Followers

NEW KFC Value Treats Fan Party!

2:20:00 PM

Hari tu kak fink berpeluang sekali lagi ke KFC Party yang diadakan di outlet KFC Pavillion Elite. Lepas jer ambil abang long sekolah agama, terus kiteorang ke sana..Abang long la yang paling tak sabar sebenarnya hikhik..Party start lebih kurang dalam pukul 8.00 malam lepas semua jemputan dah sampai. Biasa lah wak, petang petang tu traffic memang mengundang sikitkan..Nasib kita gerak awal..


Kali ni KFC memperkenalkan menu baru untuk KFC Value Treats..Masa tu kiteorang rasa semua menuuuu..Ada 5 semuanya..Perghh kenyang yang amat ni..Tu pun ada set yang aku kongsi jer dengan abang long hahahaha..Tak mampu ok nak makan lagi..Korang dah rasa belum menu baru KFC Value Treats tu? Kalau belum, meh kak fink kenalkan pada korang satu per satu ya..


Rangkaian menu baru KFC Value Treats merangkumi selera dari hidangan ringan hinggalah hidangan yang berat. Kalau korang perasan, menu KFC Value Treats kali ni mempunyai lebih pilihan kerana ia menawarkan menu dalam bentuk burger, wrap dan juga bowl..Antaranya adalah:
1. Zinger Slider
2. Salsa Roller
3. Zinger Mushroom Soup
4. Shoyuken Rice Bowl
5. Loaded Potato Bowl


Kalau korang rasa nak makan ringan ringan jer, boleh lah pilih Zinger Slider bersama dengan sos Island yang baru tu..Ataupun Salsa Roller..Antara 2 ni kak fink suka lagi Salsa Roller sebab sedap. Isi ayam rangup di wrapkan dengan sos salsa dan tortilla tu memang ngam. Sos tu kot yang buat sedap..Selain tu ada juga Zinger Mushroom Soup yang dicampur dengan isi ayam dan juga jagung untuk korang cuba ya..

Bagi yang memang nak cari hidangan berat, korang boleh cuba Shoyuken Rice Bowl yang diinspirasi daripada hidangan jepun. Selain tu kalau kata tak nak makan nasi tapi cukup untuk mengalas perut yang lapar, korang boleh cuba Loaded Potato Bowl. Rasa potato ni macam cheesy sikit..Kena la makan dengan kentang yer tak? Tapi aku suka Shoyuken Rice Bowl lagi hahaha..Tekak akak kena nasi dik..Kiranya antara 5 menu ni, Top 1 pilihan kak fink mestilah Shoyuken Rice Bowl sebab aku dah rasa lima lima kan..So boleh lah review mana yang paling sedap untuk tekak ni..


Malam tu juga kami dihiburkan dengan persembahan secara Live dari penyanyi terkenal Aizat Amdan. Eh suara dia memang sedap walaupun nyanyi Live..2 lagu lama dan 1 lagi lagu baru..Semua pakat nyanyi sama sama wak termasuklah kak fink tu..Padahal aku buka lirik dekat handphone hahahaha..Kalau tak akak miming jer lah..Otak susah nak ingat sikit lirk lirik ni..Urat putus banyak sangat katanya..Kahhhh!


KFC Party tanpa games bukan lah party kata nya kan..Malam tu aku berganding dengan Iday untuk game menyediakan 5 menu baru KFC Value Treats ni menggunakan bahan bahan yang telah diberi. Main masak tipu tipu gituuu..Team kiteorang kena sediakan Zinger Slider..Tapi tak sangka, team kami No.1 HAHAHAHAHAHAHA..Ya Allah serious tak sangka sebab kiteorang ingat dapat No.5. Team lain kreatif dan hebat hebat semuanya..Rezeki kan..Alhamdulillah..Tahniah untuk kami hahahaha..


Rasanya ni party paling lama habis malam tu hahahaha..Yang penting semua enjoy kan..Thanks PR dan KFC sudi jemput kami. Bila next party kahkahkah..Nanti jemput lagi ya..Yang belum cuba menu baru untuk KFC Value Treats, boleh lah ke mana mana KFC yang berdekatan dengan korang ok..Harga bermula daripada RM3.90 ke atas untuk satu hidangan...

Instagram: @kfcmalaysia

cuba tau Shoyuken Rice Bowl tu..kenyang dan sedap!



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!