotak dan ada juga yang dijual secara borong. Yer lah masa bulan puasa ni lah banyak syarikat syarikat korporat yang borong buah kurma sebagai hadiah kepada clients. Tak payah susah hati ya, pelbagai jenis harga untuk kurma ada ditawarkan di Berkat Madinah ni..


Kalau tanya aku, mesti Kurma Ajwa yang menjadi pilihan. Terutamanya yang jenis kering tu. Abang long pun suka dengan Kurma Ajwa ni. Yang jenis melekit tu, kurang sikit untuk tekak dia.. Tapi kalau jenis Kurma yang kering sikit tu, berbiji biji dia boleh makan..Sedappp!


Yang atas ni untuk belian secara borong..Kotak besarrr haaaa..Yang kotak kecik macam kotak bawah ni cuma RM9.90 sahaja..Abang long cakap yang ni lagi sedap mama hahahaha..Ok mama dah tahu dah nak beli yang mana nanti buat stok di bulan Ramadan..Kena beli yang dia suka, yang dia nak makan baru tak membazir wak..


Ni bahagian paling aku sukaaaa! Bahagian kekacang. Cakap jer nak kacang jenis apa. Pistachio? Gajus masin? Gajus Manis? Banyak pilihan dekat sini. Biji aprikot pun ada ya. Macam yang semua tahu, biji aprikot kan bagus untuk mencegah kanser. Ya Allah pahitnya masa gigit tu. Patutlah jadi ubat wak..Kalau korang tak tahu nak cari dekat mana selama ni. Dekat Berkat Madinah ada dijual..



Coklat dari Arab pun adaaaaa..Pilih jer nak yang mana. Yang jenis susu, kopi ataupun kurma. Semua ada dekat sini.. Favourite area untuk abang long. Sempat la dia rasa coklat mana yang sedap hari tu. Dia suka yang ada kurma. Aku syak anak aku memang suka makan kurma rasanya hahahaha..Asal ada kurma jer sedap pada dia..


Ni yang abang long cuba hari tu. Ada kurma dalam tu..Korang pilih lah nanti bila datang ke Berkat Madinah ya. Nak pergi tanah Arab tak de modal lagi. Dapat rasa makanan dari sana pun dah suka kemain. Semestinya halal ahahahaha..Makanlah tanpa was was coklat itu..


Ramai kan dah tahu tentang khasiat dan kebaikan Arabic Gum ni. Banyak sangat khasiat yang korang boleh dapatkan dari Arabic Gum. Terutama untuk mereka yang ada kencing manis. Boleh letakkan sedikit Arabic Gum ni sebagai pengganti gula..Yang ni yang jenis instant dan senang larut ya..Ada juga yang kena direndam semalaman..


Gambar bawah ni yang korang kena rendam dulu. Bukan instant yang ni..Kalau ke Berkat Madinah, pilih jer nak yang jenis instant atau tak. Kalau nak mudah dan terus boleh diminum, aku cadangkan korang pilih Arabic Gum yang instant tu jer..Harga ada kak fink kongsikan di gambar tu untuk rujukan semua..



Nak cari Chia Seed pun ada di sini. RM20.00 jer sebotol wak. Banyakkk haaa..Chia Seed pun banyak khasiatnya..Terutama untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, boleh lah amalkan Chia Seed ni..Nanti aku nak beli Chia Seed ni sebelum puasa ni..


Air zam zam pun antara yang wajib ada di Berkat Madinah ya..Botol besar ada..Botol kecil pun ada..Senang kan? Semua di bawah satu bumbung..Apa sahaja barangan dari tanah Arab yang korang nak, insyaAllah semua ada di sini..Datang jer ke Berkat Madinah cawangan Kajang ataupun Ampang..


Yang mencari Habashi Black Seeds Oil untuk disapukan di rambut ataupun kulit, di Berkat Madinah ada dijual 2 saiz. 1 botol besar dan 1 lagi botol kecil sikit..Harga pun tak mahal..Belasan ringgit jer haaa..Mampu poket untuk korang dapatkannya..


