Followers

Apa Keistimewaan dan Kelebihan Kornna Shoe & Sunglass?

10:45:00 AM

Hari sabtu hari tu kak fink antara orang yang terawal di MyTown Shopping Centre untuk sama sama dalam pembukaan outlet terbaru jenama kasut yang super ringan dan selesa iaitu Kornna. Sebenarnya ni pertama kali tau kak fink tahu tentang jenama ni tapi tak sangka masa mula mula cuba tu, ringannnyaaa kasut ni..Yang penting memang sesuai untuk kita pakai dalam jangka masa yang lama.


Untuk 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad sempena pembukaan Kornna di Ground Floor, Parkson tu pelanggan dapat membeli mana mana kasut Kornna pada harga yang sangat berbaloi. Setiap kasut yang ada di sana, korang boleh dapatkan promo Beli 1 Percuma 1. Menarik ke tidak? Dan antara promo lain lagi adalah korang dapat membeli sunglass dari Kornna yang berharga RM129.00 hanya pada harga RM9.90..Huwaaaa murah sangat ni.


Aku memang rambang mata masa tu. Memang tak tahu nak beli yang mana satu..Mana tak nya dengan potongan harga 50% macam tu, korang dah mampu dapat 2 pasang kasut Kornna pada harga yang murah! Ada banyak jenis kasut yang korang boleh dapatkan di sana. Antara nya kasut untuk golongan lelaki dan juga wanita. Yang tak berminat dengan kasut, ada sandal dan selipar yang super selesa untuk korang dapatkan..

Kornna Shoe [Wanita]

Kornna Shoe [Lelaki]

Ni yang kak fink pilih hari tu. Disebabkan aku memang sejenis yang memang suka slipper and sandal type, so aku pilih yang ni. Lembutttt wakkkk. Bila pakai terus suka. Actually kasut tu pun aku suka sebab ringan sangat tapi kasut jarang pakai kalau compare dengan sandal and slipper ni. Yang ni lagi kerap pakai hihi. Sunglass sampai 4 haaa kita amik. Haih tak boleh tahan lah. Beli untuk husband dan anak anak sekali. Akak punya mesti lah warna pink tu huhuhu..



Keistimewaan dan Kelebihan Produk Kornna:
1. Mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik
Yang lebih menariknya kasut, selipar dan sandal daripada Kornna ni sangat lah warna warni. Tu yang buat kita rambang mata nanti. Warna semua ceria ceria.  Yang penting dari warna yang lembut dan warna yang terang terang semua ada..Pilih jer nak yang mana ok

2. Diperbuat daripada kualiti yang tinggi
Produk Kornna ni diperbuat daripada material EVA yang berkualiti tinggi. Korang boleh rasa saat korang sarungkan kaki dengan kasut, sandal dan selipar Kornna. Memang sangat sangat ringan dan lembut jer. Kak fink rasa, kalau korang memang jenis yang berjalan lama ataupun bergerak dalam jangka masa yang panjang macam pergi bercuti tu kan, haaa ni lah kasut ataupun sandal yang akan memberi keselesaan pada kaki nanti. Ringan, selesa dan lembut..


3. Sunglass yang mempunyai polarized UV 400 
Didatangkan dengan 5 warna menarik seperti merah jambu, merah, hijau, biru dan juga kuning. Kak fink sendiri beli sampai 4 ok hahahaha sebab tak tahan wak warna dia memang warna warna yang tengah in untuk zaman sekarang ni. Yang penting polarized..Bila kita pakai di luar dan terkena cahaya, warna tu akan makin lama makin gelap..Mana nak dapat dekat luar dengan harga RM9.90 hari tu..Murahhh sangat ni! Sekarang ni harga dah back to normal ya RM129.00

4. Kalis air, anti serap & anti microbal
Kasut Kornna yang pentingnya kalau kata korang bawa pergi pantai ke ataupun waktu hujan ke, tak delah risau kalau kasut terbasah ke kan. Yang penting ianya kalis air dan anti serap. Setakat yang kak fink pakai dan rasa hari tu, ia mempunyai pengudaraaan yang baik dan kaki akan kurang berpeluh. Maklumlah ianya anti serap dan anti microbal. Kaki tak kan kehpam gituuu..

5. Harga berpatutan dengan kualiti yang diberi
Haaa ni paling best ya. Semua nak kasut yang berkualiti dan dalam masa yang sama murah kan. Bagi kak fink, memang murah kalau nak bandingkan dengan jenis kasut yang sama yang ada di pasaran. Nak nak pula hari tu, ada promo Buy 1 Free 1 selama 2 hari pada hari sabtu dan ahad lepas. Lagilah rasa penjimatan berganda..Sedar tak sedar sampai 2 bag wak hahahaha..Adoi kakak rambang mata!


KornnaMalaysia
Alamat: Ground Floor, Parkson MyTOWN Shopping Centre

Website: www.kornna.com

harap harap lepas ni Kornna boleh sediakan kasut untuk anak anak pula.
terutama sandal..sebab kak fink memang suka sandal jenis ringan ringan ni..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!