Followers

Pizza Hut: DiSebalik Tabir Penghasilan Pizza Dari Dapur Pizza Hut

8:30:00 AM

Masa kak fink dapat peluang untuk masuk dan merasai sendiri pengalaman membuat pizza di dapur Pizza Hut bersama sama dengan General Manager Pizza Hut minggu lepas, kak fink memang terus terima peluang ni..Aku memang suka main masak masak. Dapat pula masuk dapur dan merasainya sendiri merupakan satu pengalaman manis sepanjang berblog ni..


Jujur kak fink cakap, masa mula mula berjumpa dengan General Manager Pizza Hut ni, aku nervous sangat oiii..Muka seriousnya. Tapi bila dah kenal secara dekat dengan Mr. Eric Leong ni, terus rasa selesa dan tak sabar nak mulakan aktiviti menyediakan pizza tu..Oo ya, hari tu kak fink dan 2 orang lagi rakan bloggers iaitu Kelly dan Elana akan turut serta dalam cabaran ni tau..


Tengok jer lah Mr. Eric tu..Dia pun nak posing manja manja juga hahahahaha..Adoi..Cool sangat General Manager macam ni..Muka jer serious tapi kelakar, peramah dan orangnya penuh dengan tips tips masakan ok. Banyak ilmu ni..Korang tak boleh tipu dia sebab dia lagi pandai masak hahahahaha..Tercabar kita wak sebagai seorang wanita..


Kitchen tour kami dimulakan dengan melihat sendiri keadaan yang ada dalam freezer tu..Kiteorang siap masuk ok dalam tu..Sejukkkknyaaaa! Semua bahan bahan seperti kentang goreng tu akan diletakkan dalam ni. Ini bagi memastikan bahan yang akan dihantar ke meja dalam keadaan yang baik dan segar..


Ni keadaan dalam freezer kedua. Suhunya tak berapa sejuk seperti freezer sebelumnya..Di sini lah bahan bahan untuk membuat pizza seperti cheese, tomato dan bahan bahan mentah yang lain di simpan. Pizza yang dihasilkan daripada Pizza Hut ni bukan frozen pizza yer wak. Semuanya dibuat satu per satu dari penghasilan doh dan juga bahan bahan yang ingin diletakkan sebagai topping..


Mushroom soup in the making. Haa selama ni tahu order je kan..Di sini kami berpeluang melihat betapa sibuknya krew krew Pizza Hut bertungkus lumus di dapur bagi menyiapkan tempahan pelanggan..Lepas dah dibawa pusing pusing satu dapur, barulah kami di ajar cara cara menyediakan pizza ..Fuhh nervous sangat ni..Takut tak jadi sebab tak pernah lagi seumur hidup buat pizza hihi..


Bila masuk bab penyediaan makanan ni, pastinya aspek kebersihan dititikberatkan. Semua kena basuh tangan sebersih bersihnya..Ada step tau masa basuh tu. Bukan cincai cincai jer..Ada langkah langkah yang perlu kami patuhi..Dah siap basuh tu pula kena lap tangan kering kering dan pakai hand sanitizer..



Mesti ada yang tertanya tanya kenapa tak pakai glove jer kan? Haaa untuk menguli doh ni, memang kita tak guna glove sebab nanti melekat lekat pula doh tu tadi masa proses menguli. Sebab tu lah, semua kena cuci tangan sebersih bersihnya..Barulah korang boleh pegang doh tadi..Masa ni kami kena menguli 3 doh..Tapi sebelum tu, kenalah timbang dulu..Setiap doh mesti lah seberat 250 gram..


Tak mudah tau nak dapat berat yang sama iaitu 250 gram..Kena potong berapa kali baru dapat hahahaha..Maklumlah kita kan baru beginner. Baru nak belajar. Tapi kalau boss dan krew krew di sini, sekejap jer diaorang dapat berat yang betul..Setiap aktiviti kami ni, diajar dan dipantau sendiri oleh Mr. Eric. Tu yang tambah nervous lagi tu..Tapi tak perlu risau sebab Mr. Eric ajar tak stress pun hahaha..Kelakar lagi ada..Santai santai jer..


Haaaa ni lah rupa doh yang telah ditimbang dan diuli secara membulat..Doh tu tadi kena dibiarkan sehingga kembang. Lepas tu barulah kita boleh nipiskan ia menggunakan mesin yang ada di situ..Tapi sebelum kita masukkan dalam mesin tu, kenalah kita nipiskan doh tadi menggunakan tangan  hikhik..Cuba refer gambar di bawah ni ya..


Taraaaa! Dah nipis dah doh tadi..Bila doh dah nipis, barulah ianya akan dimasukkan dalam pan yang telah diletakkan dengan minyak soya.. Haaa tapi belum boleh guna terus ya..Kena simpan dulu dalam tempat yang sejuk untuk beberapa jam.. Nampak macam mudah nak buat pizza kan? Tapi serious makan masa..Bak kata Mr. Eric, makanan yang sedap memang mengambil masa yang lama hahahaha..Gituh!


Ni yang dah siap kak fink masukkan dalam pan yang diisi minyak soya tadi..Ok kita simpan dulu yang ni..Next step, kak fink akan letak topping! Part yang paling ditunggu tunggu adalah nak letak topping tu lah hahahahaha..Tak sabar nak cipta menu pizza sendiri..Dari rumah dah planned nak letak cheese banyak banyak..