Olive Oil dekat Berkat Madinah ni ada 2 jenis. Satu adalah Organic dan satu lagi adalah Extra Virgin..Beza nya dari segi harga. Organic mahal sikit daripada Extra Virgin tu..Ada 2 saiz untuk Olive Oil ni..1 botol besar dan 1 lagi botol kecil. Tak ingat pula saiz dia..Nanti korang boleh check it out dekat Berkat Madinah ya..


Minyak Zaitun ni bukan hanya boleh digunakan dalam masakan tapi juga boleh digunakan untuk sapuan pada seluruh rambut untuk menjadikan rambut lebih sihat...Antara khasiat minyak zaitun ni adalah mengurangkan risiko penyakit kencing manis, membina ketahan daripada osteoporosis dan juga membantu mengelakkan daripada kanser kulit..


Haa paling sesuai untuk golongan wanita. Shifaa Date Syrup merupakan makanan tambahan pilihan terbaik untuk ibu mengandung, ibu menyusu, selepas bersalin, selepas nifas dan juga ketika menopause..Yang penting tak de gula tambahan dan ianya 100% semulajadi..


Ada tak yang mencari Hadramowt Honey. Ada banyak perisa rupanya madu ni. Harga pun tak sama. Bermula dengan harga RM35.00 sehingga yang paling tinggi RM60.00 sebotol, korang boleh beli mengikut citarasa sendiri di Berkat Madinah..



Baraka ni antara yang mendapat sambutan ramai juga. Even arwah mak aku dulu pun suka makan Baraka ni..Yer la ada habbatus sauda kan..Semua orang pun tahu, habbatus sauda ni sangat bagus. Mampu merawat pelbagai jenis penyakat. Dekat Berkat Madinah ada 2 jenis..Ni haa 2 kotak kak fink kongsikan dengan korang..Pilih jer mana yang korang nak. Khasiat dia sama jer..


Yang nak dapatkan Pati Buah Delima pun ada dekat Berkat Madinah. Antara khasiat Pati Buah Delima ni adalah dapat menurunkan tekanan darah dan menurunkan LDL (Low-Density Lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolestrol jahat. Selain tu, ianya juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, mencegah barah payudara dan membantu platlet darah daripada bergumpal menjadi darah beku..



Korang pernah makan Baklova tak? Ni manisan yang selalu dimakan oleh masyarakat arab..Sedap juga tapi untuk aku tak boleh nak makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa sebab rasa tu manis..Kena banyak minum air lepas makan ni..Yang bawah ni diaorang panggil sarang burung. Crunchy sangat..


Yang bawah ni yang abang long paling suka sebab ada kacang pistachio..Sama juga crunchy dan manis..Kacang kacang tu yang buat sedap baklova ni..Kalau korang tak pernah cuba lagi manisan ni, kena rasa ya..Yer lah bukan semua tempat jual. Dekat Berkat Madinah semua menu menu arab korang dapat merasainya..



Tengok ni dua dua tak tahu lah berapa kali makan baklova tu..Yang sorang suka sarang burung. Yang sorang lagi suka yang ada kacang pistachio..Ni pengalaman pertama abang long rasa baklova..Tak sangka pula dia suka..Aku dah pernah rasa sebelum ni masa pergi Berkat Madinah di cawangan Ampang dulu..Dekat Ampang lagi banyak pilihan baklova..


Roti ni kan aku pelik tau kenapa setiap kali letak jer dekat bakul tu mesti habis..Serious curious sedap sangat ke? Setiap seorang customer yang masuk, mesti ambil banyak banyak..Yer lah harga pun tak mahal. Satu tu cuma RM0.50 jer wak..Terus nak cuba rasa. Sedap ke? Lepas jer pekerja Berkat Madinah tu letak dalam bakul, cepat cepat kiteorang bungkus sorang dua hahahahaha..Kalau lambat mesti habis nanti..


Masa ambil roti ni memang tengah panas..Huwaaa patutlah asyik berebut jer dengan customers lain. Sedappppp! Makan pula masa tengah panas panas tu, terus rasa tak cukup satu..Sebab tu aku amik 2 roti ahahahaha..Sedapppp! Padahal roti tu kosong jer ye..Tak de inti apa apa pun..Korang kena cuba kalau ke sini..Ambil jer 2 terus untuk sorang makan hahahaha..Satu tak cukup!


