Followers

BOH Green Tea Latte Party Yang Memberi Kenangan Manis Untuk Permulaan 2017

3:17:00 PM

Sebenarnya kan terlupa nak share dengan korang tentang BOH Green Tea Latte Party ni. Nasib kita datang sebagai pemenang contest jer hikhik. Rezeki hari tu kak fink masuk contest anjuran blogger cantik Sunshine Kelly. Jadinya semua pemenang dirai dalam satu party bersama sama dengan BOH..Dalam masa yang sama, dapatlah rasa teh terbaru keluaran BOH iaitu BOH Green Tea Latte..


Kalau kata party atau event, tak lengkap rasanya tanpa photo booth kan...Kak fink pula sejenis yang tak boleh tengok photo booth ni. Nak bergambar sajer hahahahaha...Nasib baik ambil gambar banyak hari tu sebab ada contest juga yang melibatkan gambar..Sambil sambil ambil gambar tu, kami disajikan juga dengan hidangan air daripada BOH Green Tea Latte. Yang ni siap letak dengan red beans lagi dalam tu. Creammyyyynyaaaa..Sedap yang amat! Korang dah cuba belum? Kalau belum, boleh lah cuba nanti..Serious rasa tu memang buat korang nak minum lagi dan lagi..Eh ni jujur tau


Tema hari tu memang hijau wak. Yer la nama pun BOH Green Tea Latte Party kan..Dari air sampai segala jenis kuih pun hijau hahahaha..Kita pun pakai skirt dan tudung hijau hari tu ok..Mengikut tema sangat ni..Yang bestnya, sebanyak mana nak minum air BOH Green Tea Latte tu, minumlah..Tak de saper nak marah..Minum jer pun dah kenyang..


Sambil sambil makan dan minum, kami diminta untuk mengambil gambar flatlay yang menunjukkan BOH Green Tea Latte dan suasana party masa tu..Kakak gigih lah tak makan sangat semata nak ambil gambar hahahaha..Letak bunga, letak gambar photo booth, letak air BOH Green Tea Latte dan juga kamera..Eh kamera tu harus, maklum blogger dan kamera kan berpisah tiada..So gambar di bawah ni lah yang kak fink kongsikan untuk contest masa BOH Green Tea Latte Party tu..Cantik tak wak? hikhik..


Memang tak jangka pun gambar ni terpilih sebagai pemenang pertama. Sebab kak fink memang tak pandai sangat buat flatlay ni..Alhamdulillah rezeki berpihak pada kak fink. Terima kasih pada judges dari pihak BOH sendiri yang memilih gambar ni sebagai gambar tempat pertama..Rasa nak nangis masa dia umum tu..Menggigil tangan kita..Dan yang lagi kelakar, aku baru nak makan hahahaha..Tadi sibuk mengambil gambar sangat. Baru je sudu masuk dekat mulut dah kena announced nama..Yayyyy...Happy me!


Mula mula ingat dapat hamper daripada BOH jer tapi tak sangka lagi sekali bila emcee announced dapat vouchers Parkson yang bernilai RM500.00..Huwaaaaa lagi rasa terkejut..RM500.00 tu macam macam boleh beli..Besar sangat untuk diri ni..Expired pun lambat lagi..Januari 2019 baru expired hikhik..So kita simpan dulu lah..Mana tahu nanti nak shopping untuk raya ke kan..Alhamdullilah..Terima Kasih BOH!


Balik rumah tu, anak anak dah excited tengok mama bawa balik hadiah besar sangat ni hahahaha..Terus unboxing dan inilah hasilnya...Banyak sangat stok teh kita wak..Setahun ni boleh tahan. Yer la bayangkan satu kotak tu ada 15 ke 30 sachet..Tu haa berkotak kotak dengan pelbagai rasa untuk dicuba..Vouchers tu anak anak lah yang paling happy. Ok nanti kita beli baju raya yer nak..


Terima kasih BOH dan terima kasih Kelly sudi pilih i sebagai pemenang untuk contest you..Kalau Kelly tak pilih pun tak dapat juga nak ke party ni..Meja kiteorang hari tu boleh dikatakan semua menang..Tahniah juga pada Kelly dan Aiin yang turut serta menang..Korang boleh follow Sunshine Kelly di blog atau facebook dia ya..Kelly selalu juga buat contest..

Website: www.boh.com.my
Instagram: @bohteamalaysia

moga 2017 terus dilimpahi rezeki untuk anak anak..aminnnn!
yang belum cuba BOH Green Tea Latte boleh cuba, creamyyy sangat..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wah.. Bestnya stock tea tu.. Ohsem sangat..

    ReplyDelete
  2. dpt p event camni syok..menang hamper pastu dpt voucher parkson lg syokkk

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!