Rasanya ni favourite station untuk semua orang..Semua bahan bahan untuk topping ni daripada bahan bahan yang segar ya..Dipotong dan diletakkan mengikut kuantiti waktu tersebut..Contohnya, bila waktu makan tengah hari dan malam, bahan bahan yang diletakkan adalah lebih banyak berbanding waktu lain sebab pesanan akan lebih banyak pada waktu waktu macam ni..Untuk makluman korang, bahan yang tak habis digunakan akan dibuang terus. Takkan disimpan..


Masa ni kami diberi peluang untuk mencipta topping tersendiri. Bila big boss bagi peluang jer, dalam kepala teringin nak buat seafood pizza hahahhaha..Yang penting kena cheesyyy barulah sedap kan..Seronok duduk area sini..Rasa nak letak macam macam dekat atas tu hahahaha..Bahan bahan yang kak fink guna adalah isi ketam, tuna, nenas dan pastinya mestilah ada cheese sebagai bahan pelengkap pizza kan..Tak menarik lah kalau pizza kurang cheese ye tak?


Bila dah siap toppingnya..Barulah pizza tadi dimasukkan ke dalam oven..Haaa ni meh kak fink nak kongsi dengan korang ni. Pizza ni perlu di masak selama 7 minit 30 saat ya. Tak boleh kurang dari waktu tu..Kalau sebelum ni, mesti ramai yang merungut bila dapat pizza lambat kan..Eh aku dulu pun macam tu juga..Tapi bila dah tahu, nak masak sesuatu pizza tu memang mengambil masa..So lepas ni tak boleh marah yer wak..Tak mudah tau..


Bila pizza dah siap di masak, barulah boleh diangkat dan dipotong mengikut potongan yang betul. Walaupun area sini macam berbahang sikit tapi seronok dapat tengok pizza yang kita masak sendiri tu menjadi dengan jaya nya..Bak kata Mr. Eric, pizza yang cantik adalah toppingnya yang sekata dan tak membukit..Pizza i lah tu kahkahkah..


Cantik tak kejadian seafood pizza akak ni? Yayyy..Tak sangka menjadi! Alhamdulillah seronok sangat masa tengok pizza ni hari tu tau..Bila makan, rasa puas bila dapat rasa tuna dan isi ketam tu..Yang penting, campuran nenas tadi yang membuatkan kita lagi berselera nak makan hahaha..Eh bukan puji diri sendiri tapi hari tu masa Mr. Eric rasa, dia yang cakap pizza ni boleh jual kihkihkih..


Selesai jer tugasan kami di dapur Pizza Hut, semua dijamu dengan menu menu yang terdapat di Pizza Hut Pavillion Elite ni. Korang kalau nak rasa menu menu istimewa lain daripada cawangan yang lain, boleh lah ke Pizza Hut Pavillion Elite yang terletak di Tingkat 1..Cawangan di sini merupakan cawangan istimewa. Sebab tu menu yang ada pun sedikit berbeza daripada cawangan lain..Dekorasi pun lebih modern. Cantik tau deko dekat sini..


Kalau dekat cawangan lain, tak rasa pumpkin soup tu kan? Haaa dekat sini ada..Yang nak rasa pumpkin soup yang sangat creamy tu, boleh lah datang ke sini. Lebih pekat daripada mushroom soup. Sedapppp! Kak fink suka. Makan dengan garlic bread pun sedap.. Korang cuba lah nanti..Mengenyangkan..


Ni haaa dessert paling menggoda malam tu..Ya Allah kenyang betul. Ingatkan makan pizza jer, tapi dapat rasa menu menu baru ni memang penuh perut kiteorang..Siap bungkus bawa balik hahahaha..Tak mampu nak habiskan..Terlampau kenyang sangat...Terima kasih yang teramat sangat pada Mr. Eric yang sudi guide kami bertiga malam tu..Banyak ilmu yang kami dapat..Bukan hanya pizza tapi ilmu tentang masakan lain pun Mr. Eric sudi kongsikan..Master chef ni hahahaha..


Terima kasih pada PR yang sudi jemput kak fink, Nabilah si cantik manis tu untuk kak fink rasa pengalaman yang berharga ni. Rasa nak repeat lagi. Terima kasih juga sekali lagi pada General Manager Pizza Hut, Mr. Eric Leong yang sangat sangat sporting dalam berkongsi ilmu dengan kami..Dan tak lupa juga pada semua staff Pizza Hut yang sudi bagi kerjasama pada kami yang pertama kali masuk ke dapur Pizza Hut malam tu..Seronok sangat..


Untuk readers kak fink yang nak menang vouchers Pizza Hut bernilai RM120.00, boleh la ke instagram kak fink. Search @diya.nadia untuk korang tahu maklumat lanjut untuk memenangi vouchers Pizza Hut tu ok..Tarikh tamat adalah pada 20 April 2017 tau..Jangan lepaskan peluang sebab contest ni mudah jer..

Delivery Website: www.phdelivery.com.my

Instagram: @pizzahutmalaysia
Hotline: 1300-88-2525

lepas ni siapa yang tak sabar dan rasa nak marah bila lambat dapat pizza tu,
boleh la nampak gambaran sebenar di dapur macam mana ya..



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sedappnyeeee lahai pizza mommy buat ...mewah ngan inti hehe

    ReplyDelete
  2. nak menang2 nak menang, sila bg sy menang! hahaha

    ReplyDelete
  3. Tang letak2 bahan tu illy paling suka sangat 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. Sedapnya alahai... Terliur dah ni. 😋😋

    ReplyDelete
  5. eh.. tersalah tengok.. ingat dah komen.. huhuhu.. terkomen blog lain kot semalam.. hee.. Nakkkkk.. nyum2!

    ReplyDelete
  6. pergh nampak senang je buat dia

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!