Lepas jer makan, mesti tekak minta untuk minum air kan..Kiteorang diberi rasa air delima yang fresh diperah di situ. Tanpa tambahan air ataupun gula. Memang pekat kawwww.. 1 botol tu cuma RM10.00 sahaja..Ibu ibu mengandung yang mengidam nak minum air buah delima ni, meh lah datang Berkat Madinah..




Segala rempah ratus untuk memasak nasi arab pun ada dijual di Berkat Madinah..Sesiapa yang minat nak masak Nasi Mandy ataupun Nasi Briyani, boleh lah cari rempah ratus di sini..Macam macam jenis rempah ada ok..



Yang mencari daging kambing dan segala bahagian kambing pun ada dijual di Berkat Madinah..Kemain besarrr haaa kambingnya..Mana tahu nak buat Briyani Kambing kan..Haaa di sini semua ada..Rempah ada..Daging ada..Pilih jer nak bahagian kambing yang mana..


Korang pernah makan ke buah pinggang kambing? Aku tak pernah makan lagi. Tengok macam hati kan tapi sebenarnya buah pinggang huhuhu..Nampak macam pelik tapi untuk orang yang dah biasa makan, diaorang cakap sedappp..Lebih kurang rasa macam hati kata nya..Mungkin boleh cuba satu hari nanti..


Jeruk jeruk pun ada di sini. Hari tu kiteorang diberi juga rasa jeruk buah zaiton..Rasanya menu menu hidangan masyarakat Arab ni memang kena letak jeruk sikit dalam masakan. Hari tu aku nampak salah seorang pelanggan Berkat Madinah, beli jeruk ni penuh 1 plastik..



Air mawar pun adaaaa! Mengikut kata pengurus dekat situ, tak sesuai untuk diminum tapi kalau korang nak buat sebagai penyegar muka ataupun kegunaan luar boleh jer..Aku suka bau rose..Rasa macam refreshing.. Hari tu adik aku pernah kongsi tips untuk dapatkan muka yang glowing boleh amalkan dengan air mawar. Dia dapat tips ni pun dari kawan india yang dia selalu jumpa di sekolah masa hantar anak. India memang suka guna air mawar kan? Murah je wak, RM6.90 sebotol..



Yang nak cari pelbagai jenis jem ataupun coco cream macam ni pun ada dijual di sini. Yang kak fink pegang ni, Hazelnut Cocoa Cream. RM11.90 jer sebotol..Jem dan cream ni semua memang dari tanah Arab ya..Aku memang suka dengan rasa Hazelnut sebab Hazelnut tak meloyakan sangat bila dimakan..


Madu dengan campuran yang berbeza pun ada dijual. Tu yang untuk golongan berkahwin tu saper nak cuba? Hikhikhik..Rasa dia macam berempah sikit tapi dalam masa yang sama, rasa la juga manis madu tu..Cuma dia ada campuran rempah sekali..


Minyak wangi roll-on pun ada dijual juga area sini. Yang paling aku suka bau kasturi. Bau dia macam bedak. Tak pening langsung..Sedap sangat bau tu..Bermula dengan harga RM15.00, RM25.00 dan RM45.00 yang roll-on tu, korang pilih jer lah nak botol saiz mana..


Nampak tak apa yang customer tu beli? Tu haaa dia beli yang roti kita cakap dekat atas tadi wak. Banyak ke tidakkkkk? Diaorang memang jenis beli dalam kuantiti yang banyak ya. Tu yang aku curious tu. Sedap sangat ke? Akhirnya terjawab juga soalan tu..Memang sedap..Wajib beli..


Website: www.madinah.com.my

Alamat: Berkat Madinah (Cawangan Kajang)
Ground Floor Unit No. PA-S-17 PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

boleh KLIK my previous entry: Berkat Madinah Cawangan Ampang




You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Thanka for sharing wak! Tak pernah tahu kewujudan kedai ni.

    Susun atur kedai dah macam kat madinah tu..rasa tak sabar pulak nak terjah :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama ta gi sini. Dekat jer dengan umah kita wak. Nak cari kurma.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!